Jangan Ambil Remeh Keupayaan Anak Berjalan


Berdasarkan kajian yang dibuat, terdapat 4 peringkat perkembangan pergerakan kanak-kanak untuk membolehkannya belajar untuk berjalan. Ia tidak boleh disingkirkan atau dilangkau. Semua kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat ini, cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakan setiap kanak-kanak.

1. Peringkat Pertama

Bermula ketika lahir lagi iaitu pergerakan tanpa mobiliti, di mana bayi mampu menggerakkan kaki, tangan dan badan tetapi tidak mampu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

2. Peringkat Kedua

Bermula apabila bayi belajar untuk menggerakkan kaki dan tangannya ke sesuatu arah dengan keadaan perut menekan lantai. Kita panggilnya sebagai meniarap (crawling).

3. Peringkat Ketiga

Ialah apabila bayi belajar untuk melawan graviti dan bangun dengan menggunakan kaki dan tangannya, kemudian bergerak ke serata tempat. Kita panggilnya merangkak (creeping).

4. Peringkat Keempat

Dan terakhir ialah di mana anak anda belajar untuk berdiri dengan kakinya dan berjalan.

Berdasarkan keempat-empat peringkat di atas, duduk bukanlah peringkat penting yang membolehkan anak anda berjalan. Jadi jangan risau sekiranya anak anda tidak mampu duduk lagi walaupun sudah pandai merangkak. Anda patut RISAU sekiranya anak anda terus memapah (berdiri) selepas meniarap dan tidak merangkak.

Kenapa kita perlu risau?

Kerana peringkat-peringkat ini, sekiranya tidak dipenuhi akan membuktikan 2 perkara :

1. Sekiranya kanak-kanak yang sihat tertinggal satu atau lebih peringkat ini, kanak-kanak itu mungkin tidak normal atau tidak akan berjalan sehingga mereka diberi peluang untuk melengkapkan peringkat yang tertinggal itu.

2. Sekiranya mana-mana peringkat ini tidak tertinggal sepenuhnya, tetapi tidak lengkap pembelajarannya. Contohnya, bayi sudah mula berjalan sebelum merangkak dengan sempurna. Ada kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mengalami kesan-kesan seperti tahap koordinasi yang lemah, kurang fokus, hyperaktif, sukar menggunakan tangan kanan atau tangan kiri sepenuhnya dan mengalami masalah pembelajaran terutamanya membaca dan menulis.

Peringkat seperti meniarap dan merangkak adalah penting bukan sahaja untuk keupayaan anak anda berjalan tetapi ia adalah untuk keseluruhan program di dalam otaknya. Jadi, jangan ambil remeh sekiranya anak-anak anda tidak merangkak atau meniarap!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: