Pertolongan Ghaib Allah Akan Datang Bila Ummat Buat Dakwah


Pertolongan ghaibiyah dari Allah s.w.t akan datang bila ummat buat dakwah, tapi bila dakwah ditinggalkan maka nusroh ghaibiyah akan Allah cabut. Karomah mungkin masih ada namun tidak ada nusroh ghaibiyah.

Walaupun hari ini banyak cara-cara baru yang menyampaikan pesan agama namun dengan cara baru ini nusroh ghaibiyah tidak akan datang.

Nabi s.a.w kirim surat kepada Raja Kisra namun ia merobek surat Nabi maka Nabi katakan dia tidak hanya merobek surat tapi Raja Kisra telah merobek kerajaannya sendiri.

Hari ini orang kafir telah merobek Al-Quran namun kerajaan mereka tidak hancur, kerana dakwah tidak cara nabi sehingga nusrotullah ghaibiyah tidak datang.

Hari ini orang senang belajar agama dengan duduk mendengar lafaz agama padahal nusrotullah akan datang dengan gerak.

Nabi s.a.w kirim surat beserta utusan yang bergerak maka nusrotullah bersama dengan gerak. Bila pesan agama dikirim melalui e-mail WhatsApp dan lain-lain di mana orang yang dakwah tidak bergerak maka tidak ada nusrotullah.

Dakwah infiradi 'face to face' ini baru bertabligh kerana ada ayat, "alam ya’tikum nazir” yang menghendaki gerak.

“Kullamaa ulqiya fiiha faujun saalahum khazanatuha alam ya’tikum nazir”

“Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?”


"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: "Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?" (Surah Al-Mulk ayat 8)
Demikian juga belajar agama tidak boleh hanya dengan duduk di rumah buka internet namun harus bergerak mencari suasana agama barulah nusroh ghaibiyah dari langit akan datang.

Bahkan sahabat Nabi mendapatkan keperluan mereka sehari-hari dengan nusroh ghaibiyah. Orang-orang yang menginginkan Karomah seperti para wali dan kita pun ingin nusroh ghaibiyah seperti para sahabat.

Apa yang dimaksud nusroh ghaibiyah? Bukan sekedar mendapatkan pertolongan zahir tapi apakah mereka mendapatkan kedekatan dengan Allah atau tidak.

Kelahiran Nabi mendatangkan keberkahan dimana api persi yang disembah telah padam.

Nusrotullah ghaibiyah sebenarnya adalah bagaimana orang semakin hari semakin dekat dengan Allah sebagaimana dalam Surah Al-Fath, kerana inilah tujuan hidup para sahabat iaitu mendekatkan manusia pada Allah.

Mendatangkan nusroh ghaibiyah dengan dakwah ghaibiyah sebagaimana Nabi dalam suatu perjalanan mendakwahi seorang Badwi yang meminta saksi kerasulan baginda s.a.w dan keesaan Allah.

Maka Nabi tidak mengambil asbab zahir iaitu sahabat Nabi jadi saksi tetapi menjadikan pohon menjadi saksi. Maka dengan dakwah infirodhi maka Allah turunkan nusroh ghaibiyah kepada Nabi dimana pohon datang membelah bumi dan bersyahadat 3 kali sehingga orang Badwi tersebut masuk Islam.

Inilah contoh dengan dakwah infirodhi tujuan tercapai dan nusroh ghaibiyah datang.

Kalau kita memilih dakwah cara Nabi pasti akan datang tentangan. Tapi kalau tidak cara Nabi tidak akan datang tentangan, siksaan dan sebagainya. Hari ini kesalahan umat terbesar adalah telah merasa berdakwah cara Nabi dapat diganti dengan alat (benda), padahal cara Nabi tidak dapat diganti sebagaimana puasa solat dan sebagainya tidak dapat diganti.

Kerana Nabi ajarkan agama dan usaha atas agama dimana cara agama tidak dapat diganti dan cara usaha agama pun tidak dapat diganti. Keduanya tidak dapat dipisahkan. Nabi s.a.w perintahkan bukan dengarkan saya tapi lihat saya.

Maka ini penting kita sendiri yang dakwah infirodhi 'face to face' kerana ada sunnah gerak yang mendatangkan nusroh ghaibiyah. Semua Nabi bergerak dimana banyak ayat menceritakan. Kalau dengan alat saja tidak akan diterima hujjah kita oleh Allah di akhirat.

Sebagaimana hari ini membersihkan gigi dengan berus gigi dan ubat gigi tetapi 70 fadhilah bermiswak tidak akan dia dapatkan dengan alat-alat yang lain walaupun memang tujuan kita membersihkan gigi, di mana hadis-hadis yang menjelaskan fadhilah itu hanya dengan siwak.

Jibril senantiasa menasihati Nabi untuk bersiwak sampai-sampai Nabi merasa siwak akan difardhukan kepada Nabi. Tanpa siwak solat tetap sah tapi fadhilah-fadhilah siwak tidak akan kita dapatkan.

Kita suka terkesan dengan penemuan-penemuan baru

Bila kita dakwah dengan alat maka akan bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w iaitu dakwah infirodhi di mana Nabi mencari dan mendatangi ummat bukan dicari ummat. Maulana Yusuf katakan dakwah infirodhi sangat penting di mana bila ketika orang datang dan kita sedang sibuk dalam amal infirodhi maka batalkan dulu infirodhi kita untuk menemui orang tersebut.

Temui ummat dengan jalan atau gasht namun hati kita terasa berat tetapi kirim pesan agama lewat alat berjam-jam tidak bosan. Dibandingkan dengan ceramah Nabi s.a.w lebih banyak bergerak jumpai ummat.

Asbab datang nusroh ghaibiyah kedua

Apa maksud ijtima' yang dibuat? Supaya menghilangkan perbezaan-perbezaan dan perasaan lebih dari saudaranya kerana rosaknya ummat kerana adanya kasta-kasta atau kedudukan.

Pendosa besar dalam dakwah ketika kita hanya mengumpulkan orang dalam jord berdasarkan kalangan-kalangan tertentu saja kerana ini sebenarnya menyembelih perasaan ummat saja dimana tujuan ijtima' sebenarnya adalah melebur menjadi satu ummat.

Jadi yang menyatukan umat ini sebenarnya adalah iman dan amal saja. Sehingga dalam dakwah tidak ada pertemuan khawas saja, arkitek saja, dimana hari ini perasaan ummat nabi yang satu akan hilang dan muncul kepentingan terhadap tabaqa/kedudukan tertentu yang mendatangkan kebanggaan pada kedudukan tersebut.

Padahal nisbah ummat hanya kerana kita ummat Nabi saja ketika orang kaya dan miskin bertemu, orang tua dan anak muda bertemu, kulit hitam dan kulit putih bertemu.

Ushulnya para Nabi adalah bertemu semua orang. Jangan buat pertemuan orang-orang tertentu saja seperti orang kaya saja lalu kita bangga sudah ada orang-orang kaya dalam tabligh dengan kereta ini dan itu, sampai-sampai ditunjuk penanggung jawab orang kaya.

Nabi didatangi oleh Wail bin Hujr yang merupakan putera mahkota dan menyerahkan dia kepada Muawiyah yang waktu itu sangat miskin hingga tidak punya kasut. Dalam perjalanan di padang pasir Muawiyah meminjam kasut Wail kerana panas namun Wail tidak memberikan dan juga tidak membolehkan Muawiyah menaiki kudanya.

Muawiyah tetap sabar dan ketika Muawiyah menjadi khalifah dia tanyakan kepada Wail hebat mana kedudukanku sekarang dengan kudamu dulu? Wail pun meminta maaf. Orang lama berkat sabar Allah angkat darjat dan orang baru menyedari kesalahannya.

Wali dengan karomahnya mendatangkan keajaiban namun nusroh Allah tidak datang kerana ummat tidak makin dekat kepada Allah. Nabi tunjuk Bilal untuk jadi muazin untuk merobek kesan kepada kedudukan.

Orang-orang Quraisy minta Nabi dakwahi mereka tapi tidak mahu bergabung dengan orang-orang miskin dan Nabi berkeinginan untuk memenuhi keinginan mereka agar orang-orang kaya Quraisy ini masuk Islam.

Maka Nabi katakan kepada sahabat miskin agar tidak usah datang, namun ketika Nabi sedang dakwah pada orang Quraisy yang kaya tersebut maka seorang sahabat miskin dan buta iaitu Abdullah bin Maktum datang ingin ikut mendengar dakwah Nabi namun kebutaannya membuatnya tidak tahu Nabi sedang dakwah pada orang kaya saja. Maka Nabi agak berubah wajahnya melihat kedatangan Abdullah bin Maktum. (Turun ayat teguran Allah dalam Surah 'Abasa) Maka Nabi perintahkan Ali untuk merobek surat keterangan pertemuan dakwah khusus tersebut.

Baca hayatussahabah agar dakwah kita makin mendekati dakwah nabi dan sahabat. Bersedia semua Insya Allah.

Maka siang hari gerak jumpa ummat dan malam hari tahajud. Inilah 2 hal yang mendatangkan nusroh ghaibiyah yakni dakwah dan ibadah.

Nabi perintahkan seorang sahabat bernama Aktam yang biasa keluar bersama orang-orang kaya agar keluar bersama ajnabi iaitu orang-orang yang tidak kenal dengannya kerana akan ada tarbiyah. Ketika keluar dengan orang-orang yang kenal saja maka ia akan selalu dimuliakan sehingga tidak ada tarbiyah.

Perintah Nabi s.a.w berikan salam pada yang kenal dan tidak dikenal, bila hanya pada yang dikenal saja maka inilah tanda kiamat. Nabi lebih banyak dakwah infirodhi dan mengadakan ijtima' hanya 2 kali yakni ketika ayat ijtimai turun untuk disampaikan kepada orang banyak ataupun ketika takaza pada suatu kaum lalu Nabi utus sahabat untuk sampaikan kepada kaum tersebut.

Maulana Ilyas kata, datang kemari (markaz) beberapa hari kemudian gerak, jangan tinggal di sini terus sehingga merosak dakwah kerana akan timbul rasa selesa. Maka datang ke markaz untuk bergerak ke masjid-masjid. Kita akan bersatu jika menghidupkan amal masjid masing-masing bukan kerana adanya markaz. Ilmu dan iman ini di masjid bukan di markaz di mana setiap masjid bagaimana supaya ada pelajaran.

- Maulana Saad al kandahlawi.

Semoga nasihat ini bermanfaat buat kita semua.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: