Tidur Di Jalan Allah
"Walaupun kamu setiap malam Qiyamullail dan setiap siangnya pula kamu berpuasa, maka itu belum mampu menandingi tidurnya para Mujahid di jalan Allah."
Bukti Mengenal Allah Dan Diri Sendiri
Menurut Imam Nawawi Al-Bantani, seorang yang bijak pernah berkata :
“Barang siapa menduga bahwa ia punya penolong yang lebih utama dan lebih kuat daripada Allah, bererti ia benar-benar belum mengenal Allah dengan baik. Dan bagi siapa yang menduga bawa dirinya mempunyai musuh yang lebih kuat daripada dorongan nafsunya, bererti ia belum mengenal dirinya dengan baik.”
Tanda Zikir Diterima Allah
"Antara tanda zikir diterima adalah rezeki akan menjadi luas, Rezeki itu termasuklah kesihatan tubuh badan, urusan menjadi mudah dan hati menjadi tenang walaupun banyak kerja." - Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Bin Haji Mohammad Nor.
Jauhi Oleh Mu Akan Kesombongan
"Setiap perbuatan maksiat yang timbul dari kehendak hawa nafsu, maka masih ada harapan akan diampuni Allah. Dan setiap kemaksiatan yang berasal dari kesombongan, maka tidak ada harapan untuk diampuni. Kerana kemaksiatan Iblis itu asalnya dari kesombongan, sedangkan tergelincirnya Adam a.s berpangkal dari hawa nafsu." - Sufyan Ats-Tsauri.
Muliakan Ahli Taat Dan Mendoakan Ahli Maksiat
"Jika engkau jumpa dengan orang yang taat, maka muliakan dia dan hormati dia. Dan jika engkau jumpa dengan ahli maksiat, maka sayangi dia dan doakan dia." - Habib Umar bin Hafidz
Tujuh Kata-Kata Mutiara Imam Syafi'i
1. "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
2. "Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu."
3. "Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu berprasangka baik dengan manusia."
4. "Doa di saat Tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
6. "Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu."
7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun."
Ada Wali di Kalangan Kita
Kanak-kanak yang belum baligh adalah setengah wali. Satu hari Saidina Umar Al Khattab minta doa daripada kanak-kanak. Sedangkan Saidina Umar Al Khattab telah dijanjikan Allah syurga baginya. Tetapi Saidina Umar tetap juga meminta doa daripada kanak-kanak.
Berkata Abdul Qodir Al Jailani, kanak-kanak ini masih belum baligh. Mereka ini setengah wali kata ulamak. Mereka ini bersih masih belum kenal maksiat.
Kenapa kanak-kanak ini setengah wali? Kerana mereka belum mula dicatatnya maksiat dan tak dapat pahala. Wali Allah sepenuhnya ialah mereka yang bersih daripada dosa dan dapat pahala. - Syeikh Mahmoud Al Wasobi.
Perbezaan Doa Wali-Wali Allah Dengan Orang Awam
Orang awam berdoa agar dijauhkan dari segala macam ujian. Wali-wali Allah berdoa agar dikukuhkan iman ketika berdepan ujian.
Orang awam meminta menjadi kaya. Wali-wali Allah meminta agar diberi kecukupan.
Orang awam sering menangis kerana tidak dapat sesuatu. Wali Allah menangis kerana merasakan dosanyalah punca dia tidak perolehi apa yang dihajati.
Kelebihan Menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w
"Barangsiapa menghidupkan sunahku, sungguh dia mencintaiku. Barangsiapa cinta kepadaku akan bersamaku di dalam syurga" - Sabdaan Rasulullah s.a.w.
Menyampaikan Dakwah Walau Belum Sempurna
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.” - Imam Hasan Al-Basri
Jalan Untuk Bina Yakin Yang Betul Pada Allah
Agama akan datang dalam diri manusia hanya dengan perantaraan yakin. Yakin akan datang dalam diri manusia hanya dengan perantaraan dakwah. Dakwah pula perlukan pengorbanan dengan tempatkan diri kita di jalan Allah dengan harta dan diri semata-mata kerana Allah.
Maulana Ilyas rahmatullah 'alaih kata, inilah jalannya untuk bina yakin, untuk bentuk yakin. Dengan perantaraan dakwah yakin akan dapat diubah, yakin akan dapat dibaiki. Inilah langkah yang pertama dalam usaha kita dan usaha semua Nabi-Nabi a.s iaitu untuk betulkan yakin.
Bagaimana yakin dapat dibetulkan sehingga dalam hati kita tidak ada keyakinan selain daripada Allah s.w.t. Selain daripada Allah adalah makhluk. Dan semua makhluk adalah ciptaan Allah s.w.t. Semua ciptaan Allah tidak ada kuasa memberi manfaat mahupun mudarat. Sebaliknya semua makhluk bergantung dan berhajat kepada Allah s.w.t jua.
Dalam hati ada keyakinan bahawa segala sesuatu hanya berlaku dengan kudrat Allah s.w.t, semua berlaku dengan perintah Allah s.w.t. Setiap perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, semuanya berlaku kerana perintah Allah s.w.t.
Ini perkara yang paling asas tapi paling penting yang mana semua orang Islam kena faham. Kita kena rasa inilah keperluan yang paling penting. Inilah tanggungjawab yang pertama. Inilah tugas pertama kita iaitu untuk betulkan yakin. Yakin yang betul dalam hati dan bulat hanya pada Allah s.w.t.