Khasiat Air Nabeez Untuk Minum Sahur Di Ramadhan


Air nabeez (air rendaman kurma) adalah pemakanan sunnah. Rendam kurma dengan air masak pada waktu malam dan boleh diminum setiap kali bersahur. Insya Allah, perut tahan lapar dan dahaga.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.


Cara-cara membuat air nabeez :

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tetapi jangan campur. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air itu jangan dibiarkan terbuka.

3. Sahur esok air itu sudah boleh diminum.

4. Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Larangan :

Tidak boleh mencampurkan sekaligus buah kurma dan kismis dalam satu bekas. Buatlah asing air nabeez kurma atau air nabeez kismis.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: