Qailullah Tidur Yang Sangat Dianjurkan Islam


Tidur siang atau ‘napping’, tidaklah keji asalkan tidur yang sedikit di waktu tengahari. Dalam kitab Mishkatul Masabih ada disebutkan bahawa tidur sekejap pada waktu tengahari bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah s.a.w ada melakukannya.

Ini kerana ia mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Tidur sekejap pada waktu tengah hari

Sebenarnya tidur sekejap di pertengahan siang adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan Islam dalam meningkatkan keimanan kerana syaitan tidak pernah tidur disebabkan mereka sibuk mengoda manusia agar melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Pengertian apa itu Qailullah

Qailullah iaitu tidur sekejap (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.

Waktu Qailullah adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari sehingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas)
Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin ada menukil :

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat Zuhur.”
Memanfaat waktu itu lebih utama

Manfaatkan waktu itu adalah lebih penting daripada sekadar tidur di siang hari.

Khalifah Umar Al-Khattab r.a pernah berkata kepada Muawiyah r.a; “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.”

Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadhan.

Jauhkan diri juga daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan lemah badan dan fikiran, jadi lembab, wajah jadi kusam, keruh, mudah marah dan mengurangkan (menyempitkan) rezeki.

Entri lain : Jangan tidur selepas waktu Asar dan sebelum Isyak
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: