Minyak wangi atau perfume adalah antara amalan sunnah kesukaan Rasulullah s.a.w. Tahukah anda bahawa perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya dijaga rapi, perfume boleh bertahan lebih lama.
Manakala untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada makanan.
Berikut 8 perkara yang perlu dielakkan semasa memakai perfume :
1. Jangan pakai perfume semasa tubuh masih basah
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi kan? Mulai sekarang jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan sudah agak kering (lembap ya, bukan betul-betul kering).
Ini kerana pada waktu itu, kulit anda akan mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.
2. Jangan pakai perfume lebih daripada satu jenis pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu jenis pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
3. Jangan pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.
Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit perfume. Selain itu, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara dua buku lali kaki juga tempat yang perlu dikenakan perfume.
4. Jangan pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
5. Jangan pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? Jadi, kali ini pakai perfume dulu baru pakai baju.
6. Jangan gosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan digosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
7. Jangan pakai perfume di tempat letak barang perhiasan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas, perhiasan atau jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.
8. Jangan letak perfume di tempat terlalu panas atau terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas.
Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.