4 Cara Terbaik Untuk Kita Mengakhiri Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Ini bermakna, akan tamatlah satu bulan yang penuh barakah dan keampunan di dalamnya. Memang patut bagi orang-orang beriman berasa sedih dengan berlalu perginya Ramadhan. Namun dalam masa yang sama bergembiralah kerana anda masih diberi peluang untuk hidup dan meraih kenikmatan berada di bulan Ramadhan pada tahun ini. Sambil mendoakan agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Berikut 4 cara terbaik untuk mengakhiri bulan Ramadhan :

1. Bertaubat


Tamatkanlah bulan Ramadhan dengan cara kita kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan rendah diri dan penuh keinsafan. Mohonlah pengampunan daripada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh sambil mengakui kedhaifan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan sering leka dengan godaan duniawi. Ambil kesempatan ini untuk memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan malam yang hanya dikurniakan kepada umat nabi Muhammad s.a.w iaitu malam lailatul qadar untuk ikhlas beribadah mengingati Allah s.w.t.

2. Bersyukur


Marilah kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah s.w.t dan mengharapkan keredhaan-Nya agar ia dapat membantu untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan selama ini. Bersyukur dapat menjadikan kita berasa tenang dan berpuas hati kerana kita akan merasakan sesuatu itu telah cukup. Ia juga menjadikan seseorang itu bersikap positif dan sentiasa optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan mengetepikan segala prasangka buruk dan sifat-sifat yang negatif di dalam diri.

3. Bertakbir


Kita hendaklah mengakhiri bulan yang mulia ini dengan memuji dan mengakui kebesaran Allah s.w.t. Bertakbir merupakan salah satu cara untuk mengagungkan dan membesarkan Allah s.w.t dan perkataan "Allahu Akbar" itu sendiri membawa maksud Allah Maha Besar. Selain bertakbir, perbanyakkan diri dengan berzikir mengingati Allah s.w.t pada malam dan siang hari.

4. Berazam untuk berubah


Kita telah melaui bulan yang mulia ini dengan berpuasa, beribadah, dan berbuat baik sepanjang bulan tersebut. Oleh hal yang demikian, tanamlah keazaman dalam diri kita untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Jadikan pula bulan Syawal sebagai bulan di mana anda memulakan helaian muka surat yang baharu dalam kehidupan anda sebagai seorang mukmin yang sentiasa taat kepada suruhan Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya.

      Baca : 6 Tip Untuk Kawal Perbelanjaan Semasa Di Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


8 ciri-ciri puasa yang diterima Allah :

1. Puasa yang ditunaikan dalam keadaan kita meyakini bahawa puasa tersebut pasti diterima oleh Allah s.w.t.
2. Puasa yang di dalamnya kita paling banyak berzikir kepada Allah s.w.t.
3. Puasa yang dikerjakan dengan penuh ketakwaan.
4. Puasa yang dikerjakan dalam keadaan kita banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Puasa yang di dalamnya kita tidak bercakap perkara yang haram, syubhah, makruh dan sia-sia.
6. Puasa yang dilakukan dalam keadaan kita tidak melakukan sebarang dosa.
7. Puasa yang di dalamnya kita paling banyak memberi makan kepada orang lain.
8. Puasa yang dilakukan yang mana selepas berakhirnya Ramadhan maka akan ada perubahan pada diri orang yang berpuasa tersebut.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan penghulu segala bulan ramadan kareem penghujung bulan ramadan bulan sabar kelebihan bulan ramadan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: