Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi, bercerita pernah suatu ketika ia dinasihati oleh Maulana Zakaria Rahmatullah 'alaih;
“Wahai Zubair syarat orang agar berhasil dalam usaha dakwah ini adalah Tawaduk, merasa dirinya ini tidak punya apa-apa. Hanya kerana pertolongan Allah sahaja semua ini dapat terjadi. Tetapi ini Zubair tidak boleh hanya di mulut saja, saya ini lemah, saya ini fakir, tapi hatinya, saya ini hebat, saya ini Ahbab yang kuat, ahli mujahaddah. Jangan seperti itu, ini tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Tetapi memang ditanamkan dalam hati kita bahawa memang kita tidak punya apa-apa. Hanya Allahlah yang punya segalanya."
Tawaduk sekaligus hanya meminta dan berharap kepada Allah s.w.t, inilah doanya Nabi Yunus a.s. Tawajjuh kepada Allah s.w.t dan menyalahkan diri sendiri;
Laa ilaaha illa anta Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin
"Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”Baca juga entri : Rahsia Penerimaan Doa Nabi Yunus
Jika seorang Nabi dan Rasul mengatakan saya ini termasuk orang-orang yang zalim, ini pengakuan doanya Nabi Yunus a.s. Seorang Nabi pun merasakan dirinya termasuk orang-orang yang zalim, apalagi kita?
Adakah patut kita tidak merasa salah? “salah saya ini apa?”, begitu katanya. Ya salah kamu ini ialah kerana tidak merasa salah. Seorang Nabi seperti Nabi Yunus a.s saja pun yang maksum (tidak punya dosa), merasakan dirinya bersalah apalagi kita (orang biasa) yang punya segudang dosa.
Maka Nabi Yunus a.s tawajjuh kepada Allah s.w.t dan menyalahkan diri sendiri, baru pertolongan Allah s.w.t turun. Semua masalah infirodhi Allah selesaikan iaitu keluar dari perut ikan dan masalah ijtimainya juga Allah bantu, iaitu 100 ribu orang lebih (penduduk Ninawa/Nineveh) telah beriman kepada Allah.
Inilah berkat daie tawajjuh kepada Allah s.w.t dan menyalahkan diri sendiri. Ini tanda-tanda pertolongan Allah sudah dekat, orang-orang akan berbondong-bondong masuk islam. Tawajjuh kepada Allah dan salahkan diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain salahkan saja diri sendiri. "Ini salah saya," cara ini yang betul (bagi seorang daie).
Pada ketika zaman huru-hara di India, ramai orang mati dibunuh. Syeikh Muḥammad In'am Ul Ḥasan Kandhalawi telah bertanya tentang keadaan saat itu kepada Syeikh Ahmad Lath. Setelah mendengar cerita keadaan yang berlaku dari syeikh Ahmad Lath, hadratji In'am Ul Hasan menangis mendengarnya.
Apa yang terlontar dari mulut hadratji ketika itu, “ini semua salah saya sehingga keadaan menjadi seperti ini". Inilah sikap sejati seorang daie, kemerosotan ummat ini terjadi semua kerana salah saya.
Andaikata amalan rohaniat saya sudah benar, punya mujahadah yang benar, punya pengorbanan yang benar, punya akhlaq yang benar, semestinya kerja dakwah ini akan naik dan ummat tidak akan seperti sekarang.
Inilah sifat daie yang sebenar-benarnya, kemerosotan yang terjadi ini adalah kerana "kesalahan saya..."