7 Tips Jimat Elektrik Menggunakan Penghawa Dingin


Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna tenaga elektrik di negara ini, supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika musim cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

TNB menyarankan pengguna mengamalkan 7 tips ini bagi jimat penggunaan elektrik :

1. Laraskan suhu

Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Kerap bersihkan penapis

Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.

3. Penyelenggaran yang kerap

Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

4. Tutup semua lubang udara

Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

5. Pengunaan kipas di waktu malam

Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

6. Pilih penghawa dingin yang cekap

Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

7. Pilih saiz penghawa dingin yang tepat

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: