7 Langkah Untuk Bebas Dari Bebanan Hutang


Kita kena mula bijak merancang kewangan bermula daripada sekarang. Mereka yang bijak merancang kewangan, akan mendapat hasil yang berbaloi selepas 5-10 tahun.

Kalau nak senang lepas 5-10 tahun, anda kena mula merancang dan melabur dari sekarang. Antara penyebab anak muda tidak boleh berjaya kerana terperangkap dengan hutang. Sebut sahaja tentang hutang, setiap orang memberi tafsiran yang pelbagai terhadap hutang.

Ada orang cakap ada hutang baik, ada hutang jahat. Hutang boleh jadi baik, boleh jadi jahat, bergantung atas individu itu sendiri. Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada anda, manakala hutang jahat pula memberi aliran wang negatif.

Berikut 7 langkah untuk anda menangani masalah bebanan hutang :

1. Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika sudah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit itu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya.

2. Senaraikan Jumlah Hutang

Senaraikan semua hutang yang ada anda. Kalau boleh tampal dalam bilik atau letak dalam telefon. Kalau teringin nak beli IPhone 6SE. Boleh sedar diri sikit, hutang sudah berlambak.

3. Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Tinggi

Kadar faedah kad kredit adalah yang paling tinggi. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

4. Turunkan Taraf Hidup

Kalau dahulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Boleh makan, tak ada salahnya. Tapi, janganlah sampai tak ingat nak bayar hutang. Jadi, berubahlah dengan berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal. Minum sahaja air mineral, hilang dahaga juga. Setkan dalam minda, selesaikan hutang terlebih dahulu.

5. Segera Bayar Hutang

Bina tabung hutang. Dapat bonus simpan dalam itu. Dapat komisen bayar hutang. Bila dapat gaji, pastikan ada bahagian untuk bayar hutang. Tak mampu bayar banyak, bayar sikit-sikit dulu.

6. Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia sudah ada barang tersebut dan masih boleh dipakai. Lepas beli, mulalah rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit sudah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

7. Pendapatan Sampingan

Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan anda jual barang, anda tolong promote. Kawan anda pulak promote barang anda. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan. Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: