11 Nasihat Agama Untuk Bakal Pengantin


Enam manfaat yang diperolehi oleh bakal pengantin dari pernikahan iaitu; mempunyai anak, melindungi agama, membatasi nafsu, menjadi dekat dengan kaum wanita (isteri), mempunyai seseorang yang dapat mengurusi masalah rumah tangga, melatih diri sendiri dalam mengembangkan watak yang baik.

Tahun pertama pernikahan adalah langkah awal dalam merancang agenda rumah tangga. Dalam tahun pertama ini masalah-masalah kecil dua insan yang sebelumnya hanya saling kenal kelebihannya masing-masing, kini harus menerima dan memahami kekurangan pasangannya masing-masing dengan lapang dada.

Berikut 11 nasihat agama untuk bakal pengantin :

1. Sentiasalah bertaqwa kepada Allah

Iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali r.hu berkenaan taqwa.

2. Mengikut sunnah para Rasul

Daripada Abu Ayyub r.hu, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.

3. Bangunlah solat malam

Jadikan solat malam sebagai amalan istiqamah walaupun dua rakaat di peringkat awal, kerana besar keberkatannya. Setelah istiqamah bolehlah ditambah jumlah rakaat sehingga 13 rakaat. Iaitu 2 rakaat solat taubat atau hajat, 8 rakaat solat tahajjud dan 3 rakaat solat witir sebagai solat penutup.

4. Bermesyuarat dalam semua perkara

Bermusyawarahlah dengan cara yang baik. Ini kerana tidak akan rugi orang yang bermesyuarat dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah.

5. Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan

Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.

6. Makan rezeki dengan seadaanya

Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan. Elakan berlaku pembaziran di dalam rumah tangga.

7. Elakkan daripada berhutang

Usahakan sedaya mungkin untuk tidak berhutang ini kerana hutang akan merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan jika bertimbun terlalu banyak.

8. Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu

Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.

9. Lazimilah melangkah ke masjid

Cubalah kaki kita menapak ke masjid ini kerana antara nikmat paling indah hidup berkeluarga adalah apabila dapat melangkahkan kaki ke masjid bersama keluarga.

10. Bacalah al-Quran setiap hari

Bacalah al-Quran siang dan malam. Lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

11. Kepada bakal Isteri jadilah isteri solehah

Isteri solehah adalah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah r.hu, Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Dan daripada Abdullah bin Amr r.hu, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :


Maksudnya : “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Hadis seterusnya pula menunjukkan sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.

Akhir kalam, sekali lagi kami ucapkan dengan lafaz doa :


Semoga bermanfaat.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: