Mendidik anak seharusnya ibu bapa berikan semenjak anak-anak masih kecil. Malahan ada pakar yang menyarankan semenjak dari dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, sampailah anak-anak mencapai usia dewasa.
7 Rahsia Mendidik Anak dari Ustadz Farid Ahmad
Berikut 7 rahsia mendidik anak yang perlu diketahui dan diamalkan oleh ibu bapa.
1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang masa untuk mendiamkannya
Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya. Insya Allah, ia akan terdiam. Ini kerana psikologi manusia ketika menangis adalah menunduk.
2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain
Jangan berkata: “Ayuh, sudah bermainnya, stop sekarang!”. Tetapi katakan kepada mereka: “Mainnya 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali; “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan; “Ayuh, waktu bermain sudah habis.” Mereka akan berhenti bermain.
3. Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak bergaduh
Di sebuah tempat, yang mereka sedang bertengkar atau bergaduh, dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah; “Ayuh, Siapa yang mahu mendengar cerita saya, angkat tangannya..” Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain dan akhirnya semuanya akan diam.
4. Katakan kepada anak-anakmu menjelang tidur
“Ayuh, tidur sayang, esok pagi kan kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata; “Ayuh, tidur, esok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Nikmati masa kecil anak-anakmu
Ini kerana masa akan berlalu sangat cepat. Kecomelan, sifat kepolosan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama. sampai masa ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka. Jadilah anak kecil semasa bersama mereka. Ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.
6. Tinggalkan handphone seketika kalau boleh matikan juga TV
Jika ada teman yang menelefon, katakan; “Maafkan saya, sekarang ini sedang sibuk mendampingi anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
7. Sentiasa berdoa untuk kebaikan anak-anakmu
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia maupun di akhirat.