‎Pasang‬ Langsir‬ Juga Amalan Sunnah


Sesetengah masyarakat melayu kita menganggap memasang langsir di rumah hanyalah adat kebiasaan kita sahaja. Sebab itulah kita akan melihat fenomena tukar langsir baru setiap tahun apabila hari raya hampir menjelang tiba.

pernah tak kita terfikir dari manakah datangnya budaya memasang langsir rumah ini?

saya mendengar dari Syeikh Dr Abu Muaz Rozaimi, di zaman Baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak ada satu rumah pun di kalangan Sahabat di Madinah yang mempunyai pintu. Setiap rumah Sahabat Nabi s.a.w cuma ditutup dengan langsir.

Langsir menjadi alat sebagai hijab atau penghadang pandangan luar masuk ke dalam rumah dan kehidupan Madinah ketika itu begitu aman sehingga sesiapa pun tidak berhajat kepada pintu. Pintu rumah datang dalam masyarakat Islam mulanya di zaman Umar al-Khattab r.a.

Umar r.a telah menghantar Muawiyah r.a menjadi gabenor di syam. Orang-orang di syam ketika itu memang sudah memasang pintu. Mereka pula sebelum ini duduk di bawah jajahan Rom dan baru saja Rom kalah dengan Islam. Maka Muawiyah pun memasang pintu juga.

Berita ini telah sampai ke pendengaran Saidina Umar r.a khalifah ketika itu. lalu Umar telah menegur Muawiyah kerana telah memasang pintu; "pintu itu telah memisahkan kamu dengan rakyat dan menyebabkan rakyat susah hendak bertemu kamu."

Muawiyah r.a menjawab; "bahawa aku tinggal di syam, peninggalan Rom masih banyak di sini. Seandainya saya tidak memasang pintu boleh jadi mereka akan bunuh aku."

Masya Allah Muawiyah r.a baru saja pasang satu pintu itupun pintu rumah sudah ditegur tapi sedihnya kita lihat pemimpin di dunia hari ini bukan sahaja pintu rumah bahkan pintu pagar pun sudah macam menyekat orang dari bertemu mereka.

Maksudnya di Zaman hayat Baginda s.a.w di Madinah, langsir menjadi kepentingan utama untuk menghalang pandangan dalaman rumah. Fungsi langsir tidak ada bezanya dengan hijab.

Bahkan memasang langsir di rumah juga Sunnah Baginda s.a.w. Kita boleh letak niat memasang langsir bukan lagi sebab adat melayu tetapi kerana ia adalah Sunnah Nabi s.a.w dan hendak menghalang pandangan Luar masuk ke dalam rumah kita.

Tetapi bermewahan dan membazir dalam memasang langsir bukan dari amalan Islam. Bahkan pasang langsir dengan niat nak menunjuk kemewahan, menyombong diri dan membazir kita sedia maklum bahawa itu amalan syaitan.

Ada sesetengah kawasan di India, cara kita nak membezakan rumah hindu dan rumah muslim ialah dengan melihat langsir di luar rumah. Kalau rumah itu di luar pintu digantung langsir, maka rumah itu rumah muslim.

Pernah Prof Dr. Husin pakar Kilat di Utm Skudai bercerita kepada kami sewaktu dia belajar di England, rumahnya betul-betul berdekatan dengan stadium bola.

Bilamana penyokong-penyokong bola pulang dari menonton bola, maka mereka balik dalam keadaan mabuk sehingga ada yang akan pecahkan cermin kereta juga ada yang akan tumbuk-tumbuk pintu rumah orang.

Maka beliau telah bertemu dengan Masyaikh di Zaman Hadratji Inamul Hasan rahmatullah bertanyakan tentang perkara ini dan apa yang perlu saya buat?

Maka masyaikh cadangkan untuk pasang langsir di luar pintu, maka beliau pun pasang. selepas pasang alhamdulillah penyokong-penyokong mabuk tak pernah ketuk-ketuk pintu rumah saya lagi. Mungkin ini hikmah memasang langsir dalam sesetengah keadaan.

Saya pernah mendengar dari Masyaikh Dakwah. Bilamana kita tidak pasang langsir, maka orang luar boleh nampak pandangan dalaman rumah kita. Kata masyaikh, di rumah kita, kita sudah baca al-Quran, kita baca Taklim hadis-hadis Nabi s.a.w, kita lakukan solat-solat sunat dan lain-lain, maka perkara ini mendatangkan Nur dan keberkatan di dalam rumah kita.

Akan tetapi bilamana kita tidak memasang langsir maka orang-orang di luar yang mana ada yang lalu di tepi rumah kita orang-orang yang tak solat, orang-orang yang fasiq, orang-orang pendosa, orang-orang langgar perintah Allah, maka pandangan oleh mereka-mereka ini ke dalam rumah kita boleh menghilangkan nur dan keberkatan rumah kita.

Allahu Akhbar! Itu baru mereka ini memandang, bagaimana pula kalau mereka tinggal di rumah kita? Anak-anak kita atau ahli keluarga kita yang tak solat dan di kalangan pemaksiat, maka lebih-lebih lagi menghilangkan sakinah, mahabbah dan baraqah di dalam rumah kita.

Sebab itulah kita kena dakwah dan bimbing mereka untuk menjadi orang yang taat pada perintah Allah s.w.t.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menjadikan kita pendokong Sunnah Nabi s.a.w yang sangat kita cintai. Ya Allah, bangkitkanlah kami di akhirat bersama Nabi kami dan jadikanlah kami asbab hidayat untuk seluruh umat di seluruh alam. Amin.

Wallahu a'lam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: