Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan. Papar semua catatan

4 Tanda Baca Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mula Menulis


Ramai antara kita agak keliru dengan penggunaan simbol dalam menulis. Memang agak mengelirukan kerana ada banyak simbol yang perlu kita gunakan. Ada empat yang akan selalu kita gunakan dalam menulis di internet; simbol colon, semicolon, single quote dan double quotation. Dalam Bahasa Melayu, simbol-simbol ini dipanggil titik bertindih, koma bernoktah, tanda petik tunggal dan tanda petikan.

Bila kita perlu gunakan simbol-simbol tersebut dengan betul? Berikut dihuraikan serba sedikit berkenaan perkara ini berdasarkan penggunaan tatabahasa mengikut penggunaan tanda baca British. Jom kita mula.

Berikut 4 tanda baca yang perlu anda tahu sebelum mula menulis :

1. Titik Bertindih atau Colon



Titik bertindih atau Colon digunakan untuk menggabungkan satu ayat lain dengan satu senarai dalam bentuk ayat, contohnya:

a. "Untuk membuat roti sardin telur bahan-bahan yang diperlukan adalah: roti, sardin dan telur."
Colon juga boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu definisi seperti:

b. Ahmad, 24 tahun: seorang yang baik, peramah dan suka menolong orang lain.

2. Koma Bernoktah atau Semi-Colon



Penggunaan Koma bernoktah atau Semi-Colon adalah untuk menggabungkan dua ayat yang mempunyai maksud berlainan dalam satu ayat, supaya pembaca membaca dengan lebih lancar. Jika kita bandingkan ayat:

a. Ahmad adalah seorang guru. Amin pula seorang askar.

b. Ahmad adalah seorang guru; Amin pula seorang askar.
Nampak perbezaan bagaimana kita sendiri membaca ayat tersebut? Contoh lain:

c. Ahmad adalah orang Johor. Dia sudah tentu menyokong JDT.
Ayat di atas boleh ditulis dengan menggunakan semicolon pada ayat tersebut yang akan mengubah gaya membacanya:

d. Ahmad adalah orang Johor; sudah tentu menyokong JDT.
Penggunaan semicolon yang salah pula ditunjukkan dalam ayat di bawah:

e. Ahmad adalah orang Johor; tetapi dia adalah penyokong Negeri Sembilan.

3. Tanda Petik Tunggal atau Single Quote



Jangan kelirukan Tanda Petik Tunggal atau Single Quote dengan simbol Apostrophe. Ini kerana kedua-dua menggunakan simbol yang sama. Apostrophe banyak digunakan dalam bahasa Inggeris, contohnya; "it's raining!" atau "it was Karim's house."

Single quote pula tujuannya berbeza. Single quote digunakan apabila kita ingin memetik sesuatu dalam ayat, seperti:

a. Perkataan yang perlu dijawab oleh Nora dalam kuiz itu adalah 'keharmonian.'
Single quote juga digunakan apabila kita ingin melakukan petikan dalam petikan, contohnya:

b. "Saya nak pergi," kata Reza. "Walau bagaimanapun Nora berjaya memujuk saya. Dia kata pada saya 'aku cintakan kau' ketika saya sudah melangkah."

c. "Kenapa dia panggil saya 'raksasa yang berjerawat?' " tanya Nora.
Single Quote juga boleh digunakan untuk menggambarkan perkataan yang khas dalam sesuatu ayat seperti:

d. Penggunaan krim muka yang mengandungi 'klorofil' akan menghijaukan wajah.

4. Tanda Petikan atau Double Quotation



Tanda Petikan atau Double Quotation ini rasanya kita sudah jelas penggunaannya banyak diaplikasikan dalam penulisan dialog seperti:

a. "Aku rasa gembira hari ini!"

b. "Jangan datang dekat dengan aku kalau kau belum mandi."
Double quotation juga digunakan untuk menjelaskan frasa yang berbentuk tajuk seperti:

c. Buku tulisan Ahmad Riziq bertajuk "Dari Perhentian Jeti Aku Berlari" laris di pasaran buku.
      Baca : 7 Langkah Tingkatkan Kecerdasan Emosi Atau Emotional Intelligence

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Itulah serba sedikit penerangan tentang penggunaan tanda baca yang betul untuk memudahkan kita menulis di internet. Moga kita dapat manfaatkan pemahaman ini dan diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan yang sesuai. Harap membantu.

- Daku Amat

Tags : tanda baca bahasa melayu penulisan yang betul panduan menulis titik bertindih colon koma bernoktah semicolon tanda petik tunggal single quote tanda petikan double quotation tatabahasa dewan bahasa pengetahuan

15 Kesalahan Membasuh Ini Kerap Dilakukan Yang Boleh Merosakkan Pakaian


Adakah anda membasuh pakaian anda sendiri? Tidak semua orang rajin basuh pakaian sendiri. Ada yang mak basuhkan, ada yang hantar dobi dan ada yang basuh menggunakan dobi self-service. Walau dengan apa cara sekalipun pakaian anda dibasuh, anda sebenarnya wajib tahu cara yang betul membasuh pakaian, demi menjaga tekstur dan mengekalkan bentuk serta warna pakaian anda supaya tahan lebih lama.

Berikut 15 kesalahan membasuh yang kerap dilakukan :

1. Guna terlalu banyak serbuk pencuci


Ini akan menyebabkan terlalu banyak buih yang boleh mengumpulkan kotoran di sesetengah bahagian pakaian seperti di kolar. Ia akan menyebabkan pakaian anda menjadi lebih kotor.

2. Pengasingan yang tak betul


Selain mengasingkan pakaian mengikut warna, anda juga perlu memberi perhatian kepada jenis kain. Sebagai contoh, pakaian yang diperbuat daripada polar fleece seperti sweeter dan jaket dibasuh berasingan. Dan anda tidak sepatutnya mencampurkan tuala yang diperbuat daripada synthetic fiber.

3. Menghilangkan kekotoran dengan cara yang salah


Jangan terkejut jika baju anda berlubang sekiranya anda pernah menggosok dengan rakus untuk hilangkan kotoran. Ia sepatutnya dibasuh dengan lembut. Cara terbaik untuk mengelakkan daripada pakaian berlubang adalah letakkan fabrik berwarna putih dan biarkan ia berendam bersama pakaian yang kotor itu.

4. Terlupa tentang zip


Tahukah anda? gigi zip yang terbuka boleh secara tak sengaja mengoyak kain pakaian yang lembut serta menggores penutup mesin basuh. Jadi, pastikan menutup semua zip pakaian sebelum anda menaruh semua cucian anda di dalam mesin basuh.


5. Butang baju


Anda perlu buka butang baju, jikalau tidak butang baju mungkin akan tercabut ketika anda membasuh.

6. Guna peluntur berlebihan


Peluntur membuatkan fabrik pakaian anda tidak tahan lama dan mudah terkoyak.

7. Basuh pakaian renang dalam mesin basuh


Pakaian renang atau pakaian yang diperbuat daripada spandex atau elastane tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Cara yang betul adalah merendamkannya di dalam air sejuk.

8. Merehatkan mesin basuh


Sesetengah orang lebih suka dengan cara ini kerana mereka percaya jika mereka merehatkan mesin basuh selepas membasuh beberapa kali dapat membuatkan mesin basuh mereka tahan lama. Ini salah! Menggunakan mesin basuh tanpa rehat dapat mengurangkan penggunaan elektrik kerana mesin basuh menggunakan baki haba selepas basuhan sebelumnya.


9. Membasuh bantal dan selimut sekali sahaja


Jika anda membasuh bantal yang berbulu dan selimut di dalam mesin basuh, basuh dua kali basuhan. Bulu-bulu bantal boleh menyimpan buih yang akan menyebabkan bantal anda bersabun di dalam.

10. Menggunakan pelembut fabrik untuk tuala


Sebatian kimia ini mengurangkan kebolehan fabrik untuk menyerap air, jadi anda tidak patut gunakannya untuk membasuh tuala.

