Ketahui 13 Rahsia Orang Lelaki


Mengenali insan bernama lelaki ini sebenarnya tidak sukar dan rumit seperti tanggapan ramai wanita. Lelaki mungkin tidak kerap melahirkan perasaan sayang secara langsung, namun mereka cuba menyampaikannya melalui tindakan mereka.

Berikut adalah 13 rahsia yang dimiliki seorang lelaki :

1. Tidak berterus terang

Secara genetik, lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, perempuan boleh mengeluarkan antara enam hingga lapan ribu perkataan sehari. Sementara lelaki rata-rata berkata-berkata antara dua hingga empat ribu patah perkataan sahaja.

2. Hanya kerana hobi

Disebabkan di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandang (angle) kecepatan dan jarak, lelaki sanggup tidak tidur malam semata-mata kerana hobinya.

3. Sanggup menghabiskan duit

Ini kerana peralatan elektronik atau aksesori kereta boleh dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi lelaki, benda tiga dimensi terlihat lebih menarik dan mensimulasikan Visual Spatial Awareness (VSA) otak mereka.

4. Lelaki jarang bergosip

Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi, cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas wanita dan juga tidak pada seseorang yang hendak digosipkan berada berhampiran kamu. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka akan mendiamkan diri atau melupakannya sahaja.

5. Selalu ‘mengagungkan’ ibu mereka

Bagi lelaki, ibu mereka adalah wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibu.

6. Pelbagai koleksi peribadi

Suka mengumpul barang-barang seperti komik, jam tangan, CD, seluar denim dan sebagainya. Dia sanggup mencari barangan ini walaupun sukar untuk mendapatkannya.

7. Suka melihat perempuan seksi

Lelaki memang suka melihat perempuan seksi tetapi dia tidak suka jika teman wanitanya berpakaian seksi dan menjadi perhatian lelaki lain.

Rahsia Lelaki – Lelaki Suka Wanita Yang..

8. Yang selalu berfikiran positif

Wanita yang selalu ceria ketika berjumpa kekasih hatinya mampu membuat suasana di setiap pertemuan menjadi lebih berkesan. Meskipun anda bukan dalam kategori wanita terlalu cantik, namun anda tetap dianggap sebagai sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya.

9. Yang fleksibel

Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang keras kepala dan mementingkan dirinya sendiri. Lelaki bukan sekadar mahu dihormati, tetapi mereka memang menyampah dengan wanita yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.

10. Yang jujur, sederhana dan setia

Lelaki selesa berada di sisi wanita yang jujur dan setia dalam perhubungan. Mereka amat menghormati wanita yang tidak berpura-pura dan menjadi seadanya diri sendiri. Lelaki akan lebih terpesona pada wanita yang bersikap wajar, serta pandai menyatakan apa yang ada dalam fikirannya tanpa ‘perasan bagus’.

11. Yang suka berjimat cermat

Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang boros. Mereka menyenangi wanita yang pandai dan bijak menentukan perbelanjaan.

12. Yang berbudi bahasa dan baik hati

Hampir semua lelaki menyenangi wanita yang berbudi bahasa dan baik hati. Bagi mereka, itu lebih berharga daripada material. Lelaki berasa kagum pada wanita yang menunjukkan perhatian dan sikap peduli pada hubungan mereka.

13. Yang bijak

Kebijaksanaan ibarat pancaran cahaya yang memukau sesiapa sahaja. Wanita jenis ini memiliki kuasa magnet yang kuat untuk menebar pesona. Keperibadian wanita sebegini sering menarik ramai lelaki untuk mendekatinya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: