22 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Sambung Master


Sebuah entri perkongsian untuk mereka yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master. Semoga sedikit sebanyak menambah persediaan anda.

Berikut 22 perkara yang perlu anda tahu sebelum sambung master :

1. Boleh sambung belajar bidang lain

Anda boleh sambung belajar dalam bidang yang lain selain bidang sewaktu Degree.

2. Perlu hadiri sessi penerangan

Anda perlu menghadiri penerangan oleh pihak Universiti dan anda perlu fahamkan buku tersebut dengan supaya tidak terlepas perkara-perkara yang penting. Setiap proses dalam pembikinan kajian memerlukan masa yang lama. Mohon semak buku ini dan rancang sebaiknya. Contoh bukunya seperti; 'Centre For Postgraduate Studies - Guide Postgraduate Studies'.

3. Semua orang akan buat assignment sendiri

Selain itu, anda juga akan membuat presentation di hadapan kelas sendiri. Anda perlu belajar sendiri. Sebab anda sudah mula masuk ke alam kajian bersendirian. Tidak dapat dinafikan, anda masih boleh belajar secara berkumpulan kerana dengan cara itu lebih banyak anda memperoleh segala maklumat yang telah dibincangkan bersama rakan-rakan anda terutama apabila waktu peperiksaan sudah hampir.

4. Ada terlebih banyak sangat waktu yang panjang

Bayangkan dalam satu semester hanya ada 4 subjek. Satu subjek 3 jam seminggu. Setiap minggu ada satu kelas sahaja. Kalau ambil full time memang banyak masa.

5. Adakalanya banyak masa terbuang

Jika anda seorang yang kurang berdisiplin, ketahuilah peluang untuk anda berlengah juga tinggi. Apatah lagi, yang full time study dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

6. Perlu berubah menjadi rajin dan bertanggungjawab

Boleh dikatakan assignment dan presentation setiap minggu pasti ada. Dari situ anda perlu berubah menjadi seorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab.

7. Ada 3 pilihan mode pembelajaran

Ada 3 pilihan mode pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan kebolehan masing-masing.

Mode Yang pertama : Mode Full Research : Kajian Sepenuhnya. Boleh sambung Ph.D dan terus sebab ada kajian.

Mode Yang Kedua : Mode Coursework : Belajar semua subjek yang diwajibkan bagi sesuatu kos dan menulis artikel (mini research) adalah untuk mendapatkan sijil sarjana. Perlu buat kajian terlebih dahulu, baru anda boleh sambung Ph.D.

Mode Yang ketiga : Mix mode : Belajar beberapa sahaja subjek ditambah dengan penulisan tesis untuk mendapatkan sijil sarjana. Anda boleh sambung Ph.D terus.

Full time study : 2 - 3 tahun.
Part time study : 2 - 4 tahun.

8. Boleh tukar mode pembelajaran

Kita boleh tukar mode pembelajaran di sepanjang perjalanan menggapai segulung ijazah Sarjana. Tak semestinya kita tetap dengan pilihan pertama kita.

9. Ambil coursework sahaja

Tidak perlu risaukan sangat pasal kemampuan anda. Akan tetapi, bagi anda yang mengambil research lebih baik anda mulakan menulis tesis dengan awal agar penulisan anda tidak tertangguh dan tidak buat anda risau.

10. Cari tajuk kajian pada semester satu

Cari penyelia. Anda harus rajinkan diri berkenalan dan minta pendapat para pensyarah. Sebab segala informasi dan maklumat dapat dibincagkan dengan baik.

11. Habiskan belajar sampai tamat

Seterusnya, anda akan mahu habiskan seawal yang mungkin. Finish what you've started. Anda akan fikir hendak mencari kerja tetapi selalunya belajar tidak tamat lagi, jadi anda terpaksa siapkan juga.

12. Pergi kursus menulis dan format tesis

Ilmu dan kemahiran menulis sangat berguna untuk anda.

13. Sambung menulis

Ambil short sem untuk terus menulis research proposal atau sambung menulis.

14. Cuba cari kerja

Walaupun anda ambil full time, anda harus mencuba mencari kerja supaya dapat memotivasikan diri anda dan menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

15. Rajinkan diri ke perpustakaan

Rajinkan diri ke perpustakaan agar anda dapat segala input dan bahan rujukan yang lebih banyak. Pastinya ini akan membantu anda sebagai seorang pelajar.

16. Memohon pinjaman atau biasiswa

Selain daripada bekerja untuk membayar duit yuran, anda boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN. Biasiswa kerajaan MyBrain pun ada. Penerangan untuk cara memohon banyak boleh cari di Google.

17. Beli printer sendiri

Kalau ada duit lebih, bolehlah beli printer sendiri. Kalau sudah tak nak guna lagi, boleh jual semula. Printer penting juga sebenarnya untuk siapkan tesis.

18. Keluarlah dari bilik dan sertai program universiti

Walaupun anda pelajar yang paling tua di situ, sebab banyak lagi ilmu baru yang boleh anda dapat selain daripada pengalaman. Misalnya bersenam, berenang dan sebagainya.

19. Disiplin fokus

Dalam apa juga perkara dalam kehidupan ini jika mahu sukses dalam perkara tersebut anda kena ada disiplin diri dan fokus pada apa yang anda lakukan.

20. Jangan malu bertanya dan minta bantuan

Usahakan berkawan dengan kawan yang lebih baik dan pandai. Kawan yang membawa aura positif dalam kehidupan dan dalam mengejar cita-cita anda.

21. Selalu baiki niat dan kembalikan semangat

Selalu tanya diri sendiri; "Kenapa aku mahu sambung belajar?". Ada yang mahu mencapai cita-cita, ada yang mahukan untuk kepuasan diri, ada yang atas permintaan ibu bapa. Apa pun niat anda, kalau hilang diri (lost) cepat-cepat cari semula.

22. Sabar dengan kesusahan mengejar kejayaan

Anda mungkin menangis kerana terasa susah sangat dengan fasa hidup yang baru ini. Anda mungkin rasa hilang (lost) beberapa kali. Dan adakalanya anda rasa mahu putus asa. Tetapi pengalaman ini akan menjadi suatu titik tolak baharu dalam kehidupan anda.

Anda akan lihat kebaikan yang banyak hadir selagi mana anda senyum dan bersangka baik dengan ujian dari Allah. Jadi teruskan mengejar kejayaan selagi nyawa dikandung badan. Semoga segala pengorbanan anda dirahmati oleh Allah s.w.t.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: