Manfaat biji betik ternyata tidak boleh dipandang sebelah mata. Ini kerana biji betik yang biasa dibuang ini ternyata efektif dalam merawat dan mencegah beberapa masalah kesihatan tubuh.
Sementara kebanyakan orang membuangnya, ternyata ada orang yang memanfaatkan penggunaan biji betik kerana memiliki khasiat yang unik.
Namun begitu, biji betik dengan tingkat carpaine, papain dan enzim pencernaan lainnya yang sangat kuat ini, tidak perlu diambil banyak pada satu-satu masa. Untuk menikmati biji betik, makan secara terus (mentah) atau dikeringkan dan dihaluskan. Atau, campur 1/4 cangkir biji betik dengan satu sudu madu.
Berikut beberapa khasiat biji betik kepada kesihatan :
1. Antibakteria Efektif
Merupakan antibakteria yang efektif melawan bakteria E-coli, Salmonella dan infeksi Staphylococcuc.
2. Menjaga Kesihatan Ginjal
Ekstrak biji betik mampu melindungi ginjal (buah pinggang) dari racun yang merosakkan fungsi ginjal.
3. Membunuh Parasit Dalam Pencernaan
Sudah terbukti bahawa biji betik mampu mencegah keberadaan cacing dan membenteras parasit dalam sistem pencernaan. Dalam sebuah kajian terhadap kanak-kanak di Nigeria yang mengidap parasit dalam pencernaan, 76.6% dinyatakan bebas parasit setelah tujuh hari memakan biji betik.
Ini kerana biji betik mengandung alkaloid anthelmintik unik yang disebut carpaine yang telah terbukti sangat efektif dalam membunuh cacing parasit dan amuba.
4. Mengubati Sirosis Hati
Sirosis hati adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan selama bertahun-tahun, dimana hati menjadi menyusut dan mengeras. Dalam keadaan ini hati (liver) tidak efektif untuk menghilangkan racun dari tubuh akibatnya menyebabkan berbagai masalah kesihatan yang serius.
Cara Penggunaannya :
Tumbuk lumat sekitar lima biji betik kering dengan lesung atau alu. Campurkan dengan satu sudu makan air limau nipis segar. Namun sebaiknya berkonsultasi terlebih dahulu dengan doktor yang sedang merawat sirosis hati anda.
5. Mengatasi Uban
Kandungan Glucoside Carcirindan yang terdapat dalam biji betik mampu mencegah pertumbuhan uban serta menghitamkan rambut. Gunakan secara rutin ketika mandi lalu dibilas dengan air bersih agar uban hilang dan tidak menjadi-jadi.
Caranya, biji betik dikeringkan dan ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan pada rambut secara sama rata ketika malam sebelum tidur.
6. Membersihkan Hati Dari Racun
Dalam perubatan China, satu sudu teh biji betik dapat membantu mendetoksifikasi hati (liver). Oleh itu biji betik sering digalakkan oleh para doktor naturopati untuk perawatan Cirrhosis liver (pengerasan hati).
Efek Sampingan
Walaupun manfaat biji betik untuk kesihatan telah diketahui, namun ada beberapa yang harus anda perhatikan efek sampingannya. Sebagai tindakan pencegahan, wanita hamil sebaiknya tidak memakan biji betik. Ada juga beberapa penelitian ke atas haiwan yang dapat menunjukkan pengurangan terhadap kesuburan lelaki.
Oleh itu, kerana efek fisiologi yang kuat, maka yang terbaik adalah jangan mengambil biji betik secara terus menerus selama beberapa bulan.
Kesimpulannya, buah betik memang buah yang sangat 'super' sekali, mulai dari buah, biji, hingga daunnya sangat ampuh dan bermanfaat bagi manusia. Manfaat daun betik juga telah terkenal untuk mengubati demam berdarah.