30 Cara Buat Wanita Jatuh Cinta


Cinta adalah salah satu perkara yang sering meniti di bibir setiap insan dan sememangnya tidak akan terlepas dari fikiran dan perasaan. Cinta adalah suatu perkara yang luhur dan boleh membuat seseorang makan tak kenyang, mandi tak basah.

Sebut sahaja perkara mengenai cinta semua orang pastinya ingin tahu mengenainya. Tapi daripada membahas terlalu luas mengenai soal cinta, ada baiknya membahas mengenai cara-cara membuatkan seorang wanita itu jatuh cinta kepada lelaki.

Berikut ini 30 cara yang mampu buat wanita jatuh cinta pada lelaki :

1. Mampu membuatkan si dia tersenyum ketika dia tengah bersedih.

2. Katakan padanya bahawa si dia beautiful, bukan sexy apatah lagi hot.

3. Kenalkan si dia kepada keluargamu dan sahabat-sahabatmu.

4. Perlakukanlah si dia sama seperti kita mahu diperlakukan sama ada ketika bersama teman-teman mahupun ketika sedang berduaan.

5. Selalu luangkan waktumu walaupun sekadar mengucapkan ‘selamat pagi’ dan ‘selamat malam’.

6. Jangan membandingkan si dia dengan wanita lain.

7. Sesekali, berilah si dia sebuah kejutan yang membuat hatinya senang.

8. Perhatikan hal-hal kecil mengenai si dia. Kadang perkara kecil itu sangat bererti baginya.

9. Ketika dia sedih dan tak ingin meluahkan perasaannya, genggamlah tangannya. Tunjukkan bahawa kamu peduli dan akan menunggu hingga si dia sedia bercerita denganmu.

10. Jangan sesekali menggoda wanita lain, apalagi di hadapannya.

11. Hampirilah si dia ketika si dia tengah bersama teman-temannya. Tunjukkan bahawa kamu adalah lelaki yang tepat untuknya.

12. Ceritakan cerita yang lucu, cerita bodoh, cerita yang eheh… dalam erti kata lain, cerita yang lucu atau tidak lucu tapi mampu membuatkan si dia tertawa.

13. Sesekali bertengkarlah dengannya, namun pastikan si dia adalah pemenang.

14. Ketika si dia tengah tersangat marah padamu, satu pelukan mampu membuatkan dia luluh.

15. Jangan sesekali mengambil kesempatan mencium keningnya ketika kamu akan berpisah.

16. Buatlah sebuah karya hasil dari dirimu sendiri khusus untuk dirinya.

17. Pastikan si dia merasa aman, tenang, dan bahagia setiap kali berada disampingmu.

18. Jangan sesekali mencari alasan ke atas kesalahan yang sememangnya kamu telah lakukan.

19. Jangan sesekali lewat sehari pun tanpa mengucapkan ‘I Love You’.

20. Sesekali berikanlah pujian bahawa si dia wangi, tapi pastikan dirimu juga wangi.

21. Jangan sesekali mengubah dirinya menjadi seorang yang kamu inginkan.

22. Jangan sesekali berkata dusta hanya untuk membuatnya ketawa.

23. Ketika ada masalah, hindarilah mencari siapa yang benar/salah. Lebih baik temukan jalan penyelesaiannya, terutama pendapat si dia.

24. Jangan lupa untuk memujinya ketika si dia melakukan sesuatu untukmu, walau sekecil apa pun.

25. Jangan berpura-pura menjadi orang lain untuk mendapatkan perhatiannya. Be Yourself.

26. Jadikan dia sebagai prioriti, bukan playstationmu, bukan futsalmu, apalagi sebagai sahabat wanitamu.

27. Slipkan catatan-catatan kecil di tempat yang mudah untuk si dia temukan hanya untuk si dia mengetahui bahawa kamu sedang bahagia bersamanya.

28. Bertandanglah ke rumahnya, lemparkan batu kecil ke jendelanya hanya kerana kamu sedang merindukannya walaupun kemudian dikejar ayahnya dengan batang penyapu (edisi drama Cerekarama).

29. Jangan pernah lupa tarikh lahirnya.

30. Ada satu hari dalam setiap sebulan kamu harus sangat-sangat fahami dirinya, iaitu ketika dia PMS.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: