Bila terbaca kisah warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih 7 tahun dan memerlukan masa 9 jam untuk membersihkan sampah seberat 10 tan dari dalam rumahnya, ia satu berita yang perlu dipandang serius. Rasa sayang pada barang-barang bekas itulah permulaan kepada penyakit mental hoarding disorder ini.
Mula-mula cuma rasa sayang nak buang barang bekas. Sebab dalam fikiran, nanti bila-bila boleh digunakan semula. Masa terus berlalu namun barang bekas tetap rupa itu juga. Tidak pun digunakan, malah semakin banyak barang lain anda kumpul. Sama ada bertimbun atau disusun dengan elok, ia tetap satu masalah yang perlu anda ambil serius.
Penyakit menyimpan barang bekas atau terpakai ini merupakan antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang. Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.
Walaupun ada yang menganggap barang bekas itu sebagai 'sentimental value', tetapi itu hanya sebagai permulaan. Keadaan menjadi semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder. Dan yang paling sukar tentulah mahu merawatnya. Ini kerana penghidap tak nampak penyakit yang mereka alami sebagai suatu masalah mental. Sebaliknya merasakan itu tindakan normal pada mereka.
Perhatikan Tiga Keadaan Awal Ini :
1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tidak digunakan dan tidak nampak keperluan untuk dilepaskan.
2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun turut dikumpul dalam peti sejuk sehingga berkulat.
3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat khabar lama yang tak terpakai dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.
Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya. Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, elok lagi barang ini, nanti mesti ada nak guna.
Itulah simptom utama penyakit mental Hoarding Disorder ini iaitu, percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti.
Punca terjadinya Hoarding Disorder
Masih misteri, tidak diketahui penyebabnya. Mungkin disebabkan sejarah latar belakang individu, pengalaman peribadi, stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasannya. Jika anda ada tiga gejala seperti di atas, maka dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan berikut:
Rawatan untuk masalah ini hanya boleh dijalankan oleh pakar, iaitu pakar Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.
Antara cadangan untuk mengawal diri daripada masalah ini daripada semakin melarat ialah lakukan - Total Cleaning.
Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda sudah tidak perlukan. Tipnya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang ia sudah tidak diperlukan lagi walaupun semahal mana pun harganya.
Tidak semestinya dibuang, boleh juga dijadikan hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke Free Market. Sekarang sudah semakin ramai yang mula menyertainya.
Walaupun pada mulanya sukar untuk dibuang tetapi percayalah, selepas itu anda akan rasa lega. Jika hendak simpan juga beberapa objek sentimental tersebut boleh namun asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak buang itu.
Rupanya Aiman Juga Seorang Hoarder - Berikut kisah pendek Aiman seorang bekas pelajar Malaysia di UK yang berdepan masalah Hoarding Disorder;
Pesakit hoarding disorder dipanggil hoarder. Iaitu masalah sukar untuknya mengasingkan mana barang yang perlu disimpan dan mana barang yang patut dilupuskan. Semakin lama makin banyak barang yang disimpannya. Walaupun barang itu tak lagi berguna padanya. Ketika dalam pengajian di UK, biliknya antara yang paling besar tetapi mempunyai ruang yang paling sempit. Disebabkan barang yang melambak. Bila habis pengajian, sebahagian barang itu dibawanya pulang ke Malaysia. Bayangkan!
Aiman tak mampu nak lupuskan pun barangan yang disimpan sejak dari zaman belajar. Memang dia struggle nak lepaskan barang-barang zaman study itu dari hidupnya.
"Macam mana saya usaha nak membuang semua barang ini. Pilih mana yang perlu dilupuskan. Akhirnya, saya cuma menyusunnya sama seperti sebelumnya. Cuma 10% saja yang mampu dibuang."
Penyakit kejiwaan yang dialaminya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi ia perlu diambil peduli. Sama seperti kesihatan fizikal seseorang. Tidak bermakna fizikal nampak elok maka dalaman kita pun tentu sihat.
Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran berkaitan kesihatan mental manusia. Kajian menunjukkan 30% rakyat Malaysia terdedah dengan tekanan perasaan (depression). Ini termasuklah penyakit kejiwaan yang lain, seperti; OCD, Narcissim, Sociopathy, Bipolar, Anxiety, ADHD, Autism dan Hoarder.
