5 Dorongan Ini Perlu Suami Lakukan Sebelum Dan Selepas Isteri Bersalin


Wahai para suami di luar sana, ketahuilah bahawa ketika mengandung, proses ini akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal. Ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya perlu bekerja dengan lebih kuat.

Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri.

Berikut 5 dorongan ini perlu suami lakukan sebelum dan selepas isteri bersalin :

1. Merasai penderitaan isteri

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa, beristighfar dan selawat. Dengan cara ini insyaAllah perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

2. Mengurangi beban isteri

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

3. Perhatian berterusan kepada isteri

Perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri, hendaklah berterusan. Sedari isteri disahkan hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.

4. Melayani isteri seelok mungkin

Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layanlah isteri anda seelok-eloknya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris penyambung keturunan anda.

5. Jaga hati dan emosi isteri

Ketika isteri sedang sarat atau sedang berpantang, janganlah anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagalah emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang dan malam. Makan dan tidur terganggu.

Sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dan sebagainya. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik dilaburkan untuk anak-anak.

      Baca : 4 Langkah Mudah Hilangkan Batuk Dan Kahak Mengunakan Bawang Putih

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Ada adab yang para suami budiman perlu lakukan ketika isteri sedang mengandung iaitu ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri. Ini kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat ini. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

● Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
● Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
● Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
● Jangan mudah mengeluarkan perkataan "cerai" atau "talak" kepada isteri.
● Suami hendaklah kerap solat sunat seperti solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
● Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca wirid berikut;

Laa ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
maksudnya: “Tiada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim."
Semoga bermanfaat.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: