7 Tips Untuk Bergelar Jutawan Dalam Masa Singkat


Pada zaman sekarang ini, sudah ramai anak muda bergelar jutawan melalui bidang perniagaan. Dan sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai ketahap itu melainkan dengan usaha yang tidak pernah kenal putus asa.

Menerusi laman sesawang lifehack.org telah mendedahkan rahsia beberapa tips yang boleh anda praktikkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai impian bergelar seorang jutawan dalam usia muda.

Berikut 7 tips untuk bergelar jutawan dalam masa singkat :

1. Berhati-hati dengan perbelanjaan kecil

Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak.

Namun, kita cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya jika dikumpulkan akan menjadi jumlah yang besar.

2. Fokus kepada masa depan

Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3. Tidak beli sesuatu tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk

Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap tabiat itu. Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih

Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan. Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia akan memudahkan anda.

5. Bekerja keras

Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih keras daripada orang biasa.

6. Melabur simpanan dengan bijak

Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah simpanan daripada pendapatan yang diperoleh

Kita biasanya mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan hasilnya nanti.

7. Menggemari jualan murah dan tawar menawar

Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: