Risiko Pendek Umur Jika Tidur Siang Lebih 40 Minit


Memang tidur siang atau Qailullah, di antara waktu sebelum zohor atau selepas zohor itu bagus, tetapi biarlah berpada-pada. Cukup sekadar melelapkan mata untuk beberapa minit antara 15-30 minit sahaja.

Namun, jika tidur sebentar anda itu lebih dari 40 minit, ia berisiko membahayakan kesihatan anda. Kajian mendapati, tidur siang lebih dari 40 minit boleh membawa risiko pendek umur.

Selain itu, tidur siang terlalu lama juga menyebabkan masalah kegemukan.

Kajian yang melibatkan 300,000 orang itu mendapati, tidur siang yang lama berisiko untuk mengalami masalah metabolisme seperti kegemukan, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

Hasil kajian tersebut diperoleh daripada analisis 21 penyelidikan yang telah dibentangkan dalam persidangan tahunan ke-65 American College of Cardiology.

Kajian itu merumuskan tidur sebentar di waktu siang merupakan perkara yang baik untuk kesihatan namun sebaliknya, tidur terlalu lama boleh menyebabkan kematian awal. Amalkan tidur siang selama 15-20 atau 30 minit sahaja.

Risiko kesihatan sehingga boleh menyebabkan mati awal jika seseorang itu tidur lebih daripada 40 minit di waktu siang.

Sewaktu tidur lama di waktu siang, badan menjangkakan kita ingin tidur nyenyak dan metabolisme terganggu apabila terjaga.

Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika, pula mencadangkan tidur siang yang sebaik-baiknya antara 20 hingga 30 minit kerana ia menyegarkan semula badan.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: