Tamsil Kulit Telur Bagi Penentang Usaha Dakwah Tabligh


Pernah satu ketika Maulana Umar Palanpuri (Almarhum) menyampaikan bayan di Makkah. Beliau menerangkan mujahadahnya usaha dakwah dan tabligh, antaranya adalah penentangan dari saudara-saudara Muslim kita sendiri yang masih belum faham hikmah daripada usaha ini.

Kemudian seorang Arab bertanya kepada beliau;

"Wahai Maulana, apa hikmahnya Allah menciptakan para penentang itu? Bukankah lebih baik kalau tidak ada penentang sama sekali?"

Maulana menjawab dengan sangat bijaksana;

"Saudara tentu tahu telur ayam. Telur ayam terdiri daripada kuning telur, putih telur dan kulit telur."

"Kita hanya makan kuning telur dan putih telurnya. Kulit telur kita tidak makan."

"Bahagian yang menjadi anak ayam adalah dari kuning telur dan putih telurnya sahaja."

"Sekiranya yang keluar dari ibu ayam itu hanya putih telur dan kuning telurnya sahaja tanpa kulit telur, pasti anak ayamnya tidak akan menjadi. Kita pun enggan memakannya."

"Jadi, kulit telur diperlukan agar telur boleh dimakan dan dapat menetaskan anak ayam."

"Demikian jugalah Allah menjadikan para penentang seumpama kulit telur tadi, agar kita dapat menetas menjadi para Dai'e."

"Jadi, para penentang-penentang itu akan membantu kita menjadi seorang Dai'e."

"Kita jangan pula memusuhi mereka, bahkan kalau boleh kita ikram dan doakan mereka supaya Allah bukakan pintu hidayah bagi memahami usaha ini."

"Kalau kita berhasil merubah para penentang itu menjadi rakan kita, bererti kita telah memperolehi hakikat Ikramul Muslimin."

Kesimpulan

Sebuah lori yang membawa najis, apabila kemalangan akan menghamburkan najis, demikian pula jika lori itu membawa buah-buahan maka buah-buahanlah yang akan terhambur dari lori terbabit. Jika majoriti hari kita dipenuhi dengan zikrullah dan kerja-kerja dakwah yang membawa dekat kepada Allah, apabila kematian menjelang tiba-tiba, kata-kata zikir juga yang akan terhambur sebagai penutup hidup kita.

Demikian juga mereka yg biasa bercakap kotor, bekerja haram dan bergelumang dalam perkara yang haram. Kata kotor dan yang haram itulah yang akan bersamanya di waktu kematian. Semoga kita dibantu Allah s.w.t sentiasa hingga ke tarikan nafas yang terakhir.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: