Individu yang anda akan temui sepanjang hidup anda boleh menjadi seseorang yang akan membuka peluang baru dalam kehidupan anda. Tidak kiralah dari segi persahabatan, perniagaan, cinta atau sebagainya.
Anda tidak pernah tahu orang yang akan anda temui itu mungkin bakal memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Di bawah ini dikongsikan beberapa tip dan peraturan yang anda perlu tahu untuk mengatasi rasa gemuruh ketika sesi membuat kenalan baru atau rakan perniagaan.
Berikut 9 tip atasi rasa gemuruh pada pertemuan pertama kali :
1. Membuat Sedikit Carian Sebelum Pertemuan
Kebanyakan perjumpaan pada kali pertama, sama ada formal atau tidak formal, bukanlah secara tidak sengaja. Anda seharusnya membuat usaha sebelum bertemu, supaya anda lebih mengetahui sedikit sebanyak latar belakang seseorang itu yang bakal anda berurusan.
Ketahui terlebih dahulu akan pengalaman profesional atau minat individu terbabit. Ini akan memberi kesan positif terhadap anda dan pertemuan akan menjadi lebih produktif. Orang yang berjaya tidak pernah mengabaikan peraturan yang mudah ini.
2. Sediakan Ilmu Mengenai Perjumpaan
Sama ada ianya adalah temujanji yang pertama, perbincangan awal dengan pembekal atau temuduga kerja, sentiasalah bersedia. Fikirkan soalan-soalan yang akan anda bertanya semasa temuduga ataupun soalan yang berpotensi untuk ditanya. Sediakanlah jawapan dengan sebaiknya.
Jangan lupa, anda hanya mampu untuk melihat dari segi perbualan sahaja dan mempunyai pandangan yang terhad terhadap niat dan matlamat orang lain. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan dalam kepelbagaian corak pertemuan yang dihadiri dan menjadi lebih fleksibel.
3. Tiada Yang Berasa Selesa Dengan Pertemuan Pertama
Tidak kira ianya temu janji pertama atau mesyuarat perniagaan, sangat sedikit orang yang berasa selesa untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Kita semua akan mempunyai kerisauan mengenai pandangan pertama dan risau akan terlepas sesuatu yang penting.
Namun ingatlah, hanya kerana orang lain kelihatan yakin, itu tidak membuktikan mereka rilek dan tidak risau. Anda hanya perlu sedar dan yakin, bahawa orang lain juga berasa gelisah seperti anda. Ini akan membantu anda lupakan masalah anda sendiri,
4. Senyuman Merupakan 'Senjata' Terbaik
Senyum apabila berjumpa dengan orang baharu, mungkin merupakan cara yang sudah lama tetapi tidak semua senyuman membawa maksud yang sama. Senyuman yang lebar dan tidak ikhlas, akan memberikan kesan negatif terhadap interaksi anda dengan orang lain.
Ianya membuatkan orang lain berfikir anda ingin menjual sesuatu yang tidak berguna. Biarlah senyuman anda adalah yang asli, dihadiri melalui kejutan dalam mempelajari sesuatu yang baru atau permulaan hubungan pada masa hadapan.
5. Melihat Ke Dalam Mata
Memandang secara terus pada mata hitam seseorang membuktikan anda adalah ikhlas, bersifat terbuka dan seorang yang berani. Seseorang yang selalu menundukkan pandangan akan menimbulkan rasa syak wasangka. Lihatlah ke dalam mata teman bicara anda. Namun, elakkan untuk ianya menjadi seperti pertandingan atau ujian penguasaan.
Perlu ingat, terdapat perbezaan penerimaan orang mengikut budaya masing-masing. Pandangan mata yang dilihat biasa, mungkin sesuatu yang tidak sopan di sesetengah tempat. Jadi, buatlah sedikit kajian terlebih dahulu akan latar belakang budaya orang yang anda akan temui.
Jika anda tidak punya banyak masa, anda boleh melihat sendiri teman bicara anda, seperti gerak isyarat, tubuh badan dan intonasi. Tiru cara tersebut, sepanjang perbualan. Ini akan membantu anda bertindak dengan lebih baik.
6. Salam Perkenalan
Norma dan adat istiadat dalam memberi salam perkenalan adalah berbeza mengikut negara masing-masing. Jika anda merancang untuk membuat pertemuan, etika memberi salam perkenalan adalah apa yang anda perlu pelajari. Sesuatu yang dilihat biasa dilakukan di rumah, tidak semestinya baik di tempat lain.
Sudah pasti, orang asing sedar akan perbezaaan budaya ini. Namun jika anda membuat dengan cara yang betul kemungkinan untuk anda mendapat rundingan yang berjaya amat tinggi. Bersopan santun dan beri perhatian, ianya akan sentiasa diingati oleh orang lain.
7. Beri Perhatian Akan Persekitaran Orang Lain
Jika anda berjumpa orang lain di pejabat, rumah mereka, atau tempat yang biasa dilawat oleh mereka, perhatikan sekeliling anda. Anda akan menemui klu atau kata kunci mengenai identiti orang yang anda berinteraksi. Beri perhatian terhadap apa jua yang berada di sekeliling anda, buku, hasil seni, perabot, hiasan kecil, atau mungkin gambar. Ini akan membantu anda untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain.
8. Ambil Berat Akan Minat Orang Lain
Beri tumpuan kepada, keperluan, minat dan keselesaan orang lain. Gunakan bahasa yang mudah difahami apabila berinteraksi dengan mereka dan tawarkan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Terangkan apa yang baik jika bekerja dengan anda dengan cara yang tidak terlalu memaksa.
Namun ini tidak bermakna anda harus lupakan apa yang anda inginkan. Cuma perlu bertolak ansur, supaya kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka perlukan. Cuba untuk memahami motivasi orang lain.
9. Jangan Menganggap Anda Dialu-alukan
Adalah penting untuk menamatkan mesyuarat tepat pada masanya. Walaupun masih terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan, tetapi ia perkara biasa buat pertama kali pertemuan. Ada kemungkinan besar, pertemuan kali kedua akan dilakukan bagi membincangkan isu yang lebih penting secara mendalam.
Pertemuan yang pertama adalah lebih kepada sesi pengenalan buat kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih baik. Cuba untuk membincangkan kesemua aspek semasa pertemuan pertama, bukanlah idea yang baik. Biarlah sesi tawar-menawar berlaku secara semula jadi dan bertahan lama.
Kesimpulan
Dengan adanya perkongsian ini, semoga anda dapat mengurangkan kebimbangan dan kerisauan dalam memberi ucapan dalam pertemuan buat kali pertama dengan mana-mana pihak. Pastikan anda buat kajian dengan mendalam dan yakin akan kebolehan diri anda. Bersualah dengan orang baru secara natural dan yakin.