9 Tanda Wanita Telah Memiliki Suami Terbaik


Urusan nafkah keluarga memang semua orang sudah maklum ia adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas lelaki sebagai ketua keluarga. Namun selain dari telah menunaikan tanggungjawab nafkah keluarga masih ada lagi beberapa tanda bahawa wanita telah memiliki seorang suami yang terbaik.

Walaupun mungkin suami anda tak memiliki kesemua tanda ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar daripada tanda-tanda ini. Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang sebenarnya turut didambakan oleh para isteri lain.

Berikut 9 tanda anda telah memiliki suami terbaik :

1. Dia masih cuba memenangi hati

Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.

2. Dia meminta pandangan anda

Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta pandangan dan buah fikiran anda sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai isterinya.

3. Memuji isteri ketika bersama teman

Dia menghargai anda sebagai isterinya dan sering meluahkan perasaan itu kepada mereka yang dekat dengannya seperti ahli keluarganya dan teman-temannya.

4. Dia suka pegang tangan isteri

Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan si isteri. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu ‘saya mengambil berat tentang awak’.

5. Dia tidak menonton pornografi

Intimasi seksualnya hanyalah bersama isterinya bukan dengan sesuatu yang lain seperti menonton filem porno misalnya.

6. Dia buat kerja kotor

Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak, mencuci najis haiwan peliharaan atau membersihkan stor rumah.

7. Dia menikmati masakan isterinya

Walaupun kurang sedap kerana isteri mencuba menu baru tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan isteri.

8. Dia ketawa mendengar lawak anda

Dia tidaklah sentiasa serius 24 jam. Anda boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak anda.

9. Dia jaga hubungan dengan Allah

Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipannya sebagai ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak dalam hal agama. Memastikan ahli keluarganya berjaya dan selamat di dunia dan akhirat.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: