Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Nabi s.a.w ialah orang paling baik terhadap isterinya. Dan orang yang paling baik ialah orang yang paling berlemah lembut terhadap keluarganya. Nabi s.a.w orang paling berlemah lembut terhadap keluarganya.
Orang yang paling dekat syurga dengan Nabi s.a.w di syurga ialah orang yang paling mulia akhlaknya dan buat baik pada isteri. Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang tetapi cukuplah buat mereka gembira.
Berikut ciri 10 lelaki yang diharap wanita :
1. Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap
Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.
2. Sediakan telinga untuk mendengar
Mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka.
Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi s.a.w tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang itu habis bercakap
3. Selalu membelai mereka
Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa, picit-picit tangan dan kaki mereka sebagai tanda terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah.
4. Rajin bantu mereka
Orang yang kita tak kenal masa di mana-mana, jika mereka bawa anak-anak atau banyak barang. Kita akan tekan lif dan jika barang jatuh kita tolong angkat barang mereka.
Isteri kita buat macam-macam dan ada yang boleh tengok sahaja. Anak menangis, susukan anak, buat susu, rumah bersepah, kemas rumah, basuh tandas, siram bunga, pasang langsir, tempah langsir, basuh baju, jemur, angkat dan lipat baju.
Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita. Kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi s.a.w uruskan hal rumah tangga sendiri.
5. Beri hadiah dan kejutan
Sentiasa beri hadiah dan buat 'surprise' sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah. Isteri kita bukan pekerja kita. Mereka isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh.
Apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan. Nabi s.a.w selalu berikan hadiah.
6. Sediakan bahu bila mereka menangis
Biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu. Biar mereka menangis.
7. Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga
Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al Quran dan bacaan hadis Nabi saw dalam rumah walaupun sekejap..
8. Menghargai ibubapa dan keluarganya
Buat baik pada mak ayahnya kerana mereka juga mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita.
9. Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya
Nabi s.a.w ajar supaya kita meluahkan ucap jika kita sayang seseorang.
10. Asasnya jaga solat awal waktu berjemaah
Bawa isteri dan anak-anak solat. Tahajud dan Dhuha. Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al-Quran bersama-sama, belajar bersama-sama, berada jalan Allah bersama-sama.
Buat pasangan yang sedang diuji ingatlah semua ini kerana Allah sayang. Dia nak kita betulkan hidup dan jadi lebih baik dengan musibah. Balik pada Allah ialah ubatnya.
Yakinlah.