Niat mesti betul ketika beramal iaitu mengerjakan amalan tersebut ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t maka barulah amalan tersebut bernilai (ada ganjaran pahala) dan diterima di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah tidak akan menerima sesuatu amal yang dikerjakan dengan niat yang salah yakni dikerjakan dengan niat kerana sesuatu selain-Nya. Walaupun amal tersebut dilakukan sebanyak-banyaknya dan berterusan tetapi tidak mendapat apa-apa di sisi Allah kecuali penat dan kesia-siaan sahaja.
Maksud ayat :
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Surah Al-Bayyinah ayat 5)Oleh itu, periksa setiap amal yang dikerjakan iaitu sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya. Jika terselit niat selain kerana Allah maka cepat-cepatlah betulkan kembali niat dan beristighfar. Berdoalah mohon Allah luruskan niat melakukan sesuatu amalan 100% ikhlas mencari redha Allah semata-mata. Tiada bercampur niat yang lain.
Ikuti sebuah hadis panjang riwayat Imam Muslim berikut ini.
Berkata Imam Muslim (meninggal 261H) di dalam kitab Sahihnya, di bawah tajuk Kitab al-Jihad, Bab Man Qaatala Lilriyya` wa al-Sum`ah Istahaqqa al-Nar :
Maksudnya :
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Habib al-Harish (yang mana dia telah berkata) telah menceritakan kepada kami Khalid bin al-Harith (yang mana dia telah berkata) telah menceritakan kepada kami Ibn Juraij (yang mana dia telah berkata) telah menceritakan kepadaku Yunus bin Yusuf daripada Sulaiman bin Yasar berkata; Telah berkata kepada Abu Hurairah Naatilun ahli Syam; Wahai al-Syeikh! Ceritakanlah kepada kami satu yang kamu dengar daripada Rasulullah sallallahu alaihi wassallam: Berkata Abu Hurairah; Ya, aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda :Berkata Ibn Rajab al-Hanbali di dalam kitab Jami` al-Ulum wa al-Hikam;
”Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya dia pun mengakuinya. Allah berfirman: Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat itu? Dia menjawab: ”Aku berjihad di jalan-Mu sehingga aku mati syahid. Allah berfirman: Bohong! Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu. Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka."
“Dibicarakan pula seorang lelaki yang telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa untuk dihisab. Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya, lalu dia mengakuinya. Allah bertanya: Apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat ini? Dia menjawab: Aku mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu. Allah berfirman: Bohong! Tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca al-Quran supaya kamu digelar qori. Itulah yang telah dikatakan kepada kamu. Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret di atas mukanya sehingga dihumban ke dalam neraka.”
”Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkanya tentang nikmat-nikmat-Nya itu. Dia menjawab: Aku tidak meninggalkan sesuatu jalan kebajikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu. Allah berfirman: Bohong! Tetapi kamu buat begitu supaya kamu digelar pemurah dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu. Kemudian diperintahkan agar dia dibawa ke neraka. Dia pun diseret di atas mukanya, kemudian dihumban ke dalam neraka.”
Diriwayatkan bahawa apabila hadis di atas sampai kepada Muawiyah radiallahu anhu, beliau menangis sehingga pengsan. Apabila beliau sedar daripada pengsan, beliau berkata; "Benarlah Allah Subnahu Wataala dan Rasul-Nya."
Allah Subnahu Wataala berfirman dalam Surah Hud ayat 15-16 :
Maksud ayat :
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Wallahu a'lam.
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.”