10 Tanda Lelaki Sudah Bersedia Jadi Suami


Dari saat berkenalan, berputik rasa suka dan jatuh cinta sehinggalah membawa ke perkara yang lebih serius iaitu perkahwinan. Tetapi, apa tanda-tanda si lelaki sudah ready untuk pilih kamu sebagai pasangan hidupnya?

Inilah 10 tanda yang kamu harus tahu bila si dia bersedia untuk menjadi suami kamu.

1. Berperangai budak-budakan

Apabila lelaki selesa dan serasi dengan kamu, kamu akan lihat sikap kebudak-budakan yang tersembunyi di dalam dirinya. Malah, kadang-kadang lelaki itu tidak malu menangis di depanmu.

2. Dia mencari masa untuk kamu

Bukan senang untuk 'perform' dalam kerjaya dan relationship dalam masa yang sama, tapi si dia sanggup mengorbankan masa rehatnya untuk meluangkan masa bersama kamu. Walau sesibuk atau padat macam mana pun jadualnya, pasti si dia ada masa untuk diluangkan bersamamu.

3. Ajak kamu ke kenduri kawan

Sebenarnya, ini adalah 'hint' yang jelas untuk kamu bahawa kamu adalah calon terbaiknya untuk dikahwini.

4. Sembang pasal tempat percutian

Apabila berbicara tentang percutian, tentu dia akan ingat pada kamu atau menyimpan cita-cita untuk pergi ke suatu tempat bersama kamu.

5. Setiap apa yang dia buat kamu tahu

Andai si dia nak buat apa-apa, dia tentu akan beritahu pada kamu supaya kamu tahu ke mana dan apa yang dia akan buat pada hari-harinya.

6. Bawa kamu jumpa keluarga dan rakannya

Komitmen paling tinggi adalah memperkenalkan kamu pada orang-orang yang rapat dalam hidupnya. Something wrong kalau kamu tak dikenali oleh ahli keluarga atau rakan-rakannya.

7. Tak berkira bila nak keluar duit

Keutamaan untuk kamu, biarpun bajunya tak berganti. Dia nak kamu dapat apa yang terbaik, gembira dan bahagia. Tak semestinya barangan yang dia beli mahal, ikut kemampuan yang dia ada.

8. Tiba-tiba nampak macam ada 'wawasan'

Dalam diam, dia berkerja keras untuk mencari pendapatan lebih, yelah nak berumah tangga bukan senang.

9. Beli barang untuk kamu

Semua orang tahu bahawa lelaki susah nak beli barang. Tapi kalau kamu suka sangat pada barang tersebut, tentu si dia akan belikan juga suatu hari nanti.

10. Kamu nampak diri dia yang sebenar

Semua emosi dia kamu akan lihat, termasuk marah dan cemburu. Baguskah? Ya, memang bagus kerana dia mahu kamu memahami dia. Pernah kamu tunjuk emosi kamu yang sebenar pada orang yang kamu tak rapat? Mesti tak kan. So, inilah ideanya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: