5 Amalan Ketika Pindah Rumah Baru


Terdapat bermacam amalan yang orang kita akan buat ketika mereka hendak memasuki rumah baru. Tak kiralah sama ada rumah sewa yang sudah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

Berikut 5 amalan ketika berpindah memasuki rumah baru :

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, mengatakan bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat sunat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat sunat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.

Baginda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yasiin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air bacaan Yasiin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut :

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: