Kebiasaannya kita mudah mengambil minuman atau makanan ringan sebelum tidur. Namun tanpa kita sedari, tabiat ini sebenarnya membawa kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan sendiri.
Jadi, jagalah pemakanan kita agar tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari gejala penyakit.
Berikut 9 makanan yang perlu dielakkan dari dimakan sebelum tidur :
1. Kopi
Kandungan kafein dalam kopi bukan hanya akan menyukarkan anda tidur tetapi juga kopi yang bersifat diuretic (selalu membuang air kecil). Apabila anda terjaga, secara automatik akan timbul keinginan untuk mengunyah makanan.
2. Coklat
Walaupun coklat berfungsi untuk memberi rasa tenang tetapi coklat bukanlah makanan terbaik sebelum tidur. Kandungan gula akan cepat naik dan gula dalam darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar.
3. Keju
Elakkan mengambil keju sebelum tidur kerana keju memberikan gangguan pada perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalori dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.
4. Makanan Pedas
Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan 'Heartburn'. Keadaan ini bukan membantu anda tidur lena sebaliknya membuatkan anda sukar tidur malam.
9 jenis makanan di atas perlu dielakkan dari diambil sebelum tidur
5. Kek, Aiskrim dan Biskut
Elakkan mengambil makanan ini sebelum tidur kerana ia menyebabkan gula dalam darah meningkat dan menambah tenaga. Carilah alternatif lain dengan mengambil buah-buahan segar.
6. Burger
Makanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutama di bahagian perut anda. Elakkan daripada mengambil makanan berlemak supaya tidur anda lebih lena dan segar apabila bangun tidur di waktu pagi.
7. Biji-bijian
Biji-bijian seperti kacang merah, kacang panjang atau kacang buncis tidak harus diambil sebelum tidur. Makanan ini boleh membuatkan perut anda tidak selesa sepanjang malam. Ambil makanan ini pada waktu tengahari atau petang.
8. Soda
Jangan terlalu banyak meminumnya terutama sebelum tidur. Pengambilan soda dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti diabetes dan jantung.
9. Kentang Goreng
Ini adalah makanan paling buruk diambil sebelum tidur. Minyak dan lemaknya akan berkumpul di perut. Jika dibiarkan berterusan, kentang goreng akan meningkatkan kolestrol dan masalah obesiti.