Ada seorang bapa yang membaca Al-Quran. Tetapi dia tidak dapat menghafalnya.
Maka, pada suatu hari anaknya yang masih kecil bertanya;
"Apa faedah baca Al-Quran tanpa menghafalnya?!"
Jawab si ayah;
"Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut kemudian bawa kepadaku."
Kata anaknya; "Mustahil ia penuh."
Balas si ayah; "Cubalah dulu, anakku!"
Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka anaknya pun mengambil bakul itu dan menuju ke laut. Lalu cuba memenuhkannya dan terus berlari-lari kepada ayahnya dengan pantas.
Tetapi, airnya telah kering dengan cepat lalu ia berkata kepada ayahnya;
"Tidak ada faedah saya mengisinya."
Ayahnya menjawab; "Cuba lagi kali kedua, anakku!"
Maka anak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.
Anak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya;
"Maaf ayah, tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air."
Kata si ayah kepada anaknya;
"Adakah engkau lihat apa-apa perubahan yang berlaku kepada bakul jerami itu?"
Anak itu terkejut dan terus menjawab;
"Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang ia telah bersih sepenuhnya."
Maka, berkata si ayah kepada anaknya;
"Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya. Dan Al-Quran seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal ayatnya."
"Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah." kata si ayah menutup bicara.