Seperti yang kita ketahui, manusia itu memiliki berbagai macam sifat. Dan dari sifat-sifat itulah akan mencerminkan keperibadian (personality) seseorang itu.
Menurut doktor psikologi dari Swiss, Carl Jung, terdapat 3 jenis keperibadian umum pada manusia, iaitu Introvert (Introversion), Extrovert (Extraversion) dan Ambievert (Ambiversion).
Namun di antara ketiga jenis keperibadian ini, yang paling sering disebut hanya 2 saja, iaitu Introvert dan Extrovert.
Berikut adalah ringkasan mengenai ketiga jenis keperibadian tersebut :
1. Introvert (Introversion)
Introvert atau Introversion adalah keperibadian manusia yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Jadi, manusia yang memiliki sifat introvert ini lebih cenderung menutup diri dari kehidupan luar.
Mereka adalah manusia yang lebih banyak berfikir dan lebih sedikit beraktiviti. Mereka juga orang yang lebih senang berada dalam kesunyian atau keadaan yang tenang, daripada di tempat yang terlalu ramai orang.
Ciri-ciri Introvert :
1. Senang menyendiri.
2. Pemikir.
3. Pemalu.
4. Pendiam.
5. Lebih senang bekerja bersendirian.
6. Lebih suka berinteraksi secara langsung dengan 1 orang (1 on 1 interaction).
7. Susah bergaul.
8. Senang berimaginasi.
9. Jarang bercerita, lebih suka mendengarkan orang bercerita.
10. Senang dengan kegiatan yang tenang (membaca, bermain komputer, memancing, bersantai dan seumpamanya).
11. Lebih senang mengamati dalam sebuah interaksi.
12. Berfikir dulu baru berbicara atau melakukan.
13. Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan tulisan.
Gambarajah perbezaan sifat orang personaliti introvert dan extrovert
2. Extrovert (Extraversion)
Extrovert atau Extraversion merupakan lawan dari Introvert. Manusia dengan keperibadian extrovert lebih berkaitan dengan dunia di luar manusia tersebut. Jadi manusia yang memiliki sifat extrovert ini lebih cenderung membuka diri dengan kehidupan luar.
Mereka adalah manusia yang lebih banyak beraktiviti dan lebih sedikit berfikir. Mereka juga orang-orang yang lebih senang berada dalam keramaian atau keadaan dimana terdapat ramai orang, daripada di tempat yang sunyi.
Ciri-ciri Extrovert :
1. Senang bersama orang lain.
2. Percaya diri (Kadang-kala berlebihan).
3. Aktif.
4. Lebih senang bekerja berkumpulan.
5. Lebih suka berinteraksi dengan ramai orang sekaligus.
6. Mudah bergaul.
7. Senang beraktiviti.
8. Lebih senang bercerita daripada mendengarkan orang bercerita.
9. Senang dengan kegiatan dengan ramai orang (seperti jalan-jalan, pergi menonton wayang dan seumpamanya).
10. Lebih senang berkongsi dalam sebuah interaksi.
11. Berbicara atau melakukan dulu baru berfikir.
12. Lebih mudah mengungkapkan perasaan dengan kata-kata.
3. Ambivert (Ambiversion)
Ambivert atau Ambiversion adalah keperibadian manusia yang memiliki 2 keperibadian, iaitu Introvert dan Extrovert. Manusia dengan keperibadian ambivert dapat berubah-ubah dari introvert menjadi extrovert, atau sebaliknya.
Memiliki keperibadian ambivert ini boleh dikatakan baik, kerana manusia tersebut boleh fleksibel untuk beraktiviti sebagai introvert ataupun extrovert serta dapat berinteraksi dengan introvert dan extrovert dengan baik. Tidak seperti Introvert yang susah bergaul dengan Extrovert dan sebaliknya.
Namun, kekurangan dari keperibadian ini, kerana memiliki keperibadian di antara introvert dan extrovert, orang dengan keperibadian ambivert jadi sering terlihat moody kerana sifatnya yang sering berubah-ubah.
Jadi, anda termasuk orang dengan keperibadian yang mana?