7 Rahsia Mendidik Anak


Ibu bapa perlu mengerahkan segenap kemampuan untuk meraih dan memiliki sifat-sifat pendidik. Sebab, ibu bapa menjadi fokus teladan pendidikan bagi anak-anaknya, sekaligus generasi baru.

Anak-anak akan senantiasa menyorot kepada ibu bapa mereka selaku seorang pendidik dan pembimbing. Ibu bapalah contoh nyata yang mereka saksikan dalam kehidupan sehari-hari mereka.

7 rahsia mendidik anak-anak yang harus dipraktikan ibu bapa

1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya, ia akan terdiam. Kerana psikologi manusia ketika menangis, adalah menunduk.

2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata; “Sudah bermainnya, stop sekarang!”. Tetapi katakan kepada mereka; “Mainnya 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali; “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan; “Ayuh, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

3. Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka berbuat bising dan bergaduh dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah; “Ayuh...siapa yang mahu mendengar cerita saya, angkat tangannya...”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli pula dengan anak-anak yang lain dan semuanya akan diam.

4. Katakan kepada anak-anak menjelang tidur; “Ayuh tidur sayang..besok pagi kan kita nak solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata; “Ayuh tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kepolosan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka. Jadilah anak kecil sewaktu bersama mereka. Ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.

6. Tinggalkan Handphone sesaat kalau boleh dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon, katakan; “Maaf saya, sekarang ini sedang sibuk mendampingi anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

7. Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah taala, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: