Ramai pasangan yang serius mahukan zuriat yang terbaik (di dunia dan akhirat) bertanyakan amalan terbaik bagi bakal ibu semasa mengandung.
Banyak atau sedikit amal bukanlah menjadi ukuran tetapi apa yang penting adalah setiap amalan kita sama ada kecil atau besar niatnya mestilah betul kerana Allah s.w.t. Apa yang Allah hendak beri dengan asbab amalan kita tersebut, merupakan hak Allah.
Setiap perlakuan si ibu semasa mengandung sama ada perbuatan, pemakanan, percakapan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya, insya Allah akan mempengaruhi janin dalam kandungannya. Oleh itu, sangat perlu bagi para bakal ibu untuk menjaga setiap perlakuan mereka, menjaga pemakanan dan sebagainya.
Berikut amalan-amalan yang bermanfaat dilakukan si ibu semasa hamil.
Amalan Jasmani :
1. Kerap berjalan kaki.
2. Kerap mandi dan basuh rambut.
3. Baring mengiring.
4. Banyakkan bersujud (dengan bersolat) jika masih mampu.
Amalan Rohani :
1. Sering membaca Al-quran, sikit-sikit pun tidak mengapa asalkan kerap. Tidak perlu terus sekali baca banyak sampai 3 juzu' tapi sebulan sekali saja. Biar sikit asalkan istiqamah.
2. Membaca kisah-kisah para Nabi, sahabat Nabi s.a.w dan sahabiah. Dan dalam masa yang sama bakal ibu niatkan dalam hati keinginan agar anak dalam kandungan itu bakal bersifat seperti para Nabi dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
3. Sentiasa berdoa untuk anak dalam kandungan. Doa apa sahaja segala kebaikan.
4. Setiap perbuatan buat dengan mengikut sunnah Nabi s.a.w.
5. Minta suami buatkan air yang dibacakan :
1. Surah Al-Fatihah.
2. 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas).
3. Ayat Kursi.
Kemudian letakkan 3 titik minyak zaitun (atau seumpamanya) dan niatkan agar dipermudahkan urusan bersalin. Niatkan juga apa-apa yang anda hajati menerusi kandungan atau kelahiran itu. Setelah itu baca selawat dan minum.
6. Banyak berzikir : La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.
"Dan orang orang yang berkata: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Al-Anbiya : 87)Amalan Pemakanan :
1. Banyakkan makan makanan sunnah seperti kurma, badam, kismis dan sebagainya.
2. Makan buah-buahan, Nabi s.a.w beritahu lebih kurang mafhumnnya, perempuan mengandung yang makan buah tembikai, insya Allah anak yang bakal lahir tidak ada celanya (cantik dan sempurna).
Nota :
Ada yang kata hadis ini tidak sahih, tapi tak perlu kita pertikai sebab tiada kaitan dengan ibadat kita pun.
3. Elakkan daripada makanan yang syubhah (yang meragukan halal atau haramnya).
4. Elakkan dari mendengar, melihat atau bercakap perkara-perkara yang tidak elok. Jangan mencaci atau menghina sesuatu.
5. Selalu memaafkan orang lain dan selalu meminta maaf.
6. Sering memohon keredhaan suami walaupun nampak dia memang meredhai anda.
Itulah antara amalan-amalan mendidik anak dari dalam kandungan lagi. Insya Allah banyak lagi yang para bakal ibu boleh amalkan. Amalan-amalan sunnah langsung tidak memberatkan. Malah menyenangkan hati para bakal ibu dan memberi semangat kepada mereka untuk beramal.
Wallahu a'lam.