6 Tips Dapat Menunaikan Haji Di Usia Muda


Ibadah haji memerlukan pengorbanan harta benda yang agak banyak dan memerlukan banyak pergerakan anggota badan. Rukun dan wajib haji memerlukan perjalanan daripada beberapa tempat yang spesifik dalam tempoh waktu yang spesifik.

Jutaan umat Islam yang berpusu-pusu mengerjakan haji menambahkan lagi cubaan dan dugaan sepanjang tempoh ini. Namun, oleh kerana kewajipan menunaikan fardhu haji adalah sesuatu yang secara umumnya telah sedia diketahui oleh sekalian umat Islam maka segala susah payah semasa mengerjakannya bagaikan tidak terasa.

Berikut 6 tips yang membolehkan anda menunaikan haji di usia muda :

1. Daftar haji

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar haji dengan mendepositkan ke dalam akaun tersebut sekurang-kurangnya RM1300. Pendaftaran Haji sangat penting supaya nama anda sudah berada dalam senarai menunggu jemaah haji Malaysia.

Setelah itu, hanya anda cuma menunggu panggilan sahaja. Pada masa sekarang kita harus sedar jarak mendaftar dan tahun haji sangat jauh. Kebanyakannya waktu menunggu mencecah sehingga puluhan tahun. Jadi anda nasihatkan supaya anda mendaftar awal di Tabung Haji. Selamat mendaftar!

2. Bijak mengurus kewangan

Anda hendaklah bijak menguruskan kewangan untuk masa depan anda, terutamanya untuk Haji anda. Untuk remaja dan belia, anda hendaklah bijak menguruskan duit dan mengamalkan tabiat menabung. Apa sahaja sumber wang yang anda dapat, usahakan untuk menyimpannya untuk tujuan haji.

Dan bagi yang telah berumahtangga dan bekerja, anda juga perlu bijak untuk mengatur kewangan keluarga anda, supaya duit lebihan dari gaji bulanan, dapat di ‘reserve’ kan, dan disimpan di dalam akaun Tabung Haji.

3. Kesedaran individu dan keluarga

Kesedaran individu dan keluarga adalah sangat penting. Kita sedar akan wajibnya memenuhi rukun Islam iaitu haji (bagi yang berkemampuan) sebelum kita pergi menghadap Allah. Bermula dari kesedaran, akan lahirlah usaha. Keluarga memainkan peranan penting untuk mengingatkan dan mendorong ahli keluarga yang lain untuk menunaikan haji.

Sebagai contoh apa yang berlaku kepada sebahagian jemaah haji, mereka menunaikan haji di usia muda, kerana kesedaran kedua ibu bapa mereka untuk mendaftarkan awal anak-anaknya untuk pergi menunaikan Fardhu Haji. Kesedaran sangat penting, kerana ia merupakan pintu kepada segala usaha!

Berdoa ketika mengerjakan haji sangat mustajab untuk doa dikabulkan Allah

4. Banyakkan membaca dan menuntut ilmu tentang haji

Haji ialah ibadah yang praktikal. Tetapi sebelum praktikal, adanya teori yang menjadi tulang belakang praktikal satu-satu ibadah. Tanpa ilmu, jemaah haji tidak mampu untuk mencapai mabrur. Segalanya bermula dari ilmu.

Anda hendaklah memperbanyakkan bacaan buku-buku ilmiah mengenai haji, mengetahui fiqh tentang ibadah haji, membaca kisah-kisah atau pengalaman haji dari mereka-mereka yang pernah menunaikan haji.

Ini banyak membantu. Banyak membaca buku-buku berkaitan haji sebelum pergi menunaikan haji menyebabkan anda tidak kekok untuk terus melakukan praktikal ibadah di sana.

5. Niat, tekad dan banyakkan berdoa

Niat dan tekad yang tinggi untuk menyempurnakan rukun kelima dengan sempurna di awal usia dan di saat fizikal masih kuat. Kemudian, banyakkan berdoa supaya Allah menjemput kita untuk menjadi tetamu-Nya di usia muda. Haji di usia muda banyak kelebihannya. Berdoalah supaya Allah menghantar surat kiriman dari-Nya, ketika kita masih kuat fizikal, mental dan rohani.

6. Bersiap sedia mental, fizikal dan emosi

Bagi jemaah haji yang akan berangkat menunaikan haji, anda hendaklah bersiap sedia dengan persediaan mental, fizikal dan emosi. Haji tidak pernah sesekali sama dengan kembara kita ke Eropah atau ke tempat melancong yang lain. Ibadah haji adalah ibadah yang luar biasa yang menuntut kekuatan emosi, fizikal dan mental. Bersiap siagalah!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: