Sudah sering kita mendengar bahawa solat fardhu 5 waktu adalah tiang agama. Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh Allah di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya. Namun jika solat kita buruk, maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani.
Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir, apakah solat kita diterima di sisi Allah? Dan seperti apa tanda-tanda orang yang diterima solatnya oleh Allah s.w.t.
Berikut 5 tanda orang yang solatnya diterima Allah :
1. Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran Allah
Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap.
Kerana itu, sebelum solat, yang harus dijaga terlebih dahulu adalah hati. Hati itu umpama sebatang pokok. Bila dahannya rendang, burung-burung pun senang hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang maka fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain di dalamnya.
2. Orang yang tidak menyombongkan diri kepada makhluk Allah
Rasa tawadhu' dengan sendirinya menghilangkan sikap angkuh dan sombong kepada sesama makhluk. Kekuasaan yang ada digenggamannya tidak menyebabkan dirinya lupa daratan lalu berbuat sewenang-wenang kerana ianya sedar bahawa kekuasaan adalah amanat Allah.
Orang yang diterima solatnya adalah orang yang tidak menyombongkan dirinya kepada sesiapa pun. Walaupun dia seorang yang kaya, bijak dan berkuasa.
3. Orang yang tidak mengulangi maksiat kepada Allah
Dalam hidup ini, sebagai insan biasa kita tentu pernah terjebak dalam lembah dosa. Mungkin dulu ada di antara kita pernah menipu ataupun mencuri. Kenanglah perbuatan masa lalu sebelum solat. Lalu lakukan solat dengan hati taubat dan siap menghadap kepada-Nya.
Menangis dan mengemislah kepada Allah memohon keampunan-Nya terhadap dosa-dosamu yang sebanyak buih-buih di lautan, dengan mengucapkan "astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah (aku memohon ampun kepada Allah)". Setiap kali selesai solat. Dan setelah itu jangan ulangi maksiat yang pernah dilakukan.
4. Orang yang mengisi masanya dengan berzikir kepada Allah
Waktu bagi orang mukmim, amatlah berharga. Sebahagian dari detik-detiknya ia lakukan dengan bersujud kepada Allah s.w.t.
5. Orang yang menyayangi orang lain kerana Allah
Orang yang menyanyangi orang miskin, orang yang dalam perjalanan, isteri yang ditinggalkan suami, anak-anak yatim piatu dan mengasihi orang yang menerima musibah. Solat yang dilakukan berbekas dalam kehidupan manusia yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah s.w.t.