Turun Berat Badan Dengan Diet Air Kosong Dan Pisang


Buah pisang selain dari rasa yang lazat, rupanya mengandungi banyak manfaatnya. Salah satunya adalah menurunkan berat badan yang berlebihan.

Seorang lelaki di Jepun yang bernama Hitoshi Watanabe telah membuktikan bahawa dengan minum air kosong dan makan pisang boleh membantunya menurunkan 18kg hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Lelaki berusia 31 tahun ini mencuba diet yang disarankan oleh isterinya. Selepas berjaya menjalani diet air kosong dan pisang tersebut, dia kemudiannya menulis pengalamannya di internet dan akhirnya menjadi viral di Jepun. Permintaan pisang pun semakin meningkat kerana kejayaan lelaki ini menurunkan berat badan sehingga 18kg.

Diet ini turut menjadi sangat popular di Jepun kerana tidak perlu bersusah payah menukar pola pemakan secara keseluruhan. Yang perlu anda lakukan hanyalah makan pisang dan air kosong ketika sarapan pagi sahaja. Mudah bukan?

Berikut ini 3 pelan pemakanan untuk diet super efektif

1. Untuk sarapan makanlah dua buah pisang bersaiz sedang dan air kosong. Pisang haruslah yang segar dan tidak terlalu matang. Air pula haruslah bersuhu suam.

2. Untuk makan tengah hari anda boleh mengambil menu seperti biasa. Namun alangkah baiknya jika mengimbanginya dengan makanan berserat dan berkhasiat. Satu perkara yang perlu diingati semasa makan tengah hari adalah jangan makan sampai kekenyangan.

3. Untuk makan malam anda boleh makan menu kegemaran anda, namun yang perlu diperhatikan adalah jam waktu makan. Masa terbaik untuk makan malam adalah pukul 6 petang. Jangan makan di atas dari pukul 8 malam. Jika rasa lapar ketika tengah malam anda boleh mengalas perut dengan buah-buahan atau yogurt.

Itulah tiga kaedah penting yang harus dipatuhi untuk hasil optimum daripada diet sederhana ini. Jangan lupa juga untuk memperbanyakkan minum air kosong (bersuhu suam) untuk mempercepatkan metabolisma tubuh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ya!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: