10 Persoalan Asas Yang Perlu Diketahui Semasa Travel


Semoga tips persoalan asas untuk travel berikut ini dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih baik dan menjimatkan.

1. Macam mana cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah?

Survey di laman Skyscanner. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti Wego, Expedia, Ebookers, Tripsta, Bravofly dan lain-lain. Selepas dapat idea harga tiket dari laman-laman tersebut, double check pula di dedicated airlines website, contohnya di AirAsia dan Malaysia Airlines website sekiranya anda menggunakan penerbangan tersebut.

Harga kadang-kadang tak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan di laman-laman booking agent tersebut. Sometime harga di website airlines lebih murah daripada harga di laman-laman agent tadi. The key is kena rajin-rajinkanlah diri tu.

Register/subscribe email anda as a member dengan airlines-airlines yang utama seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Cebu Pacific dan lain-lain yang mana anda berkenan.

Nanti mereka akan keep in touch dengan kita via email kalau ada apa-apa flight promotion atau flight deals.

2. Macam mana cara termurah untuk keluar dari airport, railway station, ferry port dengan menggunakan pengangkutan awam? - say no to taxi!

Check di ihatetaxis.com. Just masukkan nama airport/railway station/ferry port di ruangan “search”. Nanti dia akan bagi beberapa pilihan pengangkutan awam yang ada seperti bus/train/metro dan lain-lain. beserta anggaran harga tiketnya sekali.

Baca di bawah subtitle “Get in” di laman WikiTravel bagi destinasi yang anda nak pergi. Contohnya: “Lombok wikitravel” kalau anda nak ke Lombok.

Baca di ruangan “to/from” di dedicated airport website. Contohnya, “klia.com.my” untuk KLIA.

Baca di ruangan “Ground transportation” di dedicated airport wikipedia page. Contohnya, “Suvarnabhumi Airport” untuk Thailand Suvarnabhumi Airport”.

3. Macam mana cara nak pilih dan booking penginapan yang sesuai?

Survey di HotelsCombined. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti Agoda, Booking.com, Hotels.com, Expedia, HostelWorld, HostelBookers dll.

Survey di dedicated hotels website. Contohnya, TuneHotels.com jika anda hendak menginap di Tune Hotels.

Baca review sebanyak mungkin untuk dapat gambaran tempat penginapan tersebut dari aspek kebersihan dan keselesaan.

Sila rujuk juga kepada Google Maps untuk dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan lokasi tempat penginapan tersebut. Kalau di kawasan bandar, disarankan juga pilih tempat penginapan yang tak terlalu jauh dengan public transportation hub bagi memudahkan pergerakan.

Sila teliti fasiliti dan kemudahan yang ada di tempat penginapan tersebut. Kalau anda jenis yang tak boleh berpisah dengan internet, pilihan penginapan yang ada wifi sudah menjadi satu kemestian.

Kalau ada wifi pun tapi sampai sana wifi 'is not working' pun hampeh juga, terpaksalah cari kedai kopi yang ada wifi.

Rajin-rajinkanlah diri untuk buat perbandingan harga di antara harga di laman booking agent tersebut dengan harga di website hotel itu sendiri. Kadang-kadang kita book direct dengan hotel tersebut lebih murah berbanding book dekat Agoda atau pun Booking.com.

4. Macam mana cara nak tahu tempat wajib dilawati di destinasi yang dikunjungi?

Baca di ruangan “See” di laman WikiTravel bagi destinasi yang anda hendak pergi. Contohnya, “Bangkok Wikitravel” kalau anda nak ke Bangkok.

Baca di website tourism destinasi tersebut, contohnya visittromso.no jika anda hendak berkunjung ke Tromso di Norway.

Baca di travel forum seperti Trip Advisor dan Lonelyplanet.

Keep update dengan info-info terbaharu di travel forum, page-page dan group-group backpackers di Facebook.

5. Macam mana cara nak ronda-ronda di sesebuah bandar, destinasi yang dikunjungi dengan menggunakan public transport?

Baca di ruangan “Get around” di laman wikitravel bagi destinasi yang anda hendak pergi. Contohnya, “Hong Kong wikitravel” kalau anda hendak ke Hong Kong.

Baca di dedicated website for metro, subway, train, tram, bus di destinasi tersebut. Contohnya, TokyoMetro.jp untuk Tokyo Metro.

Jika banyak menggunakan train, boleh rujuk di website Seat61.com.

Sila print route map metro atau subway tersebut dan contenglah maklumat-maklumat penting pada map tersebut.

Jika banyak menggunakan sistem metro atau subway, bolehlah pertimbangkan juga untuk guna day pass, tourist pass berbanding normal ticket.

6. Buat yang beragama Islam, macam mana cara nak tahu di mana boleh dapatkan makanan halal di tempat yang dikunjungi?

Survey di Zabihah.com atau baca di travel forum seperti Trip Advisor.

