Terdapat 3 jenis keperibadian umum pada manusia, iaitu Introvert (Introversion), Extrovert (Extraversion) dan Ambivert (Ambiversion).
Menerusi entri ini dibicarakan tentang keperibadian introvert dan masalah apa saja yang biasa dihadapi orang introvert di dalam kehidupan mereka.
Berikut ini 8 masalah yang biasa dihadapi oleh orang personaliti introvert :
1. Susah Bergaul Kerana Pendiam
Introvert sangat terkenal dengan sifatnya yang jarang mengeluarkan sepatah kata dari mulutnya. Mereka lebih tertarik untuk memperhatikan dan mendengarkan daripada membuang-buang tenaga untuk berbicara.
Mereka berbicara bila perlu saja jika ditanya, itupun dengan jawapan yang singkat. Kerana itu biasanya mereka memiliki kesulitan untuk bergaul dengan orang lain.
2. Susah Keluar Rumah
Kerana sifatnya yang pendiam dan malas untuk berinteraksi dengan ramai orang, introvert biasanya lebih suka duduk di rumah daripada jalan-jalan. Kalau jalan-jalan pun, mereka lebih suka pergi ke tempat yang sepi atau sedikit orangnya, berbanding tempat yang ramai dan padat orang.
3. Jarang Melawak
Seorang introvert itu biasanya membosankan dan susah melawak, berjenaka, bergurau dan seumpamanya. Kalau melawak pun biasanya biasa-biasa juga. Seorang introvert juga biasanya tidak terpisah dengan suasana 'awkward' (kaku, janggal, kekok).
Untuk itu, hanya orang-orang tertentu yang biasanya boleh bertahan dengan si introvert. Hal ini disebabkan kerana mereka jarang berinteraksi dan jarang berbicara, jadi kurang terlatih untuk mengekspresikan dirinya dengan orang lain.
4. Suaranya Kecil
Orang-orang introvert biasanya memiliki suara yang kecil. Ini merupakan salah satu alasan kenapa introvert malas berbicara. Kerana suaranya yang kecil, jadinya sedikit orang yang biasanya mahu mendengarkan percakapan mereka.
Kalau anda bertanya, kenapa introvert memiliki suara yang kecil? Itu disebabkan kerana mereka jarang mengeluarkan suara (berbicara atau berteriak), jadi pita suaranya kurang terlatih.
5. Susah Kerja Berkumpulan
Sikapnya yang susah berinteraksi, membuat introvert sering susah untuk bekerja dalam kumpulan. Mereka lebih terbiasa bekerja secara individu. Bekerja sendiri membuat introvert merasa lebih selesa, kerana mereka boleh lebih fokus dan lebih leluasa dalam bekerja. Selain itu, bekerja sendiri menghindarkan mereka dari kebisingan.
6. Kurang Selesa Di Keramaian
Keramaian merupaka hal yang kurang disenangi oleh introvert. Biasanya, berada di tempat keramaian membuat mereka gelisah dan cepat rimas. Kerana berbeza dengan extrovert, introvert mendapat energi dari ketenangan dan kesunyian.
Jadi, ketika introvert berada di tempat yang ramai orang, biasanya mereka akan cepat bosan dan rimas, kerana energi mereka cepat 'hilang'.
7. Sering Terperangkap Dalam Kesepian
Walaupun introvert suka dengan suasana yang tenang dan sunyi, mereka sering secara automatik terperangkap dengan rasa kesepian. Tapi, masalah ini biasanya cuma berlaku dengan introvert yang masih bujangan.
8. Susah Dapat Jodoh
Ini masalah terakhirnya, introvert itu lebih susah mendapatkan jodoh daripada extrovert. Ini disebabkan kerana kurangnya interaksi dengan dunia luar, sehingga membuat introvert sulit untuk menemukan jodohnya.
Kemungkinan juga, mereka sudah menemukan jodohnya, hanya saja kerana susah berbicara (lebih suka berdiam dan memendam), jadi akhirnya 'dirampas' oleh orang lain.
Tetapi jangan bersedih buat para introvert. Walaupun ada kekurangannya, tapi mereka juga punya kelebihan. Teruja? Silakan baca tentang kelebihan introvert di sini.