Teknik Membantu Hoarder Menyisihkan Barang Tak Diperlukan
Ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya:
1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini akan membantu untuk fokus pada kategori.
2. Asingkan mana-mana objek yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.
Sediakan satu kotak, beg, tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua barang yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!
3. Habis diasingkan, namun sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua barang yang dalam keadaan baik tetapi kita sudah tak pakai.
Kenapa pusingan kedua? Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana barang yang kita memang yakin tidak akan pakai, sebab itu senang nak buat. Pusingan kedua pula ialah mengasingkan mana-mana barang yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan.
4. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja bukan mana yang MAHU.
Baca : Pegangan Hidup Yang Baik - Usah Bergaduh
Sebenarnya ada macam-macam jenis penyakit kejiwaan yang kita perlu pelajari. Sebab apa yang mereka alami ini sebenarnya satu penyakit yang sukar diubati. Janganlah cepat mengecam atau membenci. Sebaliknya bantu penghidap Hoarding Disorder ini, baik dirujukkan pada pakar atau beri sokongan yang boleh memulihkan penyakitnya.
- Daku Amat
Tags : hoarding disorder penyakit mental masalah kejiwaan

1. Jumpa Pakar
Rawatan untuk masalah ini hanya boleh dijalankan oleh pakar, iaitu pakar Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.
2. Lakukan Total Cleaning
Antara cadangan untuk mengawal diri daripada masalah ini daripada semakin melarat ialah lakukan - Total Cleaning.
Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda sudah tidak perlukan. Tipnya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang ia sudah tidak diperlukan lagi walaupun semahal mana pun harganya.
Tidak semestinya dibuang, boleh juga dijadikan hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke Free Market. Sekarang sudah semakin ramai yang mula menyertainya.
3. Patuhi syarat simpan barang
Walaupun pada mulanya sukar untuk dibuang tetapi percayalah, selepas itu anda akan rasa lega. Jika hendak simpan juga beberapa objek sentimental tersebut boleh namun asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak buang itu.
Rupanya Aiman Juga Seorang Hoarder - Berikut kisah pendek Aiman seorang bekas pelajar Malaysia di UK yang berdepan masalah Hoarding Disorder;
Pesakit hoarding disorder dipanggil hoarder. Iaitu masalah sukar untuknya mengasingkan mana barang yang perlu disimpan dan mana barang yang patut dilupuskan. Semakin lama makin banyak barang yang disimpannya. Walaupun barang itu tak lagi berguna padanya. Ketika dalam pengajian di UK, biliknya antara yang paling besar tetapi mempunyai ruang yang paling sempit. Disebabkan barang yang melambak. Bila habis pengajian, sebahagian barang itu dibawanya pulang ke Malaysia. Bayangkan!
Aiman tak mampu nak lupuskan pun barangan yang disimpan sejak dari zaman belajar. Memang dia struggle nak lepaskan barang-barang zaman study itu dari hidupnya.
"Macam mana saya usaha nak membuang semua barang ini. Pilih mana yang perlu dilupuskan. Akhirnya, saya cuma menyusunnya sama seperti sebelumnya. Cuma 10% saja yang mampu dibuang."
Penyakit kejiwaan yang dialaminya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi ia perlu diambil peduli. Sama seperti kesihatan fizikal seseorang. Tidak bermakna fizikal nampak elok maka dalaman kita pun tentu sihat.
Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran berkaitan kesihatan mental manusia. Kajian menunjukkan 30% rakyat Malaysia terdedah dengan tekanan perasaan (depression). Ini termasuklah penyakit kejiwaan yang lain, seperti; OCD, Narcissim, Sociopathy, Bipolar, Anxiety, ADHD, Autism dan Hoarder.
Teknik Membantu Hoarder Menyisihkan Barang Tak Diperlukan
Ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya:
1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini akan membantu untuk fokus pada kategori.
2. Asingkan mana-mana objek yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.
Sediakan satu kotak, beg, tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua barang yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!
3. Habis diasingkan, namun sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua barang yang dalam keadaan baik tetapi kita sudah tak pakai.
Kenapa pusingan kedua? Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana barang yang kita memang yakin tidak akan pakai, sebab itu senang nak buat. Pusingan kedua pula ialah mengasingkan mana-mana barang yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan.
4. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja bukan mana yang MAHU.
Baca : Pegangan Hidup Yang Baik - Usah Bergaduh
Kesimpulan