11. Membasuh terlalu banyak pakaian dalam satu masa


Anda tak patut membebankan mesin basuh anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.


12. Mengguna pencuci dan peluntur yang mahal


Banyak serbuk pencuci yang kita gunakan mempunyai pengganti alternatif yang lebih murah. Contohnya, garam boleh membuatkan pakaian kelihatan lebih terang, dan kapur boleh menghilangkan kotoran. Lemon pula boleh digunakan untuk membuatkan pakaian lebih wangi dan juga lembut.

13. Menuangkan cecair pencuci langsung pada baju


Yang satu ini memang sudah biasa kita lakukan. Namun, sebenarnya cara tersebut salah. Menuangkan cecair pencuci langsung setelah menaruh baju di mesin basuh sebenarnya kurang efektif. Cara terbaik agar baju benar-benar bersih setelah dicuci adalah dengan menaruh baju terlebih dahulu, kemudian merendamnya dengan air dan terakhir tuangkan cecair pencuci. Namun, jika anda menggunakan pemutih, pertama sekali tuangkan air, lalu taruh baju dan terakhir tuangkan cecair pencuci.

14. Memaksa pengering bekerja terlalu keras


Jika anda punya waktu untuk mengeringkan cucian anda, sebaiknya tetap menjemur dan mengangin-anginkannya. Cara tersebut tidak hanya dapat menjimatkan elektrik, tetapi pakaian juga akan lebih lembut dan halus. Selain itu, sebaiknya hindari menaruh baju hingga terlalu penuh di pengering agar hasil lebih optimum.

15. Tidak membersihkan mesin basuh


Adalah sangat penting untuk menjaga mesin basuh anda. Ingat, selepas anda menggunakan mesin basuh, serbuk pencuci boleh tertinggal di dalamnya. Jadi, anda perlu memberikan lebih perhatian padanya. Jangan tutup mesin basuh selepas membasuh supaya ia boleh kering.

Cuci mesin basuh anda menggunakan air suam panas dan cuka setahun sekali. Ia boleh mengelakkan mesin basuh anda daripada rosak. Berikut caranya:

1. Tuang air panas ke dalam mesin basuh, kemudian hidupkan suis.
2. Tuang dua gelas cuka atau jus lemon pada mesin basuh untuk menanggalkan kotoran.
3. Tunggu beberapa minit, kemudian buang.
4. Hidupkan kembali mesin basuh, tuang air panas untuk membilas sisa-sisanya.

      Baca : 10 Cara Supaya Almari Kekal Kemas Tidak Bersepah

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Jika anda baru saja membeli baju dan ingin mencucinya untuk pertama kali, jangan lupa untuk melakukan ujian apakah warna kainnya luntur atau tidak ketika dicuci. Sebelum menyesal kerana baju-baju yang lain turut terkena warna yang luntur itu, elok anda memeriksanya terlebih dahulu dengan merendamnya bersama pakaian lain yang sudah lama, misalnya stokin kaki putih anda yang sudah usang.

- Daku Amat

Tags : basuh baju laundry pengetahuan mesin basuh dobi bahan peluntur fabrik bahan pencuci cuci kotoran pakaian kotor polar fleece synthetic fiber

9 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi


Mandi sudah menjadi suatu kegiatan wajib yang dilakukan oleh setiap manusia yang dilakukan 2-3 kali setiap hari. Mandi diperlukan untuk menghasilkan tubuh yang bersih, fresh dan sihat. Namun masih ramai yang melakukan kesalahan-kesalahan ketika mereka mandi. Hal ini justeru boleh mengganggu kesihatan tubuh mereka.

Berikut 9 kesalahan yang sering dilakukan ketika mandi :

1. Penggunaan gel dan sabun mandi berbuih

Kesalahan yang sering dilakukan ketika mandi adalah salah menggunakan sabun yang terlalu banyak buih. Lebih banyak buih yang terkandung di dalam gel mandian anda maka lebih banyak bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Ini bermakna ia akan menipiskan lapisan minyak pelindung semulajadi dan akan menyebabkan kulit kering dan kasar.

Di samping itu, sekiranya anda tidak digalakkan untuk memakai sabun antibakteria maka anda tidak perlu menggunakannya setiap hari. Selain itu, basuhkan buih sabun pada tubuh anda sehingga betul-betul bersih. Jangan sampai, masih ada buih sabun yang melekat di badan anda dan dibiarkan terlalu lama. Kerana hal ini dapat mengakibatkan kulit iritasi dan kering.

2. Menggunakan span mandi yang lama dan basah

Anda sebenarnya tidak perlu teruk-teruk kena menggunakan span mandi untuk membersihkan badan. Hal ini kerana span mandi, kebersihannya kurang terjamin. Span yang basah akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

Jika anda masih mahu menggunakan span mandi untuk menyental tubuh anda, pastikan ia adalah lebih baik untuk menukar span mandi anda setiap empat minggu. Cuba gunakan sarung terrycloth atau tuala sebaliknya. Adalah penting juga untuk mengeringkan span selepas digunakan.

3. Lap badan sehingga sangat kering

Keringkan badan anda dengan tuala lembut tapi pastikan anda tidak terlalu mengelap badan anda sehingga kering. Biarkan badan anda sedikit lembap. Kemudian, gunakan krim kegemaran anda nescaya kulit anda akan kekal licin dan sihat!

4. Mandi terlalu lama

Mandi dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan kulit anda menjadi terlalu sensitif, bakteria lebih mudah menyerang dan kulit menjadi mudah terkena berbagai masalah kulit seperti ruam dan gatal. Tempoh yang paling sesuai untuk mandi adalah kira-kira 10 minit.

5. Sering mandi dengan air panas

Tidak sedikit, lelaki atau wanita yang gemar mandi dengan air yang bersuhu panas apalagi keadaan cuaca ketika itu sejuk. Sering mandi dengan menggunakan air yang panas akan menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil, Ia akan mencuci lemak kulit dan sekaligus meninggalkan kulit anda tidak mempunyai perlindungan. Ia juga akan menyebabkan peningkatan aliran darah yang sering membawa kepada erythema, keradangan dan ruam.

Tahukah anda, bahawa sering mandi dengan air panas juga boleh membawa kesan buruk kepada rambut anda. Ia boleh menghilangkan minyak semulajadi pada rambut anda, membuat kulit dan rambut menjadi kering, membuka pori-pori kulit kepala sehingga memudahkan kotoran dan bakteria masuk. Sementara itu, mandi dengan menggunakan air sejuk justeru lebih baik untuk kesihatan rambut anda.

6. Mencukur bulu sebelum mandi

Mencukur bulu sebelum mandi boleh mengakibatkan kesan iritasi dan kemerahan. Waktu terbaik mencukur bulu adalah setelah anda mandi dengan air hangat. Hal ini kerana dengan air hangat, maka pori-pori dan folikel rambut akan lebih terbuka sehingga membuat hasil cukuran lebih rapi.

7. Terlalu sering menggunakan scrub

Untuk membuang sisa kulit yang mati, ramai orang menggunakan scrub setiap hari. Hal ini tidaklah baik dan dapat berdampak negatif. Terlalu sering menggosok kulit dapat mengakibatkan kulit menjadi kering dan kasar sehingga kelenjar sebaceous pada kulit akan meningkatkan tingkat produksi minyak kulit lebih banyak dari kondisi normalnya. Maka dari itu, seharusnya lakukan scrubbing beberapa kali dalam 1 minggu sahaja.

8. Mencuci rambut dengan syampu setiap hari

Kulit kepala kita menghasilkan minyak semulajadi yang akan melindungi bahagian rambut sampai ke hujung rambut. Namun mencuci rambut terlalu kerap tidak digalakkan. Hal ini diakibatkan kerana syampu yang digunakan untuk mencuci memiliki sifat menghilangkan minyak semulajadi rambut anda. Jadi alangkah baiknya anda melakukan cucian setiap 2-3 hari sehingga dapat memberi kesempatan bagi minyak semulajadi rambut untuk mencapai hujung rambut.

9. Mengeringkan dan menggosok rambut dengan tuala

Ramai sekali orang yang sebaik selesai mandi, lalu mengeringkan rambut dengan menggosok-gosok rambut dengan tuala. Namun ternyata hal ini dapat memberi dampak negatif pada rambut anda. Rambut yang masih dalam kondisi basah setelah mandi lalu digosok-gosokan dengan tuala, ternyata dapat merosak folikel rambut dan dapat membuat rambut menjadi bercabang.

Hal ini kerana rambut basah lebih rentan terhadap kerosakan kerana tekstur kasar pada tuala. Lalu bagaimana solusi yang lebih baik? Solusinya mudah sekali, biarkanlah sahaja rambut anda menjadi kering dengan sendirinya.

      Baca : 16 Kualiti Lelaki Yang Wanita Idamkan Jadi Suami

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Setelah anda selesai mandi dan mengeringkan tubuh anda dengan tuala, anda boleh keluar dari bilik mandi dengan menggunakan tuala saja tanpa menggunakan pakaian. Hal ini bermanfaat agar kulit tubuh anda terkena langsung dengan udara luar sehingga kulit dapat bernafas dengan lega. Tetapi awas! jaga aurat anda jika ada orang lain di rumah.

- Daku Amat

10 Maklumat Dan Tanda-tanda Penagihan Syabu Yang Anda Perlu Tahu


Syabu adalah dadah yang popular masa kini. Ianya membelenggu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga mereka boleh bertindak agresif untuk mendapatkannya. Paling geram, tokan-tokan syabu ini ada yang sengaja memujuk mangsa mencubanya untuk pertama kalinya secara percuma agar mereka ketagihan dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).

Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan dari negara kita. Harganya yang mahal (100 miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, merompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri.

Jadi, anda perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai dadah syabu untuk mengenal pasti sama ada orang terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.

Berikut 10 maklumat mengenai dadah syabu yang anda perlu tahu :

1. Nama-nama syabu yang lain

Syabu juga dikenali sebagai; "speed", "meth", "chalk" dan "china white". Syabu yang dihisap secara 'chasing the dragon' disebut sebagai "ice", "crystal", "crank" dan "glass". Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.

2. Cara syabu disalahgunakan

Syabu, seperti Ecstacy, dilaporkan disalahgunakan oleh remaja selalunya di pesta-pesta liar, di pesta tari-menari, di kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan untuk menaikkan mood seseorang dan daya ketahanan fizikal. Syabu boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh digunakan secara suntikan, dihisap secara merokok, ditelan atau disedut melalui hidung.

Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara 'chasing the dragon' mendatangkan kesan segera keseronokan. Penggunaan secara disedut melalui hidung memberikan kesan dalam 3-5 minit sementara jika ditelan kesannya diperolehi selepas 15-20 minit. Kedua-dua cara pengambilan dadah jenis ini iaitu dengan cara disedut atau dimakan akan menghasilkan euphoria - mengkhayalkan tetapi tidak dengan kesan segera. Kesan dadah ini akan bertahan sehingga 4 -24 jam.

Ketagihan - daripada rasa ceria 'euphoria' bertukar kepada resah 'kong'

Kesan toleran ke atas dadah ini terjadi dengan cepat, iaitu kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah oleh itu penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah ini secara berulangkali (dikenali sebagai bingeing). Walaubagaimanapun, setiap episod kekhayalan ini semakin kurang keseronokannya dan lebih banyak syabu diperlukan untuk mencapai kekhayalan.

Pengguna dadah ini yang dahulunya memakan atau menyedut dadah ini akan bertukar kepada menghisap atau menyuntik dadah ini untuk mendapatkan kesan seronok yang lebih dan cepat. Kesan khayal dan keseronokan ini dipercayai akibat pengeluaran dopamine iaitu penghantar neuro di otak yang mengawal perasaan seronok atau gembira.

3. Kesan segera syabu

Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria iaitu rasa gembira dan menyeronokkan, rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera makan.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala. Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

4. Tanda awal kesan pengambilan syabu

Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu atau nama kimianya Methamphetamine ialah self-confident yang tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama.

Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya untuk seketika.

5. Tanda hujung-hujung kesan pengambilan syabu

Di jalanan orang gelar sebagai 'kong' di mana mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka.

Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang dia akan mengetap gigi, ada sesetengah akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu.

Pada saat 'kong' ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Masa inilah tiba-tiba keluar kisah cinta lamalah, sedih dengan masyarakatlah, kawan-kawan aniaya dialah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.


6. Tanda-tanda fizikal

Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur. Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam tempoh yang amat singkat. Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung).

7. Kesan jangka masa panjang

Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Ada juga kes dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun kakinya boleh patah.

Di antara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, penagih syabu yang 'extreme' ini boleh jadi gila terus.

Harga syabu cukup mahal - 100 miligram lebih kurang RM50 ke RM70

8. Cerita kebiasaan berdasarkan pengalaman

Ramai penagih syabu ini sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan kaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu.

Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang di luar sana diperbodohkan oleh penagih syabu.

9. Antara perkara yang patut diperhatikan

Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang lewat tengah malam atau awal pagi dalam keadaan mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu tempoh tertentu. Contohnya antara empat ke lima hari.

Lihat reaksi mereka kalau tiba-tiba aggresive lain macam, itu kena bagi 'extra care' lah nampak gayanya. Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat 'topup' syabu dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab itu mengamuk adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah.

10. Salah sangka dikalangan ibu bapa

Bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang baru). Namun kalau sudah extreme tu susah juga nak sedarkan mereka.

Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok atau hantar mereka keluar dari daerah atau ke luar negeri bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke lubang cacing sekalipun.

Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara. Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu bagi sesetengah orang. Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lamanya yang disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.

      Baca : 6 Makna Kesihatan Wanita Mengikut Jenis Warna Darah Haid

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya di bawah Seksyen 12. Sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki Methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah telah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman. Pemilik 50g dan lebih Methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

- Daku Amat

6 Rahsia Saintifik Dalam Pergerakan Solat Membuatkan Saintis Terkejut


Jika senaman tai Chi, yoga atau yang seumpamanya melibatkan pergerakan anggota tubuh badan, namun solat melebihi daripada itu kerana ianya juga memerlukan pelakunya untuk membaca ayat-ayat al-Quran dan doa yang tertentu. Ayat-ayat al-Quran dan doa ini mesti dibaca ketika pelakunya berada dalam postur atau posisi badan tertentu serta melakukan gerakan-gerakan di antara postur.

Postur dalam pergerakan utama dalam solat adalah berdiri (qiyam), membongkok (rukuk), sujud dan duduk (tahiyat). Manakala postur melutut juga berlaku seketika dalam gerakan solat di antara dua daripada postur utama iaitu dari postur duduk ke berdiri.

Pergerakan solat yang sempurna melibatkan pergerakan yang sama untuk beberapa kitaran (rakaat). Satu rakaat dalam solat terdiri daripada beberapa postur seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud. Rakaat kedua dan terakhir pula mempunyai penambahan postur duduk tahiyat.

Berikut 6 rahsia saintifik dalam pergerakan solat buat saintis terkejut :

1. Qiyam berdiri tegak ketika solat

● Dalam konteks solat, qiyam yang dimaksudkan di sini adalah berdiri tegak. Islam memberi kelonggaran atau keringanan untuk mereka yang ada keuzuran boleh melaksanakan ibadah solat secara duduk. Sekiranya tidak mampu duduk, di bolehkan bersolat secara mengiring.

