Banyak info pasal travel diterangkan di media mahupun laman web. Kali ini akan dikongsikan perkara yang anda jangan buat sewaktu travel. Semoga bermanfaat.
1. Jangan makan atau minum di kawasan tumpuan pelancong
Dari segi logiknya, harga yang diletakkan memang mahal.
Lagi satu kuantiti makanan pun sedikit. Sebab bila owner cafe or restoran tahu yang pelancong ini tak akan datang balik, jadi mereka tak perlu risau dengan tahap konsistensi penyediaan makanan. Logikkan?
2. Jangan tukar duit di airport
Airport adalah lapangan terbang. Logik akal mengatakan kapal terbang banyak digunakan oleh pelancong perniagaan atau mereka yang ada banyak duit. Selain itu, kos sewa premis di lapangan terbang juga lebih mahal. Jadi untuk menampung kos, mereka akan kenakan caj tambahan setiap kali kita nak tukar duit.
Kalau terdesak, just tukar dalam kuantiti sedikit sebelum tukar di bandar.
3. Jangan abaikan travel insurans
Travel insurans personal dengan airlines insurans tidak sama. Sebaiknya beli Travel insurans khas. Ia boleh cover semua kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu berada di luar negara.
Kecederaan, kehilangan harta dan flight delay semua dah cover. Travellah dengan hati yang tenang. Baru kita dapat sesuatu dari hasil travelling kita nanti.
4. Jangan abaikan penginapan di hostel
Apabila disebut hostel, kerap kali kita terbayang suasana asrama sekolah yang tidak terurus dan toilet yang kotor. Di Eropah, penginapan di hostel telah menjadi trend di kalangan traveller.
Selain harganya yang murah, banyak kemudahan seperti memasak dan melepak disediakan. Kita juga berpeluang mendapat ramai kawan baru. Mana tahu tulang rusuk anda ada di situ kan? Rambut blonde dan mata biru lagi.
5. Jangan naik teksi
Sebaiknya elakkan teksi kecuali anda dalam kumpulan yang ramai atau sudah lewat malam. Tak kira teksi itu guna meter atau tidak, yang pasti ia akan memakan bajet yang besar dalam kos travel anda. Sedaya upaya cuba cari public transport yang lain dulu.
7. Jangan tukar atau ganti masa dengan wang
Adakala kita sangat teringin untuk berjimat sewaktu travel. Untuk jimat sekitar RM100, anda sanggup ambik flight yang ada 2 kali transit. Adakah berbaloi RM100 tetapi anda terpaksa letih menunggu dan dengan bermacam-macam ragam di airport lagi?
Ya, ia berbaloi kalau sekiranya anda jalan kaki 10 minit berbanding bayar bas RM5 tapi untuk perjalanan jauh ia akan merugikan masa dan tenaga. Kita tak perlu terlalu berkira seteruk itu. Selalu buat penilaian wajar antara masa dan wang.
8. Jangan tempah terlalu awal
Ok! anda excited nak travel dan tak nak kelam kabut buat last minute. Tapi kadang-kadang persediaan terlalu awal boleh menyebabkan anda bayar lebih mahal.
Sabar dan tunggu promotion dari airlines dan hotel. Untuk flight, biasanya airlines akan buat promo 2 bulan sekali dan waktu terbaik sekitar 4 hingga 10 minggu sebelum fly. Airlines akan letakkan harga base on permintaan.
9. Jangan masuk mesin imbasan badan selagi beg belum masuk
Ada kemungkinan orang di belakang kita ada bawak barang terlarang. Dia akan try and error letak barang di tray kita. Kalau tak sangkut di mesin, dia akan ambik balik. Kalau sangkut kita jenuh nak menjawab. Sentiasa beringat sikit, kita di negara orang. Macam-macam boleh jadi.
10. Jangan kedekut duit RM10.60 per beg untuk wrap beg di KLIA
Ada kemungkinan beg pecah atau barang anda kena rembat semasa menunggu beg masuk kargo. Paling sadis kalau ada orang masukkan barang terlarang. Kita nak travel kalau boleh tak nak benda-benda tak seronok berlaku. Just ambik langkah pencegahan, hanya RM10.60 sahaja.
11. Jangan abaikan tourist info
Tempat yang paling selamat untuk anda bertanya arah dan tempat menarik adalah di sini (tourist info). Mereka dibayar gaji untuk beritahu anda perkara terbaik apa yang sedang berlaku dan apa yang patut anda buat dan lawati.
Secara amnya, mereka tahu keseluruhan tentang bandar atau tempat tersebut dan info biasanya tepat. Pasti anda tidak akan kena 'scam' punya. Cubalah anda tidak akan sesat.