Email pertanyaan berkaitan halal foods kepada Islamic Organization di tempat yang anda hendak pergi. Insya Allah mereka akan balas dengan memberi beberapa pilihan lokasi tempat makan yang diiktiraf halal.

Baca seberapa banyak blog tentang destinasi yang anda hendak pergi tersebut. Mana tahu sesetengah blog ada perincikan tentang halal foods.

Minta nasihat daripada orang tempatan di couchsurfing website. Kalau tak ada yang reply pun tak apa, kan masih banyak pilihan lain untuk dapatkan info, at least kita sudah mencuba.

Jika tempat yang anda nak pergi itu memang sangat susah atau memang tiada langsung availability for halal foods, disarankan untuk bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti maggi, biskut, chocolate bar, 3 in 1 dan sebagainya.

Jika anda travel untuk jangkamasa yang agak panjang, mungkin boleh consider untuk bawak travel cooker dan bahan-bahan kering seperti beras dan rempah ratus dari Malaysia.

7. Macam mana cara hendak buat itinerary bagi trip saya?

Disarankan untuk buat itinerary secukup detail yang mungkin. Masukkan maklumat-maklumat berikut ke dalam itinerary anda :

1. Hari dan tarikh (bila dah seronok sangat di negara orang hari pun boleh lupa).

2. Details berkenaan flights, train, bus journey, beserta masa departure & arrival, kos tiket, booking reference number dan lain-lain.

3. Nama tempat penginapan beserta alamat lengkap dan contact no. atau email.

4. Direction untuk ke tempat penginapan atau tempat yang nak dilawati.

5. Nama dan alamat tempat makanan halal beserta direction untuk ke lokasi tersebut.

6. Entrance fees bagi tempat-tempat yang nak dilawati (jika berkenaan).

7. Boleh juga sertakan maklumat berkaitan alamat dan contact no. Kedutaan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

8. Macam mana cara nak tahu negara yang hendak dilawati itu perlu visa ke tak?

Sila rujuk di wikipedia page “visa requirements for Malaysian citizens” sebagai rujukan sahaja. Kalau tak berapa pasti juga, rajin-rajinkanlah email ke Kedutaan Malaysia di destinasi tersebut atau tanya sahabat-sahabat yang baru pulang dari destinasi tersebut.

Jika travel ke negara-negara Schengen di Eropah iaitu Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Liechtenstein, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden dan Switzerland, kita tak perlu visa untuk stay up to 90 days per half year. Hanya cukup bawa passport merah yang masih valid at least 6 bulan.

Lain-lain negara :

1. Untuk UK, visa free up to 6 months.
2. Untuk Ireland, visa free up to 3 months.
3. Untuk Jepun dan Korea Selatan, visa free up to 90 days.
4. US, China, India, Russia perlu apply visa.
5. Untuk Australia dan Sri Lanka, perlu apply ETA (Electronic Travel Authorization) secara online.

9. Apakah dokumen penting yang perlu dibawa jika hendak travel ke luar negara?

Pastikan dokumen-dokumen penting ini dibawa :

1. A valid passport dan visa (jika berkenaan).
2. Salinan ETA (jika berkenaan).
3. Salinan tiket-tiket penerbangan, keretapi, bas dan lain-lain yang berkaitan.
4. Salinan booking hotel.
5. Printed itinerary.

Dinasihatkan untuk scan semua dokumen penting di atas dan emailkan kepada email sendiri atau alternative email anda sebagai backup sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

10. Jika hanya travel dengan hand carry bagpack/luggage sahaja (without checked-in luggage), macam mana saya nak keep my bagpack/luggage light?

Bawa hanya pakaian yang perlu sahaja, pack pakaian dalam bentuk ‘gulungan’ untuk jimatkan ruang dalam bagpack/luggage.


Limitkan barang-barang toiletries kepada yang bersaiz kecil sahaja dan pack ke dalam travel-sized plastic seal. Sama juga dengan ubat-ubatan. Kalau travel di belah Europe biasanya kita kena keluarkan plastic seal yang berisi toiletries semasa nak scan barang-barang. Sesetengah airport juga memang ada disediakan plastic seal.

Diharapkan dengan perkongsian ini, at least member-member yang baru nak berkecimpung dalam arena backpacking mendapat gambaran yang lebih jelas dalam membuat perancangan trip backpacking.

Kuncinya di sini ialah kerajinan dan usaha kita sendiri. Hampir 95% info dan maklumat boleh kita perolehi daripada pelbagai sumber di internet. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah SURVEY, RESEARCH, STUDY, BACA, CATAT, GALI dan GALI LAGI. Insya Allah kemusykilan itu dapat diselesaikan.

Ingatkan diri sendiri dengan peringatan ini :

“Membuat persiapan bagi sesebuah trip backpacking umpama membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Semasa peperiksaan, kertas soalan menjadi pengujinya, tapi dalam berbackpacking, “situasi asing” menjadi cabarannya.”
Happy backpacking!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: