Ibu Bersalin Di Usia 30-an Bayi Lebih Cerdik Dan Sihat


Ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 30-an dikatakan lebih cenderung untuk memperoleh bayi yang lebih sihat dan cerdik, menurut sebuah kajian oleh saintis.

Manakala ibu yang melahirkan anak mereka pada usia 40 tahun atau lebih dikatakan cenderung untuk memperoleh bayi yang mempunyai masalah obesiti.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk Biodemography dan Biologi sosial.

Menurut laporan itu lagi, kajian tersebut menyimpulkan bahawa usia ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.

Para saintis mendapati bayi yang berada dalam kandungan ibu yang berusia 30-an mempunyai tahap kognitif tertinggi.

Menerangkan keadaan tersebut, seorang pakar penyelidik, Dr. Alice Goisis berkata, para ibu yang mengandung dan melahirkan anak pada usia 30-an mungkin lebih berpendidikan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, mempunyai gaya hidup sihat dan lebih cenderung untuk berada dalam hubungan yang stabil.

Menurut Dr. Goisis, kenyataan tersebut disokong oleh data yang diperoleh daripada kajian daripada Millennium Cohort iaitu satu program yang mengikuti perkembangan 18,000 kanak-kanak di United Kingdom.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: