7 Tip Beli Tiket Kapal Terbang Pada Harga Murah


Melancong sudah jadi trend di kalangan rakyat Malaysia tidak kira sama ada destinasi di dalam ataupun luar negara. Bila ke luar negara, aspek pertama yang perlu dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana caranya.

Berikut 7 tip bagaimana nak beli tiket kapal terbang pada harga terendah :

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa menempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda akan berlepas. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.

Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba anda tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda hendak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow.

Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya anda cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Perkara ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan PC anda sekiranya anda sudah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan bahawa anda sudah tengok laman web mereka berulang kali.

Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, anda amalkan tabiat padam cookies pada internet browser anda itu. Kalau tidak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang anda mahukan di laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Anda akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang kerap digunakan untuk travel :

● Skyscanner.
● CheapFlight.
● Momondo.
● Kayak.
● Google Flight.
● Ita Software.

Kesimpulan

Kesoronakkan anda bercuti atau travel ke luar negara akan lebih terasa jika anda bijak menjimatkan wang saku anda. Antara penjimatan yang harus anda beri perhatian adalah penjimatan dalam urusan transportasi seperti harga tiket penerbangan.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: