18 Sebab Jin Bersarang Dalam Tubuh Manusia


Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, iaitu Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani berkata, jin boleh berada dalam tubuh manusia dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat dan seksi. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan bila ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambah beliau lagi, lazimnya, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al-Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” ujar beliau.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu :

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.
3. Meninggikan suara dalam bilik air.
4. Menangis dan merintih sebelum tidur.
5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.
9. Selalu bertengkar suami isteri.
10. Terlampau marah.
11. Mengikut hawa nafsu.
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah.
15. Perempuan suka bersolek.
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir.
17. Jin jatuh cinta pada manusia.
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, di antaranya :

1. Sukar tidur malam.
2. Hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
3. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik.
4. Dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan.
5. Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
6. Malas berzikir dan solat.
7. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
8. Pening berpanjangan terutama pada waktu senja.
9. Otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau
10. Mendengar kata-kata (bisikan) suruhan tertentu.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: