4 Tips Supaya Anak Lebih Kreatif Dan Bijak


Pernah tak dalam sehari anda melihat anak anda yang berusia enam tahun ke bawah duduk diam dalam 10 minit? Jawapannya sudah tentu tidak sekiranya dia seorang kanak-kanak yang normal.

Sememangnya kanak-kanak sentiasa ada sahaja 'tugas' yang hendak dilakukan. Apabila usia anak semakin meningkat, sikap ingin tahunya juga semakin tinggi. Semua di sekelilingnya adalah sesuatu yang baru. Sudah pasti dia ingin mencuba.

Pengajaran yang betul dan tepat akan memungkinkan dia untuk belajar lebih cepat dan mudah. Didik anak anda dengan mengajarkan hal-hal seperti berikut :

1. Kata-Kata Positif

Setiap kata yang diucap atau setiap tindakan yang dilakukan akan diingati dan diikuti oleh anak. Misalnya kata-kata seperti silakan, terima kasih, tolong, jangan dan sebagainya. Sama halnya, jika kata-kata itu berunsur negatif. Apa yang pasti, ketika anda marah, jangan keluarkan kata-kata kasar dan negatif di hadapan anak.

2. Ajar Tentang Warna

Belajar mengenali warna adalah aktiviti yang menyenangkan! Kumpulkan beberapa mainan berwarna atau bola untuk bermain. Pilih mainan dan minta anak anda untuk menyebutkan warnanya. Jika tidak boleh menjawab, beritahu dia jawapan yang benar. Ulangi proses ini sehingga anak dapat mengenali warna.

3. Ajar Tidur

Ajar anak untuk tidur lebih awal dan pastikan dia memiliki waktu tidur yang cukup. Biasakan agar anak tidur waktu siang. Anda mungkin perlukan botol susu, buku bercerita dan apa sahaja yang boleh membuatkan dia tidur. Ketika anak tidur, anda juga dapat berehat dan tidur lena pada malam hari.

4. Kemas Barang Permainan

Didik anak untuk mengemaskan kembali barang permainan setelah selesai bermain. Tunjukkan bekas permainan untuk anak anda simpan barang-barangnya. Cara ini akan melatihnya erti tanggungjawab dan disiplin diri.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: