21 Tanda Orang Arif Billah Atau Wali Allah


Seperti yang katakan oleh seorang alim bahawa tanda-tanda orang Arifbillah atau Wali Allah itu adalah;

1. Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.

2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.

3. Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada WUJUD Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.

5. Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.

6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.

7. Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.

8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.

9. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.

10. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah kalangan ulamak. Arifbillah atau Auliya' Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta. Dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.

11. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.

12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah itu adalah bahawa dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah).

Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperlikan ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.

13. Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.

14. Arifbillah itu segala amal yang dilakukannya niatnya adalah betul semata-mata kerana Allah s.w.t. Walaupun ketika dia beramal itu terdapat banyak mata (orang ramai) yang memerhati.

15. Arifbillah itu di dalam hati mereka tiada terdetik rasa takut kepada makhluk, ini kerana ketakutan mereka hanya pada Allah s.w.t.

16. Arifbillah itu telah selamat segala makhluk sama ada manusia, haiwan dan lain-lain daripada kejahatan lidahnya, anggota tubuh badannya dan juga fikiran serta hatinya.

17. Mereka sangat banyak menyebut dan mengingati Allah dengan lisan dan dengan hati pada setiap masa ketika berdiri, duduk, berbaring dan sebagainya.

18. Arifbillah atau wali Allah itu yang pastinya pada diri mereka ada sunnah Nabi s.a.w, sama ada surahnya (zahirnya), sirahnya (perjalanan hidup seharian) dan sarirahnya (fikir risau atas agama). Ini kerana tanpa amalan sunnah Nabi s.a.w tiada kewalian, tiada hidayah dan tiada nusrah (bantuan) Allah s.w.t.

19. Mereka memiliki iman yakin yang betul-betul bulat kepada Allah. Hati mereka langsung tiada keyakinan kepada selain Allah yakni makhluk berupaya (berkuasa) memberi manfaat mahupun mudarat.

20. Arifbillah itu mempunyai sifat tawakkal yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

21. Arifbillah atau wali Allah itu, apabila berdoa merasa sangat yakin (yakin yang sempurna) bahawa Allah s.w.t sedang mendengar doa-doanya.

Wallahu 'alam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: