Tetapi realiti pada anak yang bersuamikan doktor tidaklah begitu indah seperti yang mentua dan kebanyakan dari kita sangkakan. Demikian isi hati seorang isteri yang mengahwini seorang doktor setelah beberapa tahun.
Kenapa? Ramai orang ingat berkahwin dengan doktor sangat glamour, seronok dan hari-hari dipenuhi ayat bunga cia cia cia. Saja mahu berpesan pada yang baru-baru kahwin dengan doktor, lepas itu stress. Kalau kamu hendak berkahwin dengan dia sebab dia doktor, baik hentikan sajalah!
Kahwinilah kerana sayang bukan kerana dia doktor. Kahwin sebab kamu sayang dia, sedia terima dia, yakin dia pasangan terbaik dan jodoh kamu. Itu semua yang akan buatkan kamu kuat dan bertahan. Sebabnya? Ikuti sebab di bawah ini.
Berikut 8 realiti kena terima bila kamu jadi isteri doktor :
1. Plan cantik boleh batal secara tiba-tiba
Tidak kiralah walau sudah 4 bulan sekalipun plan, bersedia untuk tukar plan secara mengejut atau merasa tabah bila cuti pasangan tiba-tiba tidak diluluskan atau kena ganti orang lain pergi kursus, jadi wakil jabatan atau ada meeting tergempar kes fatality sebab denggi.
2. Hujung minggu belum tentu milik keluarga
Kalau setakat 2-3 bulan tidak balik kampung itu jangan pelik sangat. Menambahkan lagi horror kalau pasangan itu sambung belajar. Kalau setahun sekali dapat pergi bercuti itu sudah kira bagus, harus syukur walaupun cuti hanya dalam negeri sendiri. Pandai-pandailah isi masa lapang dengan anak-anak seperti masak sesama ke, beli barang runcit ke dan sebagainya.
3. Topik perbualan harian yang klinikal
Mungkin topik ketika sarapan atau makan malam adalah tentang cerita suspen ibu nak bersalin ada pre-eclampsia kena buat emergency caesarean sections, patient yang sampai yellow zone. Lepas itu kena usung untuk buat laparoscopic appendectomy, kesusahan nak intubate patient yang ada masalah obesiti and the list go on!
4. Orang akan tanya macam kamu doktor
Orang akan tanya macam awak doktor walaupun bukan awak yang doktor! Kawan-kawan atau sedara secara tidak sengaja atau kadang-kadang memang sengaja akan turut treat kamu macam doktor. Mereka akan tanya macam-macam soalan walaupun kamu cakap kamu tidak tahu pun sebab bukan kamu yang doktor.
5. Pergi ke sana-sini berseorangan
Pergi appointment mengandung, admit diri sendiri untuk bersalin, pergi ambil report card anak dengan usung anak lain, pergi appointment hospital atau ambil vaksin untuk anak. Pergi sana pergi sini berseorangan adalah sangat normal dan diperlukan. Kebolehan drive sendiri dan berada di tahap independent tertinggi adalah crucial. Diulang, 'crucial'.
6. Tiada tempat untuk cerita masalah
Kalau kamu rasa nak cerita pasal masalah tak ada cuti ke, masalah pasangan kamu tidak tolong kamu ke, carilah orang-orang satu liga atau lebih baik tak payah cerita. Parents kamu ke, in laws ke atau sedara mara ke, tak ada yang nak back up kamu.
Mesti alasan 'mereka kerja letih' yang keluar walaupun kamu saja yang tahu kamu juga letih darab 20. Diorang semua expect kamu ini tiptop sempurna dan macam robot. Jadi tak payah nak cerita untuk dapat simpati, nanti silap-silap kamu lagi sakit hati.
Hadap sajalah masalah kamu sendiri dan bawa berbincang dengan pasangan. Afterall, sudah berumah tangga mesti kena tahu keperluan dan tanggungjawab masing-masing.
7. Isteri atau anak sakit sila urus sendiri
Kalau kamu sakit atau anak yang sakit ke dan pasangan tengah kerja waktu itu terutama oncall, sama ada jadi orang super atau cuba dapatkan bantuan dari orang lain.
Most of the time, pasangan kamu akan trapped sama ada boleh lari kejap dan selesaikan hal keluarga sendiri atau kena fokus terus pada patient di hospital. Kalau sakit yang biasa-biasa itu, pandai-pandailah kamu uruskan sendiri. Jangan expect yang tinggi-tinggi.
8. Doesn't matter how hard you take care of your family
Orang akan cakap, "tak apalah, pasangan dia doktor". Walau kekadang sakit jugalah telinga dengar tetapi jangan lawan kalau orang yang cakap itu orang tua. Senyumkan saja. Tetapi kalau rakan sebaya yang cakap begitu, sediakan peluru-peluru untuk berhujah dengan otak bergeliga sekali.
Mereka tidak tahu isteri yang duduk di rumah itulah yang jadi doktor, misi, attendant, driver ambulance, ahli farmasi, habis semua jawatan dia sapu.
Apapun kesusahan dan pengorbanan kamu sebagai isteri kepada seorang doktor, ikhlaslah menyayangi suami kamu. Ucapkan kata-kata, "Sayang my hubby". Not because he's a doctor, but you accepted his marriage proposal because he is real. Cia cia cia.
- Daku Amat