Salah satu perkara yang difikirkan calon pengantin, selain persiapan perkahwinan, adalah bagaimana malam pertama mereka nanti. Bagi wanita, misalnya, bayangan malam pertama bersama suami kelak mungkin sedikit mengerikan dan menentukan sama ada pasangan benar-benar mencintai mereka.
Tapi, malam pertama merupakan hal baru dalam hubungan anda sebagai suami isteri yang berkongsi banyak perkara, termasuklah rahsia aurat masing-masing.
Oleh itu, ada beberapa tahap perlu anda perhatikan untuk pertama kalinya iaitu :
1. Masa yang tepat
Kadang-kadang untuk melakukan aktiviti seksual memerlukan masa. Malam pertama selepas berkahwin tidak selalu menjadi waktu yang tepat untuk bercinta. Adakalanya salah satu dari pasangan atau kedua-duanya memerlukan masa untuk memulakan hubungan intim yang hebat.
2. Berikan ciuman
Ciuman dikatakan boleh meyakinkan wanita bahawa suami benar-benar mahukan seks atau tidak. Tapi, jangan berikan ciuman menjijikkan sehingga pasangan geli untuk bercinta dengan anda. Lakukan ciuman lembut secara perlahan dan jelajahi tubuhnya yang mula pasrah dengan kuasa anda.
3. Turun perlahan-lahan
Jangan terburu-buru menyentuh kelamin isteri anda atau memintanya menyentuh bahagian bawah anda. Luangkan banyak masa untuk mencium dan membelai tubuh bahagian atasnya. Ramai wanita memerlukan waktu lapan minit agar terangsang sebelum anda memulakan dengan rangsangan klitoris.
4. Jadi ahlinya
Dalam kaji selidik, 38 peratus wanita mahukan hubungan seksual sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit. Selain itu, 66 peratus wanita ingin melakukan posisi seks yang normal di awalnya.
5. Akhiri dengan pelukan
Akhiri hubungan intim dengan pelukan kerana kira-kira 56 peratus wanita menginginkan dakapan selama 20 minit. Tidak perlu lakukan banyak, cukup genggam tangannya atau letakkan tangan anda di atas perutnya sudah memadai.