Menurut Mohammed Faruque Reza dari Pusat Perubatan Jepun, mendapati ketika berdiri untuk solat, kita akan cuba untuk fokuskan minda kepada solat. Ini membantu dalam mengurangkan tekanan dan membantu mengawal keseimbangan badan. Berdiri tegak dan lurus akan menjadikan titik beban badan tertumpu pada kedua-dua belah tapak kaki secara seimbang. Rutin ini dipercayai akan melatih menguatkan tulang pada kaki dan membuatkan belakang badan tidak menjadi bengkok.
Semasa berdiri tegak, orang yang bersolat akan bertakbiratul ihram iaitu mengangkat tangan ke telinga dan membawa tangan kanan di atas tangan kiri pada bahagian abdomen. Tangan perlu bersedekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada di atas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat. Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

● Ketika tangan kanan mengengam tangan kiri aliran darah mengalir meningkat pada bahagian otak post-pusat girus atau post-central gyrus. Ia juga membantu membesarkan rongga dada di mana paru-paru akan terasa luas selain otot tangan dapat digerakkan. Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua-dua tangan.

Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua-dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.

2. Pergerakan otot mulut tingkat aliran darah

● Ketika bersolat, kita akan membaca surah-surah di dalam al-Quran yang berbahasa Arab. Seperti yang kita tahu, ketika kita bercakap, otot mulut akan bergerak tidak kiralah jika anda berbahasa apa sekali pun. Jadi pergerakan otot mulut ini akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke bahagian muka, lidah dan deria mulut dan juga bahagian Broca’s dan Wernicke’s di dalam otak ketika membaca ayat suci al-Quran.

● Bacaan al-Fatihah mampu menimbulkan rasa rendah diri dan khusyuk kepada pembacanya dengan syarat pembacanya memahami maksud surah tersebut. Dalam bacaan, getaran vokal panjang dapat merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru.

3. Rukuk melurus dan meratakan tulang belakang

● Pergerakan badan bergerak ke hadapan dan kedua tapak tangan menggenggam kepala lutut dan punggung mendatar didapati akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Ia dipercayai mampu menguatkan belakang orang yang mempunyai sakit belakang.

Ruas tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot. Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi s.a.w, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.

Apabila Baginda s.a.w rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila air diletakkan di atasnya, air tesebut tidak akan tertumpah. Baginda tidak menundukkan kepala (terlalu membongkok) dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras bahunya).

● Selain menguatkan tulang belakang, perbuatan ini mampu menguatkan otot perut. Terapi ini terbukti mampu digunakan sebagai rawatan tahan sakit seperti yang tercatat dalam fisilosofi Yogic.

● Ia juga berkesan dalam membantu kelenturan (fleksibili) bahagian bahu, lutut dan buku lali. Pergerakan rukuk mengenakan tekanan pada bahagian abdomen yang akan memudahkan masalah sembelit dan pergerakan peristaltis (pergerakan otot perut). Buah pinggang juga akan mengalami "urutan" yang membantu dalam permasalahan penyakit buah pinggang.

● Tumakninah atau berhenti dalam keadaan bertenang sebentar, merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam solat iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Semasa melakukan posisi ini seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu tasbih. Menurut kajian Dr.Fatimah Ibrahim Keadaan ini dipercayai mampu memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat.

4. Sujud kepala menyentuh lantai menggunakan dahi

● Sujud merupakan perbuatan melutut di mana kepala diletakkan di bawah menyentuh tanah menggunakan dahi, dan tapak tangan diletakkan selaras dengan telinga. Seluruh berat badan akan terpikul sepenuhnya kepada otot-otot kedua-dua tapak tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher dan otot-otot kaki. Kepelbagaian pergerakan ini memberikan kesan besar yang menyebabkan darah bergerak ke otak manusia. Sujud dipercayai mampu memperbaiki peredaran cerebral pada otak dan mengelakkan penyakit iskemia otak (kekurangan darah di otak).

● Pengaliran darah ke dalam bahagian otak memberikan kesan baik kepada memori, penglihatan, pendengaran, konsentrasi, dan keupayaan kognitif yang lain. Orang solat secara kerap mempunyai kadar sakit kepala yang rendah, kurang masalah fisiologi dan masalah kognitif yang lain.

● Keunikan posisi sujud menyebabkan otot leher bergerak. Otot leher boleh menanggung beban apabila dahi diletakkan pada tanah dan ini menyebabkan otot leher bertambah kuat, sekaligus menjadikan kepala dapat diimbang dengan baik.

● Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

Dalam kajian mengenai jantung, saintis mendapati posisi sujud mampu mengurangkan dengupan jantung. Kadar dengupan jantung yang rendah untuk sementara waktu memberikan waktu rehat kepada jantung. Ia juga membantu dalam merelakskan saraf tunjang dan mengurangkan risiko tekanan ke atas saraf tunjang.

Saintis di Eropah telah membuat kajian mengenai bagaimana ingin membuang cas positif elektromagnetik yang berbahaya kepada badan manusia. Di dalam kajian terbabit, dia menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk mengeluarkan cas tersebut adalah dengan meletakkan dahi di lantai (atau tanah), kemudian tanah akan mengeluarkan cas positif badan.

Ini sama seperti kejadian kilat apabila kilat menyambar bangunan yang berada di tanah mempunyai cas positif. Kerana itulah anda perlu membuang cas positif supaya tidak disambar kilat!
● Sujud juga merupakan satu terapi yang baik untuk penyakit uterus dalam kalangan wanita. Ia membantu mengubah semula posisi rahim, buah pinggang dan membantu mengurangkan tekanan pada paru-paru.

● Bagi pesakit obesiti yang ingin menurunkan berat badan bolehlah mengamalkan posisi ini untuk mengurang lemak di bahagian perut kerana posisi ini membolehkan lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut.

5. Duduk antara dua sujud dan tahiyat

● Posisi duduk antara dua sujud membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan usus besar. Posisi ini juga membantu dalam penghadaman dengan menekankan kandungan perut ke bawah.

● Posisi tahiyat yang dilakukan dengan bertemunya lipatan paha dan betis boleh meningkatkan pengeluaran peluh. Ini dapat mengeluarkan mineral dan garam-garam berlebihan yang tersimpan pada lipatan paha.

● Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

6. Gerakan salam menggerakkan kepala ke kanan dan kiri

● Gerakan salam dengan menggerakkan kepala ke kanan dan ke kiri dapat merengangkan otot kepala dan leher. Ia merupakan senaman ringan yang membantu dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

● Perbuatan gerakan salam membantu merenggangkan sendi leher dan membantu melegakan bahu dan otot bahagian belakang. Ia melancarkan salur darah di bahagian leher dan mengurangkan masalah pening kepala dan migrain.

      Baca : 6 Sifat Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Jika Ingin Menambat Hatinya

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Semoga perkongsian ini memberikan kita sedikit ilmu pengetahuan tentang rahsia solat daripada sudut kajian saintifik yang tidak kita ketahui. Ketahuilah solat (yakni solat fardhu) adalah amalan yang keagamaan yang terpenting dalam Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah. Di samping itu solat juga menurut kajian ahli sains merupakan satu bentuk senaman buat tubuh manusia. Moga diri kita kekal sihat dengan bersolat!

- Daku Amat

4 Mentaliti Seorang Penagih Bahan Pornografi

Dunia tanpa sempadan menjadi kayu ukur kepada sesebuah negara yang ingin mengecapi kejayaan dari sudut intelektual dan pembangunan pemodenan semasa. Maklumat di hujung jari mampu menggerakkan manusia terus melayari dan menerobos dunia tanpa mengira waktu dan di mana sahaja kita berada.

Kuasa internet ini tidak mengenal usia dan peringkat umur. Hal ini menyebabkan manusia sering bergantung dengan dunia internet bagi memenuhi ruang fizikal dan psikologi. Maka ketagihan terhadap alam maya tidak dapat dibendung lagi.

Isu pornografi, merupakan isu yang bersangkut paut dengan alam maya. Virus ini tidak mengenal usia dan pangkat atau gelaran. Semakin hari isu ini semakin serius di kalangan rakyat Malaysia. Ramai menyangkakan, isu ini merupakan ‘personal’ atau bersifat peribadi, namun begitu jika dibiarkan maka kerosakkan akan berlaku dalam kalangan masyarakat yang kian lama tenggelam dalam arus dunia tanpa sempadan ini.


Pornografi, merupakan bahan yang mudah untuk diperolehi. Zaman kini, telefon pintar boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Statistik menunjukkan pada tahun 2001 dianggarkan sebanyak 70,000 hingga 74,000 laman pornografi wujud di internet. Pada tahun 2002, Websense telah mengeluarkan catatannya peningkatan laman sesawang pornografi sehingga 88,000 dan hampir mencecah 1.6 juta laman pornografi pada tahun 2004.

Terbaru, family safe telah merekodkan sebanyak 4.2 juta laman sesawang pornografi dan telah mendominasi 12% jumlah laman sesawang di internet . Hasil carian ini sedikit sebanyak membuka mata kita menyedari kehadiran sesuatu yang tidak sihat dan mampu memberi impak yang buruk kepada diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Dalam Persidangan Ketagihan Nikotin ‘Berhenti Merokok di Malaysia’ pada tahun 2015, dilaporkan sejumlah 20,000 rakyat Malaysia, meninggal dunia setiap tahun akibat tabiat merokok. Jelas di sini, permasalahan rokok kita dapat melihat secara zahirnya. Namun tidak pula pada ketagihan pornografi.

Ketagihan pornografi hanya dapat disedari oleh si pelakunya sahaja. Amat susah seseorang itu kita hendak kategorikannya sebagai seorang penagih pornografi.

Berikut 4 mentaliti seorang penagih bahan pornografi :

1. Anggap normal bahan pornografi

Seseorang yang mengalami ketagihan pornografi, pada mulanya akan merasakan kurang selesa dengan aktiviti pengembaraan pornografinya. Namun lama-kelamaan akan timbul keselesaan dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan bersama ketagihan ini.

Hal ini membuatkan penagih akan mencari dan terus mencari bahan pornografi dan menganggap perkara ini normal. Sikap normal terhadap ketagihan pornografi ini akan membawa penagihnya mencari dan melayari sumber pornografi yang lebih keterlaluan demi mencapai kepuasan diri.

2. Toleransi terhadap bahan pornografi

Individu yang terjebak dengan ketagihan bahan pornografi sebenarnya telah bertoleransi dengan bahan yang mereka gemari. Walaupun, individu ini sedia maklum mengenai keburukan pornografi, namun mereka tetap ingin berdamping dek kerana keseronokan dan kepuasan diri yang sementara.

Perasaan ini berlaku kerana telah ada sikap kebiasaan atau normal yang akhirnya perasaan toleransi terhadap pornografi ini bercambah walaupun virus ini telah menghancurkan kecerdasan fizikal, intelektual, emosi dan juga rohani.

Impaknya, pada peringkat awal penglibatan individu dalam kancah pornografi, mereka telah menemui pornografi jenis lembut atau softcore porn seperti video atau imej wanita seksi. Lama-kelamaan, keperluan biologi semakin meningkat dan mendesak diri penagih beralih kepada hardcore porn bagi memuaskan nafsu mereka. Tahap teruk lagi, penagih pornografi ini akan mencari mangsanya. Ini dinamakan acting out di dalam tahap ketagihan.

Kronik - tahap teruk, penagih pornografi akan mencari mangsanya

3. Nafi ketagihan bahan pornografi

Penafian merupakan senjata utama bagi seseorang penagih bahan pornografi untuk menyatakan diri mereka sebenarnya di dalam ketagihan dan memerlukan rawatan.

“owh, saya tak ketagih pornografi."

“Pornografi? tak ada la. Saya tengok gitu-gitu jer."

“saya tengok suka-suka jer. Tak ada la sampai ketagih."

Sebenarnya, penagih pornografi tidak bermaksud begitu. Apa yang mereka ingin nyatakan ialah;

“Aku boleh jer kawal ketagihan ini.”

Situasi ini sebenarnya merupakan bayangan atau angan-angan mereka sahaja. Cuma nak sedapkan hati sahaja. Hakikatnya, penagih pornografi ini akan terus mengembara melayari dunia pornografi ini kerana mereka telah rasa biasa dan boleh bertoleransi dengan apa jua keadaan dan situasi.

4. Lemah dalam semua aspek kehidupan

Mentaliti individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan mereka lemah dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan ini dapat dikesan daripada pengamalan hidup mereka seharian.

Individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan otaknya lemah di dalam menjana buah fikiran yang baik. Setelah itu, mereka akan mengalami gangguan emosi yang keterlaluan dan akan membawa kepada rendah keyakinan diri. Akhirnya, fizikal si penagih pornografi akan lesu dan tidak bermaya. Hal ini boleh dilihat dari sudut pencapaian kerjayanya atau aktivitinya.

mentaliti ketagihan pornografi ini hanya boleh dirasai oleh individu yang telah terjebak dengan "virus" ketagihan pornografi. Teman rapat atau ahli keluarga tidak berupaya mengesan akannya sekiranya tiada hubungan rapat dengan penagih pornografi.

      Baca : 5 Dorongan Ini Perlu Suami Lakukan Sebelum Dan Selepas Isteri Bersalin

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Dekati penagih mengikut tahap atau aras pemikiran mereka. Bahasa badan, pemilihan kata-kata dan gaya bahasa memainkan peranan yang penting di dalam menyampaikan mesej kesedaran. Kesannya, mereka yang telah mengalami ketagihan pornografi ini akan mudah meluahkan segala apa yang mereka lalui.

Maka dari situ, kita dapat mengenal pasti sedikit sebanyak tentang mentaliti penagih virus pornografi ini. Secara tidak langsung khidmat bimbingan dan kaunseling dapat diberikan mengikut kesesuaian individu yang ketagih dengan virus pornografi.

- Daku Amat

7 Perkara Patut Beres Sebelum Anda Membeli Rumah Pertama


Membeli rumah pertama tidaklah sesusah mana jika anda tahu aturannya. Ketika usia muda inilah jangan buat hutang banyak sangat. Bila banyak hutang nanti tidak mampu hendak menyimpan untuk membayar deposit rumah.

Tidak perlu tunggu masuk umur 30-35 tahun baru hendak membeli rumah pertama. Carilah rumah yang berharga di bawah RM150k untuk pelaburan hartanah dahulu. Baiki CCRIS, semak DSR dan teruskan niat memiliki aset hartanah.

Berikut 7 perkara perlu beres sebelum anda membeli rumah pertama :

1. Mempunyai pekerjaan yang stabil

Anda mesti mempunyai pekerjaaan yang stabil. Pihak bank akan mengambil kira tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya anda perlu bekerja lebih daripada enam bulan. Barulah pihak bank akan lebih berkeyakinan pada anda.

2. Tambahkan wang simpanan

Wang simpanan ini penting untuk membayar kos yang berkaitan nanti. Antaranya kos guaman, duti setem dan sebagainya. Paling kurang, kena sediakan dalam 10% hingga ke 15% daripada harga jualan rumah tersebut. Mulakan membuat simpanan daripada sekarang.

3. Baiki Laporan CCRIS

Laporan CCRIS yang lengkap akan membuatkan permohonan pembiayaan perumahan anda senang diluluskan. Selagi laporan CCRIS anda ada angka “0”, anda ada peluang cerah untuk dapatkan pembiayaan perumahan. Jika ada sebarang komitmen dengan pihak bank, jangan lambat bayar.

Jika tiada laporan CCRIS, adakah boleh memohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja. Bank perlukan bukti yang menunjukkan anda mampu membayar pembiayaan perumahan tepat pada masanya. Kalau tiada laporan CCRIS, mungkin kadar keuntungan bank lebih tinggi daripada mereka yang telah ada laporan CCRIS.

      Baca : 5 Kos Yang Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah

4. Baiki hutang tertunggak

Kadang-kadang anda tidak sedar pun anda kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik, sedara mara atau kawan. Kalau sudah kena CTOS, wajib langsaikan dulu hutang tertunggak. Sebab itulah perlu elak daripada suka berhutang yang tidak perlu seperti beli telefon pintar atau beli sofa pun berhutang.

5. Baiki nisbah hutang kepada pendapatan

Debt Service Ratio (DSR) adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyaklah hutang/komitmen anda. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang anda boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan bagi setiap bank namun konsepnya tetap sama. Lain bank, lain SOP nya. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya.

6. Dokumentasi yang lengkap

Sediakan dokumen yang lengkap sebelum memburu hartanah. Kalau boleh anda sediakan dokumen sokongan yang lengkap terus. Pegawai bank yang nak proses permohonan anda pun senang hati. Antaranya :

1. Salinan Kad Pengenalan (pastikan jelas depan dan belakang).
2. Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam).
3. Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan).
4. Slip Gaji (3 bulan atau kalau nak letak 6 bulan pun boleh kalau bulan itu ada terima bonus ataupun OT).
5. Penyata EPF (terkini).
6. Penyata Bank (3-6 bulan).
7. Dokumen Sokongan. Seperti :
● Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit.
● Unit Amanah, simpanan, saham.
● Surat perjanjian hutang/komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
● Sebarang dokumen yang boleh menampakkan anda mampu membayar ansuran bulanan.
● Laporan CCRIS.

7. Baki selepas tolak komitmen

Juga dikenali sebagai Net Disposable Income (NDI). Sebagai kos sara hidup. Selepas anda sudah bayar semua komitmen dengan bank, mesti anda perlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu anda kena ada baki yang cukup seperti yang bank tetapkan. NDI bergantung kepada tempat anda tinggal sama ada kawasan bandar ataupun luar bandar. Ia bergantung juga pada status perkahwinan.

Kebiasaannya standard, bank akan ambil RM1000. Ada juga bank yang ambil RM1300. Rajin-rajinkanlah "menapak" pergi ke bank untuk bertanya. Kalau masa muda ini anda sibuk pergi travel sana sini, jadi geng backpackers, silakan. Tetapi simpan dulu nota ini untuk anda baca masa umur 35 tahun nanti.

Masa itu anda akan kata rugi tak beli rumah di usia muda. Rumah sudah semakin mahal. Kawan anda yang gaji lebih rendah daripada anda pun sudah ada 2-3 rumah. Masa itu anda tengok sajalah gambar travel anda sambil air mata mula menitis. Sadis bukan?

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Membeli rumah perlu perancangan yang rapi, terutamanya rumah pertama. Sekurang-kurangnya setahun sebelum membeli anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan pengetahuan untuk membeli rumah pertama. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerugian kalau tersilap langkah.

- Daku Amat

4 Cara Tidur Ini Boleh Menyebabkan Berat Badan Naik


Pernah tak anda sudah cuba diet dan jaga pemakanan sebaik mungkin tetapi tetap juga tidak kurus? Mesti ada kesilapan yang telah anda buat! Untuk pengetahuan semua, tidur juga mempengaruhi kenaikan berat badan kita. Disebabkan itu, kita semua kena cukup tidur 8 jam satu hari.

Berikut 4 cara tidur ini boleh menyebabkan berat badan naik :

1. Makan sebelum tidur

Ini pantang larang yang wajib dielakkan! Makan sebelum tidur sangat tidak elok dan setiap individu sepatutnya tidak boleh tidur selepas makan. Kena tunggu 4 jam selepas makan baru boleh tidur. Kalau lapar sangat, ambil sahaja segelas susu atau malt coklat serta beberapa biji kurma untuk dimakan. Makanan ini bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk menahan perut dari lapar.

2. Tidur lewat atau tidak teratur

Jangan amalkan tidur lewat kalau mahu kurus. Kebiasaan orang akan tidur lewat dengan mengisi aktiviti yang tidak sihat pada tengah malam seperti permainan video, chatting, melepak, menonton cerita dan sebagainya. Menurut kajian, orang yang kurang tidur akan menyebabkan dia mengambil lebih banyak kalori di tengah malam. Ini akan membuatkan anda jadi gemuk dengan cepat.

3. Kualiti tidur rendah

kualiti tidur yang rendah ini kebiasaannya kerana seseorang itu mengalami tekanan atau stress atau mungkin terganggu disebabkan beberapa kes kecemasan. Mahukan tidur yang berkualiti, anda harus melakukan aktiviti olahraga atau bersenam.

4. Bangun tidur lewat

Ya, bangun tidur lewat akan menggemukkan anda. Bangun lewat akan meletakkan diri anda berasa lapar 2 kali ganda dari biasa. Ini akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, amalkan bangun pagi dan jangan sesekali sambung tidur. Setelah bangun tidur buat sedikit senaman ringan.

      Baca : 13 Cara Membuat Bekas Kekasih Cemburu

Kesimpulan

Sebaiknya tidur awal selepas Isyak dan bangun tepat pada waktu yang sepatutnya. Paling baik, bangun tidur awal pagi antara jam 3-4 pagi untuk bertahajjud, witir, zikir dan membaca al-Quran sebelum masuk waktu solat fardhu Subuh.

- Daku Amat

11 Pertanyaan Lazim Tentang Selam Skuba

Tidak dapat dinafikan kebanyakan orang kini terutama mereka yang berumur lingkungan 18-30 tahun mempunyai bucket list. Ia menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum kahwin ataupun peringkat umur tertentu bagi mencipta satu pengalaman baru yang lain daripada kehidupan biasa.

Adakah anda pernah berfantasi untuk terapung dan bergerak bebas tanpa ada tarikan graviti seperti di angkasa lepas? Tetapi tertangguh kerana agak mustahil untuk dicapai apabila harga pakej yang begitu mahal?

Jangan kecewa terlalu awal kerana ada alternatif lain yang boleh memberikan pengalaman hampir sama dengan pengalaman zero-gravity dalam space travel iaitu selam skuba atau scuba diving.


Dalam selam skuba anda boleh bergerak bebas diapungan dan berinteraksi secara terus dengan hidupan laut yang menarik seperti penyu, ikan jerung, batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai spesis ikan lain.

Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan memakai set peralatan khas yang membekalkan oksigen agar penyelam dapat kekal lama dalam air pada paras kedalaman tertentu.

Scuba itu sendiri ialah ringkasan bagi perkataan, Self Contained Underwater Breathing Apparatus yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri. Jadi, di bawah inilah perkara yang anda perlu tahu tentang selam skuba sebelum mahu mencubanya.

Berikut 11 pertanyaan tentang selam skuba yang anda patut tahu :

1. Adakah ada Oksigen dalam tangki skuba?

Jawapannya tidak. Di dalam tangki skuba itu mengandungi udara atmospheric yang kita sedut di udara sekeliling tetapi ditapis dan dehumidified serta dimampatkan ke dalam tangki skuba melalui kompressor udara khas untuk mengisi tangki skuba.

Komposisi gas dalam tangki skuba ialah 78.9% nitrogen, 21% oksigen, dan 0.01% inert gases (gas nadir). Jika oksigen tulen digunakan ia boleh menyebabkan keracunan kepada penyelam (oxygen toxicity) pada tahap kedalaman tertentu.

2. Berapa lama boleh bernafas dalam air?

Kebiasaannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki skuba pada kedalaman 14-18 meter. Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung kepada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri. Ini kerana makin dalam, makin cepat udara dalam tangki itu habis.

Ia disebabkan oleh tekanan yang tinggi di dasar laut memampatkan lagi partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan air pushing out stronger. Physics law applied here!

Kadang-kadang faktor pernafasan penyelam itu sendiri boleh mempengaruhi tempoh masa semasa melakukan penyelaman. Contoh, jika penyelam itu gemuruh, panik atau berdebar pastinya dia akan bernafas dengan kadar lebih cepat.

Dalam keadaan tercungap-cungap bernafas pastinya lagi cepat udara dalam tangki cepat habis menyebabkan penyelam perlu naik ke atas segera. Jadi, untuk selam lama pastikan penyelam bertenang.

Kalau mahu rekod selaman dalam buku log (logbook) sekurang-kurangnya anda kena lakukan selaman selama 20 minit pada kedalaman 5 meter kerana itu minima requirement yang perlu dipenuhi. Jika tidak, master dive tidak akan tandatangan buku log tersebut.

3. Berapa dalam boleh menyelam skuba?

Ia bergantung pada tahap pensijilan skuba anda. Jika mengikut standard PADI : Open Water Diver (paling asas) 18 meter, Advance Open Water (kena ambil adventure deep dive course dulu) 30 meter dan Deep Diver Specialty (wajib belajar Deep Dive Scenario) 40 meter.

Untuk menyelam lebih dalam mrlrbihi 40 mmeter, anda boleh cuba technical diving course seperti sidemount, tecrec ataupun rebreather.

4. Apa itu PADI?

Selain PADI, ada juga SDI, SSI, CMAS, BSAC, NAUI dan RAID. Semua akronim tersebut merupakan singkatan kepada organisasi-organisasi terkenal dunia yang menjalankan aktiviti pengajaran dan latihan buat individu yang berminat melakukan aktiviti selam skuba.

Setiap organisasi mempunyai level standard yang tersendiri dalam menjalankan pengajaran dan latihan untuk melahirkan seorang penyelam bertauliah.

Di Malaysia, organisasi diving yang popular ialah PADI, SDI, SSI, NAUI dan RAID. CMAS, BSAC dan lain-lain pula biasanya banyak beroperasi di luar negara seperti Eropah dan Amerika.

5. Berapa lama tempoh buat lesen selam skuba?

Biasa ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk dapatkan lesen PADI : Open Water Course. Seseorang itu perlu menjalani proses pembelajaran teori selama sehari di dalam kelas, manakala 2 hari lagi untuk pembelajaran praktikal dalam air iaitu fasa confined water dan open water. Selepas itu, ada exam paper kena jawab tapi tidak susah pun.

Sesetengah pusat selam boleh melakukan kursus Open Water mengikut kesesuaian jadual anda. Contoh, Sabtu minggu ini belajar teori, Ahad minggu depan buat confined water dan Rabu kemudiannya buat open water dan peperiksaan.

PADI : Advance Open Water Course pula biasanya dilakukan dalam masa 2 hari dimana anda akan diajar 5 jenis adventure dive seperti deep dive, search and recovery, underwater navigation (macam Navy Seal, pakai kompas), drift dive (macam Initial D tapi ini tujahan guna arus air yang kuat), night dive dan pelbagai lagi berdasarkan pilihan anda sendiri.

PADI : Specialty Courses, kursus kepakaran biasanya boleh dibuat dalam masa sehari untuk satu course. Anda boleh pilih pelbagai specialty course seperti underwater photography dan bermacam lagi mengikut kemahuan anda dan availability kursus tersebut di dive center pilihan anda.

6. Bagaimana jika tiada lesen tapi mahu selam skuba?

Boleh! Ada satu kursus pendek yang dikenali sebagai Discover Scuba Diving (DSD). DSD ini khas untuk individu yang cuma mahukan pengalaman bernafas dan eksplorasi alam semulajadi dalam air tanpa menghadiri kursus teori dan praktikal yang berhari-hari itu.

Kursus pendek ini dilakukan selama kira-kira 2 jam. Peserta akan diajar tentang kemahiran asas dalam melakukan aktiviti selam skuba dan akan pergi menyelam bersama instructor ataupun DSD Leader pada kadar kedalaman maksimum 12 meter sahaja. Kebiasaanya, harga pakej DSD ini dalam lingkungan RM150-RM300 bergantung kepada dive operators.

7. Adakah selam skuba hobi mahal?

Semua hobi comes with a cost kan?. It is not really an expensive hobby compare to the experience and that peace and tranquility that you will get! Kebiasaannya kos untuk mengambil lesen Open Water ialah dalam RM750-RM1500, Advance Open Water RM800–RM1600 dan Specialty Courses RM350–RM1500/specialty.

Harga ini hanyalah average estimation. Ia juga bergantung kepada pusat selam yang anda pilih. Kalau di dive resort 5 bintang jangan jangka harga kurang dari 4 angka. Boleh pergi ke diving expo atau sertai Facebook Group untuk dapat harga yang berpatutan.

Alright, itu harga kalau ambil course. Kalau sudah ada lesen, boleh buat leisure dive dengan harga pakej antara RM270–RM300. Kena tengok pakej yang dive operator tawarkan.

8. Adakah boleh selam walau tak pandai berenang?

What if I say yes? Kalau anda mahu menyelam tidak semestinya perlu pandai berenang tahap pandai punya. Asalkan anda selesa dalam air dan boleh berenang sikit pun sudah cukup.

Sebab menyelam ini lain berbanding berenang, tangan tidak berapa digunakan waktu menyelam kerana diving fin (kaki-kaki itik) yang dipakai penyelam pada kaki itu yang membantu pergerakan dalam air macam propeller. Anda hanya perlu belajar teknik flutter dan frog kick.

9. Apa peralatan wajib skuba?


Untuk membolehkan anda bernafas, bergerak dan berinteraksi di dalam lautan, anda memerlukan peralatan-peralatan ini :

Buoyancy Control Device (BCD)
BCD ini digunakan untuk memegang tangki skuba dan juga untuk bertindak seperti jaket keselamatan jika memerlukan apungan (buoyancy) tambahan.

Regulators
Alat ini membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi.

Di dalam 1 set diving terdapat dua regulators iaitu primary (kegunaan utama) dan secondary (digunakan apabila kecemasan sahaja).

Berdekatan dengan regulator terdapat 2 hos lain yang menyambungkan hos LPI (low-pressure inflator) ke BCD untuk menyalurkan udara dan satu lagi hos disambungkan ke SPG (submersible pressure gauge) untuk menandakan kadar udara yang tinggal di dalam tangki skuba.

Face Mask
Alat ini bantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air. Our eyes need air to see. Goggle sangat tidak releven untuk menyelam kerana ianya tidak melindungi lubang hidung.

Weight Belt
Tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1 kg) ini digunakan untuk mewujudkan negative buoyancy. Ia bantu menggelamkan tubuh badan penyelam terutama yang berbadan besar dan berisi.

Exposure Suit
Pakaian seperti wetsuit dan rashguard amat penting ketika berada di dalam air kerana ianya membantu untuk insulation dan mengelakkan anda cedera apabila terlanggar sesuatu di dalam air.

Fins
Kaki itik ini diibaratkan seperti enjin ketika menyelam. Makin besar dan panjang saiznya, makin senang untuk bergerak laju dalam air. Kalau fins ini tiada, penyelam tidak boleh pergi jauh.

Peralatan lain yang kena ada waktu diving ialah lampu suluh, steel pointer, kamera, sarung tangan, dive computer dan pelbagai lagi.

10. Di mana tempat selam terbaik di Malaysia?

Teramatlah banyak! Di Sabah sahaja terdapat lebih dari 10 pulau untuk diving. Mataking, Mabul, Mamutik, Sapi, Lankayan, Layang-Layang dan paling best ialah Sipadan, one of the best in the world.

Kalau di Malaysia Barat ada juga tempat awesome seperti di Pulau Tioman, Pulau Tenggol, Pulau Payar, dan Pulau Perhentian akan tetapi tidak lawan juga Pulau Sipadan dan Pulau Layang-Layang.

11. Bagaimana nak jadi penyelam profesional?

Untuk jadi penyelam profesional seperti dive master atau penunjuk ajar, anda kena lalui pelbagai peringkat pensijilan penyelaman.

Pertama, anda kena ada Open Water Certification. Selepas itu, ambil Advance Open Water Certification. Kemudian, anda perlu lulus pula Emergency First Responder Course.

Selepas buat sekurang-kurangnya 40 logged dive baru layak untuk ambil Rescue Diver Course. Apabila sudah lulus peperiksaan teori dan praktikal jadi Rescue Diver baru boleh ambil Dive Master. Kena cukup sekurang-kurangnya 60 logged dive dan lulus peperiksaan lagi sekali baru boleh jadi dive master bertauliah.

Dengan status dive master bertauliah, lakukan lebih 100 catatan dive log bagi melayakkan anda ambil peperiksaan Open Water Scuba Instructor. Ia satu perjalanan yang panjang tetapi berbaloi.

Kesimpulan

Diharap semua persoalan anda terungkai dan terjawab dalam artikel ini. Akhir kata di sini kongsikan satu petikan; “Bad day diving is a thousand times better than the best day at the office.”

3 Tip Sebelum Anda Buat Keputusan Membeli Laptop


Ramai orang menggunakan komputer atau personal computer (PC) dalam melakukan tugasan seharian mereka. Semakin lama teknologi kian berkembang dan demi memudahkan urusan, ramai orang beralih kepada penggunaan komputer riba. Secara tidak langsung, dapat mempercepatkan proses bekerja kerana mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Dalam era serba canggih ini, sudah pasti banyak pengeluar komputer riba yang bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan spesifikasi lebih maju, berbanding pesaing mereka. Ini membuatkan, kita sebagai pengguna mendapat kelebihan daripada persaingan mereka. Sehingga membuatkan kita bingung memilih komputer riba yang mana, lebih berbaloi untuk dimiliki.

Berikut 3 tip membantu anda sebelum membeli Laptop :

1. Tetapkan bajet untuk beli laptop

Tetapkan bajet anda berapa ribu yang anda sanggup belanja untuk membeli laptop baharu. Ini akan memudahkan juruteknik komputer, kawan-kawan yang pandai bab IT atau salesman IT untuk beri cadangan pada anda, laptop apa yang sesuai berdasarkan bajet anda tadi.

Pernah berlaku satu kes, dimana customer tidak mahu berutahu bajet dia berapa. Cuma dia beritahu nak komputer yang 'sedap' untuk kerja-kerja office. Lepas itu boleh main game. Salesman IT pun carikanlah laptop yang bersesuaian. Bila bagi model dan harga; “Woih, mahalnya, murah sikit bawah 2K tak ada ke?” Barulah terpacul dari mulut dia pasal bajet dia. Kan senang kalau beritahu awal-awal bajet ada berapa. Tidaklah orang salah bagi cadangan.

Laptop ini adalah satu investment, anda nak guna lama. Jadi, kalau anda sudah tetapkan bajet, dinasihatkan agar lebihkan sedikit wang bajet anda. Ini kerana, kadangkala ada laptop yang spesifikasinya lebih bagus dan anda hanya perlu tambah antara RM seratus atau dua ratus sahaja. Tak ke rugi?

Tetapi, kalau sudah itu sahaja bajet yang anda ada, stick to the plan sajalah. At least matlamat anda hendak beli laptop dengan bajet yang ada sudah tercapai.

2. Spesifikasi laptop

Ada sesetengah orang, tidak kisah pasal bajet. Asalkan dia dapat spesifikasi seperti yang dia mahukan. Untuk pengetahuan anda, laptop adalah komputer yang telah ditetapkan spesifikasinya oleh manufacture dia sendiri. Jadi, agak sukarlah anda nak upgrade spesikasi laptop anda. Kalau boleh upgrade pun, RAM atau hard disk sahaja.

Di bawah ini hierarki processor (Intel Processor) :

● Core I7 Processor.
● Core I5 Processor.
● Core I3 Processor.
● Core 2 Quad Processor.

Kenapa processor Core I7 menduduki tempat teratas? Itulah latest processor yang dihasilkan oleh Intel. Apa beza semua processor ini? Bezanya adalah 'Performance'. Makin latest makin 'power'lah performancenya. Kalau ditanya, Processor mana yang power? Sudah tentulah akan suggest pada anda core I7 processor.

Untuk RAM pula, memandangkan sekarang ini kebanyakan laptop baru datang sekali dengan Windows 10, maka disarankan anda carilah laptop yang RAM nya berkapasiti 4GB ke atas. Itu minimum requirement. Windows 10 punya requirement RAM sahaja sudah minimum 2GB. Bayangkanlah kalau laptop anda RAM dia 2GB sahaja. Tuhan sahaja tahu bagaimana lembabnya laptop anda.

Pasal hendak upgrade RAM ini, anda jangan risau sangat, kebanyakan laptop baru masih boleh lagi untuk anda upgrade RAMnya. Jadi, tidak ada masalah sangat. Anda boleh upgrade RAM kepada kapasiti yang lebih besar dikemudian hari.

3. Beli laptop ikut keperluan semasa

Kebanyakan customer yang nak beli laptop akan ditanya dahulu keperluan dia macam mana. Maksud keperluan di sini, dia nak beli laptop itu untuk kegunaan apa.

Setakat ini ada 4 kategori keperluan iaitu :

1. Keperluan kerja-kerja pejabat.
2. Keperluan pelajar sekolah (pelajar IPTA/IPTS biasanya).
3. Keperluan gamers.
4. Keperluan designer.


1. Untuk keperluan kerja-kerja pejabat sahaja

Spesifikasi laptop yang sederhana pun sudah memadai untuk dibeli. Tidak perlulah nak beli yang spesifikasi tinggi sebab keperluannya hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja.

2. Untuk keperluan pelajar sekolah

Biasanya salesman IT akan tanya dulu dia ambil course apa di tempat dia belajar. Senang sikit untuk beri cadangan. Tapi biasalah, kalau student ini mesti nak yang lagi UP. Cari laptop power-power (lagi-lagi lelaki pasal waktu malam nak main Dota).

3. Untuk gamers

Setiap keperluan berbeza-beza. Seeloknya anda tanya terlebih dahulu kepada kawan-kawan yang kaki game, ataupun anda tanya kawan-kawan yang pandai bab IT ini. Lepas anda sudah dapat input, cari pula maklumat di internet untuk cari model laptop yang sesuai.

Tapi dinasihatkan, kalau anda kaki game, baik anda beli PC saja, sebab kepuasannya memang berbaloi. Laptop ini tak feel buat main game. Percayalah! Lainlah kalau anda kaya, boleh beli laptop Alienware. Alienware punya barang memang power.

4. Untuk keperluan designer

Kadang-kadang kesian juga pelajar yang ambil course design ini. Ya la, mereka ini tak tahu laptop apa yang sesuai untuk mereka guna. Disarankan anda belilah laptop Apple (Macbook Pro terutamanya). Ini adalah disebabkan Apple lebih lancar dan sedap untuk anda membuat design. Perisian seperti Adobe lebih ringan di Apple berbanding Windows. Kebanyakan designer semua menggunakan Apple.

Walau bagaimanapun, bukanlah bermakna anda tidak boleh buat design dengan laptop yang pakai Windows, boleh sahaja. Tidak ada masalah. Cuma hendak tekankan di sini, carilah laptop yang mempunyai cip grafik seperti AMD Radeon atau nVidia GeForce. Cip grafik ini akan membantu melancarkan lagi proses sewaktu anda mendesign. RAM pula, nak sedap buat design ini, at least mesti RAM 8GB.

Nak cari laptop baru dengan RAM 8GB ini memang payah. Kalau ada pun harga dia boleh tahan mahal. Tapi anda tidak perlu risau, anda boleh beli laptop yang RAM 4GB sahaja. Lepas itu, anda beli RAM yang lebih besar, sama ada anda tambah atau anda tukar RAM sedia ada itu. Kebanyakan laptop baru masih boleh lagi untuk anda upgrade RAM nya.

Untuk lebih mudah, diringkaskan spesifikasi minimum untuk keperluan design :

● Processor: Core i5 processor ke atas.
● RAM: 4GB (minimum) 8GB (terbaik).
● Cip Grafik: AMD Radeon atau nVidia Geforce dengan 1GB VRAM (minimum).

Kesimpulan

Apa pun keputusan anda, pastikan anda dapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu daripada juruteknik komputer atau kawan-kawan yang pandai bab IT ataupun Salesman IT agar mudah untuk anda membuat keputusan nanti. Namun, mereka hanya boleh memberi cadangan sahaja pada anda. Keputusan untuk membeli ditangan anda sendiri. Jadi, gunakanlah sebaiknya.
You might like these as well: