Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Ini kerana hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.
Tidak salah memilih supaya tidak tersalah pilih. Berkahwinlah bila sudah rasa jumpa orang yang betul dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah. Bukan semata-mata sebab hendak tutup mulut orang yang asyik bertanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ini tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah s.w.t. Ranjau rumah tangga amatlah hebat tetapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik kepada makhluk ciptaan-Nya.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tidak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia? Untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
Sesungguhnya lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini seorang perempuan solehah tetapi lelaki yang mengahwini seorang perempuan biasa dan kemudian berjaya membimbingnya menjadi perempuan solehah.
Berikut 4 sikap acuh tak acuh suami ke atas isteri :
1. Tidak ajak isteri solat
Bukan tidak pernah ajak tetapi suami sendiri tidak solat. Jadi, macam mana nak ajak isteri bersolat?
2. Tidak pernah ajar al-Quran
Bukan tidak mahu ajar tetapi sentuh al-Quran pun dia tidak buat. Macam mana itu?
3. Hidupkan hutang
Hidupkan hutang, matikan tanggungjawab. Ini yang selalu wanita suka biarkan sampai lama-kelamaan menjadi nanah dan kanser.
4. Tidak pernah tegur tutup aurat
Biarlah mulut kau, perangai kau teruk macam mana sekalipun tetapi sekurang-kurangnya tegurlah aurat isteri. Ini tidak, hal yang hendak dijunjung di akhirat pun dia boleh buat dek saja.
Dan lebih memalukan wujud suami yang berkata, "saya tak suka awak gemuk, nanti tak cantik kalau bawa keluar." Kasihan! Bini kau macam epal busuk bila keluar, orang lain nak epal cantik, siap balut kemas-kemas. Kasihan kau makan epal busuk hari-hari.
Di atas adalah antara perkara simple yang kita suka acuh tak acuh dalam memikirkannya. Orang bijaksana tidak mengatakan, orang yang sudah berkahwin itu adalah orang yang bahagia. Tetapi hakikatnya, orang yang berjaya mengucap dua kalimah syahadah semasa akhir kalamnya (hayatnya) itulah orang yang sebenar-benarnya bahagia. Jadi, bahagiakah kita sebenarnya?
Jadilah wanita apa yang Allah mahu. Bukan jadi apa yang dunia mahu!