22 Perkara Penting Pemilik Kereta Perlu Ambil Tahu


Kereta adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di atas jalanraya. Namun tidak semua pengguna mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kereta.

Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang 'cekik darah', lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.

Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang amat penting diketahui oleh pemilik kereta supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel yang ada. Semoga bermanfaat.

1. Minyak Hitam

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. Filter

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).

3. Spark Plug

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.

Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, electrode akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri Kereta

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.

Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh 'kong'.

Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu 'top up' air, tetapi harganya mahal sedikit daripada bateri biasa.

Tips : Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak di pasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yang boleh dipercayai seperti BOSCH dan juga CENTURY. Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

5. Timing Belt

Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.

6. Clutch Plate

Clutch Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom 'clutch slipping' semasa sedang memandu.

7. Fuel Filter

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. Air Filter (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yang besar.

Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.

Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ini.

Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian 'ribs' nya dah ada 'crack-crack' yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14. Maintenance Schedule

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut 'km' atau masa 3 bulan, 6 bulan dan seterusnya ini hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!

15. Minyak Hitam Tiruan

Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.

Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak tidak berkualiti yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi di dalam sebenarnya adalah minyak murah 'made in china'.

Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.

Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

16. Minyak Gear

Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.

17. Flush

Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.

Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, 'gigi' masih elok maka tak perlu ditukar.

Aircond belt, alternator belt, power steering belt, elok ditukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

18. Water Pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.

Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

19. Top Overhaul

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.

Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.

20. Pertukaran Alatan Mengikut Cuaca

Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yang diletak di dalam blok enjin.

Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.

Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

21. Patuhi Spesifikasi Servis

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.

Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.

Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc.
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc.
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc.

22. Timing Chain

Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.

Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Kesimpulannya, sebagai pemilik kereta kita bukan sahaja perlu mempunyai lesen memandu sahaja tetapi kita juga amatlah digalakkan untuk mengetahui sedikit sebanyak ilmu penyelenggaraan kereta yang perlu kita ambil tahu.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: