Sudah lumrah jadi asam garam dalam kehidupan ini, kadangkala kita akan diuji dengan kehilangan, kerosakkan, kematian dan sebagainya. Apabila sudah berlaku begitu, jangan terlalu berasa susah hati, tetapi hendaklah kita redha serta banyakkan bersabar.
Kerana itu semua termasuk dalam beriman kepada Qadha dan Qadar Allah seperti yang termaktub dalam Rukun Iman ke enam.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hadid ayat 22-23 :
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,Dan jangan pula lupa untuk berdoa supaya sesuatu yang kita kehilangan itu diganti Allah s.w.t dengan yang lebih baik!
Di bawah ini adalah doa yang diajar Rasulullah s.a.w kepada Ummu Salamah r.ha yang ketika itu kehilangan suaminya Abu Salamah r.hu yang meninggal dunia. Sehinggalah dengan berkat dan mustajabnya doa tersebut, Allah telah menggantikan kematian suaminya dengan yang lebih baik iaitu beliau telah dijodohkan dengan Rasulullah s.a.w.
Dari Ummu Salamah r.ha berkata telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu :
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un,
Allahumma' jurni fi musibati wakhluf lii khairan minhaa
Allahumma' jurni fi musibati wakhluf lii khairan minhaa
Maksudnya dalam bahasa Melayu :
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada AllahNescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik."
Ya Allah ! Berikanlah aku pahala di dalam musibah yang kuderitai ini dan gantikan yang lebih baik
Semoga kita dapat mengamalkan doa di atas.
Allahu a'lam.